 |
TAPAK CONVEX USM BANTU JANA EKONOMI PENIAGA TEMPATAN |
USM, PULAU PINANG, 26 November 2025 – Majlis Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) memberi limpahan manfaat kepada peniaga kecil sekitar Pulau Pinang yang mengambil peluang berniaga di perkarangan Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP). |
Berita Penuh |
|
|
 |
PENSYARAH IPPT USM TERIMA ANUGERAH L’ORÉAL-UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE 2025 |
PETALING JAYA, SELANGOR, 25 November 2025 – Pensyarah dan penyelidik Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Noorfatimah Yahaya, telah menerima Anugerah L’Oréal-UNESCO For Women in Science (FWIS) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam penyelidikan antibiotik, teknologi kimia analisis serta inovasi perubatan tepat untuk pesakit hospital, sekali gus mengangkat nama USM di peringkat nasional. |
Berita Penuh |
|
|
 |
MANTAN STAF AKADEMIK DAN PENGERUSI LGU DILANTIK SEBAGAI PRO-CANSELOR USM |
USM PULAU PINANG, 25 November 2025 – Dato’ Seri Dr. Awang Adek, mantan staf akademik dan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (LGU USM), dilantik sebagai Pro-Canselor USM yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2025, menggantikan Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan yang tamat tempoh perkhidmatan beliau pada 30 September 2025. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SANGGAR SANJUNG 2024: TRADISI & INOVASI DIRAI BERSAMA CANSELOR USM |
PULAU PINANG, 24 November 2025 – Majlis Sanggar Sanjung 2024 Universiti Sains Malaysia (USM) berlangsung dengan penuh istiadat di AC Hotel Pulau Pinang, diserikan oleh kehadiran Canselor USM, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. |
Berita Penuh |
|
|
 |
INOVASI PELAJAR SOTA RAIH EMAS DI USM-AUSC 2025: MEMACU SDG 3 |
PULAU PINANG, 25 November 2025 – Dua pelajar daripada Bahagian Rekabentuk Produk, Pusat Pengajian Seni (SOTA), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengharumkan nama universiti apabila meraih pingat emas di USM-AUSC International Sports Innovation Challenge 2025 melalui inovasi yang secara langsung menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan 3 (SDG 3): Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, dengan SOTA menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan tersebut. |
Berita Penuh |
|
|
 |
USM PERKUKUH KEPAKARAN REKA BENTUK LITAR BERSEPADU TERMAJU MELALUI BAKAT TEMPATAN DAN KERJASAMA GLOBAL |
USM PULAU PINANG, 24 November 2025 — Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju penyelidikan mikroelektronik negara menerusi pencapaian graduan dan aktiviti penyelidikan bertaraf antarabangsa di Pusat Usahasama Kecemerlangan Reka Bentuk Mikroelektronik (CEDEC), dengan sokongan padu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta komitmen berterusan pengurusan tertinggi USM. |
Berita Penuh |
|
|
|
|
|
 |
1 DISEMBER 2025 (ISNIN) |
|
|
|
 |
GRADUAN SAINS KOMPUTER USM SEDIA PENUHI KEPERLUAN INDUSTRI DIGITAL NEGARA |
USM, PULAU PINANG, 1 Disember 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh peranannya sebagai antara institusi peneraju dalam bidang teknologi digital negara, dengan melahirkan graduan Sains Komputer yang berpengetahuan tinggi, berdaya saing serta selari dengan keperluan industri digital semasa. |
Berita Penuh |
|
|
SIDANG 12: UNIFORM SANG SAKA BIRU SUNTIK SEMANGAT GENGGAM IJAZAH SARJANA |
USM, PULAU PINANG, 1 Disember 2025 – Sidang Kedua Belas Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan kejayaan seorang anak kelahiran Sibu, Sarawak, Kamarul Rizal Jenal, yang berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam meskipun bergelar pegawai polis yang memikul tanggungjawab berat. |
Berita Penuh |
|
|
 |
693 GRADUAN BAHASA DAN SAINS KOMPUTER DOMINASI SIDANG 13 KONVOKESYEN KE-63 USM |
USM PULAU PINANG, 1 Disember 2025 — Sidang Ketiga Belas Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) meraikan seramai 693 graduan daripada Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan serta Pusat Pengajian Sains Komputer, melibatkan gabungan program di peringkat Sarjana dan Sarjana Muda. |
Berita Penuh |
|
|
 |
GRADUAN BAHASA INGGERIS DAN TERJEMAHAN UNTUK PROFESIONAL TERIMA IJAZAH DI KONVOKESYEN KE-63 USM |
USM PULAU PINANG, 1 Disember 2025 – Konvokesyen ke-63, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyaksikan graduan dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (SoLLaT) menerima ijazah masing-masing dari Pro-Canselor, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin. |
Berita Penuh |
|
|
 |
“ILMU BUKAN UNTUK DIMILIKI SEMATA-MATA, TETAPI UNTUK DIKONGSI DAN DIMANFAATKAN DEMI KEBAIKAN BERSAMA,” PESAN PRO-CANSELOR |
USM PULAU PINANG, 1 Disember 2025 – Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin menegaskan bahawa graduan USM bukan sahaja dilahirkan sebagai tenaga mahir, tetapi juga sebagai pemimpin berjiwa rakyat yang membawa keseimbangan antara ilmu dan nilai kemanusiaan. |
Berita Penuh |
|
|
 |
444 GRADUAN PPSK ANGKAT MARTABAT ILMU SOSIAL DI SIDANG KEDUA BELAS KONVOKESYEN KE-63 USM |
USM, PULAU PINANG, 1 Disember 2025 – Seramai 444 graduan daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) diraikan pada Sidang Kedua Belas Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM), menandakan tamatnya perjalanan akademik yang merangkumi pembelajaran teori, projek penyelidikan dan latihan praktikal dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan pembangunan masyarakat. |
Berita Penuh |
|
|
 |
776 GRADUAN DIRAI: SIDANG KE-12 SERLAHKAN KECEMERLANGAN SAINS KEMASYARAKATAN DAN PENGURUSAN |
USM, PULAU PINANG, 1 Disember 2025 – Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin merasmikan pembukaan Sidang Kedua Belas Upacara Konvokesyen Ke-63 pada jam sembilan pagi, yang menandakan permulaan sesi penganugerahan seterusnya kepada graduan sarjana dan sarjana muda di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP). |
Berita Penuh |
|
|
|
|
 |
30 NOVEMBER 2025 (AHAD) |
|
|
|
|
ILMU TAK KENAL USIA: TIGA ‘OTAI’ USM BUKTIKAN SEMANGAT BELAJAR TIDAK PERNAH PUDAR |
USM, PULAU PINANG, 30 November 2025 - “Kalau ayah boleh belajar, kenapa anak tak boleh?” Itu kata seorang graduan emas, Abdul Hisham Othman, 56, yang tampil penuh yakin menaiki pentas Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai graduan muda. |
Berita Penuh |
|
|
 |
ANGGOTA POLIS 35 TAHUN TAMATKAN IJAZAH BIOLOGI SECARA JARAK JAUH DI USM |
PULAU PINANG, USM, 30 November – Seorang anggota polis berusia 35 tahun yang berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi secara jarak jauh menerima skrol pada Sidang Kesepuluh Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM), yang disempurnakan oleh Pro-Canselor, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin. |
Berita Penuh |
|
|
 |
MYOFASCIAL PAIN SYNDROME BUKAN PENGHALANG, SYAHIDA TAMATKAN PENGAJIAN DAN DIRAI DI SIDANG KESEBELAS USM |
USM, PULAU PINANG, 30 November 2025 – Sidang Kesebelas Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan detik penuh bermakna apabila Syahida Abdullah, 42, muncul sebagai graduan pertama menerima ijazah bagi sidang ini, meskipun berdepan cabaran kesihatan Myofascial Pain Syndrome (MPS). |
Berita Penuh |
|
|
 |
KETABAHAN SEORANG IBU: GRADUAN HAMIL 8 BULAN CURI PERHATIAN DI PENTAS USM |
USM PULAU PINANG, 30 November 2025 – Kecekalan dan semangat luar biasa seorang graduan wanita yang sedang mengandung lapan bulan mencuri perhatian pada Sidang Kesebelas Konvokesyen USM Ke-63 yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra hari ini. |
Berita Penuh |
|
|
 |
PRO-CANSELOR SERU GRADUAN USM JADI DUTA ILMU: JADIKAN ILMU SEBAGAI JAMBATAN ANTARA MANUSIA DAN TEKNOLOGI |
USM, PULAU PINANG, 30 November 2025 – Sidang Kesebelas Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan detik penuh bermakna apabila Syahida Abdullah, 42, muncul sebagai graduan pertama menerima ijazah bagi sidang ini, meskipun berdepan cabaran kesihatan Myofascial Pain Syndrome (MPS). |
Berita Penuh |
|
|
 |
930 GRADUAN DIRAI: SIDANG KESEBELAS SERLAHKAN GRADUAN SAINS KEMASYARAKATAN DAN PENGURUSAN |
USM, PULAU PINANG, 30 November 2025 – Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) sekali lagi menjadi pentas penuh istiadat apabila Sidang Kesebelas Upacara Konvokesyen Ke-63 USM dirasmikan pada jam tiga petang oleh Pro-Canselor, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, bagi meraikan pencapaian graduan daripada pelbagai disiplin. |
Berita Penuh |
|
|
 |
USM RAI GRADUAN PPPJJ DAN PENGURUSAN DALAM SIDANG KESEPULUH PENUH ISTIADAT |
USM, PULAU PINANG, 30 November 2025 – Sidang Kesepuluh Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) dirasmikan pada jam sembilan pagi di Dewan Tuanku Syed Putra oleh Pro-Canselor, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Husin, sekali gus menandakan permulaan sesi penganugerahan ijazah kepada para graduan. |
Berita Penuh |
|
|
 |
KONVOKESYEN KE-63 USM: SIDANG KESEPULUH ANGKAT KECEMERLANGAN 190 GRADUAN MBA |
USM, PULAU PINANG, 30 November 2025 – Universiti Sains Malaysia meraikan kecemerlangan seramai 190 graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan pada Sidang Kesepuluh Upacara Konvokesyen Ke-63, sekali gus mengukuhkan kedudukan universiti sebagai peneraju pendidikan pengurusan siswazah. |
Berita Penuh |
|
|
 |
NYARIS BERHENTI BELAJAR AKIBAT KESEMPITAN HIDUP, GRADUAN BUKTIKAN USAHA TIDAK PERNAH KHIANATI HASIL |
USM PULAU PINANG, 30 November 2025 – Kesempitan hidup dan keinginan untuk meringankan beban kedua ibu bapanya pernah membuatkan seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) hampir berputus asa. |
Berita Penuh |
|
|
 |
PPPJJ USM PERKUKUH AKSES PEMBELAJARAN, 61 GRADUAN SAINS TERIMA SKROL DI SIDANG KESEPULUH |
USM, PULAU PINANG, 30 November 2025 – Sebagai perintis pendidikan jarak jauh negara sejak 1971, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) sekali lagi meraikan kejayaan para graduan pada Sidang Kesepuluh Upacara Konvokesyen Ke-63, menegaskan peranan pusat pengajian tersebut dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada masyarakat tanpa batasan usia dan lokasi. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SOM USM RAIKAN RATUSAN GRADUAN BAHARU SIAP HADAPI DUNIA KORPORAT |
USM, PULAU PINANG, 30 November 2025 – Pusat Pengajian Pengurusan (SOM) menjadi tumpuan pada Sidang Kesepuluh Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) apabila seramai 421 graduan menerima ijazah masing masing dalam suasana penuh bangga dan bermakna, sekali gus menyerlahkan peranan SOM sebagai pusat pengajian teras dalam bidang pengurusan dan perakaunan. |
Berita Penuh |
|
|
 |
PRO-CANSELOR USM, DATO’ SERI DR. AWANG ADEK HUSSIN SERU GRADUAN JADI PEMIMPIN BERILMU DAN BERETIKA |
USM PULAU PINANG, 30 November 2025 – Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, menyeru para graduan agar menjadikan ilmu sebagai wahana untuk memperindah kehidupan manusia serta berbakti kepada masyarakat dan negara. |
Berita Penuh |
|
|
|
|
|
 |
29 NOVEMBER 2025 (SABTU) |
|
|
|
 |
KECEMERLANGAN PRATHINA DAN SUMAYYA HARUMKAN NAMA PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI DI PENTAS KONVOKESYEN |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Prathina Saravanamuthu, graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM), menamatkan pengajiannya dengan kecemerlangan sambil membina minat mendalam dalam strategi komunikasi, penglibatan global dan penceritaan berasaskan tujuan, sekali gus menyerlahkan peranan Pusat Pengajian Komunikasi dalam melahirkan graduan serba kompeten. |
Berita Penuh |
|
|
USM SAMPAIKAN PENGHARGAAN ANUMERTA KEPADA GRADUAN PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN, BANGUNAN DAN PERANCANGAN PADA SIDANG KESEMBILAN |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Suasana di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) bertukar hiba apabila nama Nur’Aesha Syahirah Mohd Shahir, graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Bangunan dengan Kepujian, diumumkan untuk menerima penganugerahan ijazah secara anumerta pada Sidang Kesembilan Upacara Konvokesyen Ke-63 USM. |
Berita Penuh |
|
|
 |
KONVOKESYEN KE-63 USM: SIDANG KESEMBILAN SEMARAKKAN KEJAYAAN GRADUAN PELBAGAI BIDANG |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Sidang Kesembilan Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan para graduan diraikan dalam suasana penuh istiadat di Dewan Tuanku Syed Putra pada jam tiga petang, dengan Pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, menyempurnakan penganugerahan ijazah Sarjana, Sarjana Muda serta Diploma Kejururawatan. |
Berita Penuh |
|
|
 |
USM PERKENALKAN TENAGA PAKAR BAHARU DALAM BIOPERUBATAN, FORENSIK DAN KESIHATAN AWAM PADA SIDANG KEENAM |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan reputasinya sebagai hab kecemerlangan akademik apabila Sidang Keenam Upacara Konvokesyen Ke-63 diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), sekali gus menampilkan barisan graduan dan penyelidik baharu dalam bidang bioperubatan, forensik dan kesihatan awam. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG KESEMBILAN KONVOKESYEN KE-63 USM: 702 GRADUAN HBP DAN SAINS KESIHATAN DIRAI, PRO-CANSELOR TEKANKAN PERANAN GRADUAN MEMBINA KEHIDUPAN LEBIH BAIK |
USM PULAU PINANG, 29 November 2025 – Sidang Kesembilan, Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) dengan penuh kesyukuran apabila seramai 702 graduan daripada Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP) serta Pusat Pengajian Sains Kesihatan, termasuk Diploma Kejururawatan menerima skrol masing-masing. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG KESEMBILAN: USM PERKASA SEKTOR PERUMAHAN DAN PERANCANGAN DENGAN 298 GRADUAN BAHARU |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Seramai 298 graduan daripada Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan diraikan pada Sidang Kesembilan Majlis Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia yang menandakan tamatnya pengajian yang dipenuhi tugasan reka bentuk, projek penyelidikan dan pembelajaran praktikal dalam bidang perumahan, pembinaan serta perancangan. |
Berita Penuh |
|
|
 |
PRO-CANSELOR USM: GRADUAN KOMUNIKASI DAN SAINS KAJIHAYAT PEMACU WACANA KEMANUSIAAN DAN KELESTARIAN |
USM PULAU PINANG, 29 November 2025 – Pagi ini berlangsungnya Sidang Kelapan, Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) yang dipengerusikan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG KELAPAN KONVOKESYEN KE-63 USM SERLAHKAN KEUNGGULAN GRADUAN KOMUNIKASI DAN SAINS KAJIHAYAT |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Sidang Kelapan Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia Ke-63 yang diisytiharkan pada pukul sembilan pagi di Dewan Tuanku Syed Putra melibatkan 676 graduan daripada dua pusat pengajian. |
Berita Penuh |
|
|
 |
USM RAIKAN 280 SAINTIS MUDA DI SIDANG KELAPAN KONVOKESYEN KE-63 |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Universiti Sains Malaysia terus mengukuhkan reputasinya sebagai institusi penyelidikan terkemuka apabila Sidang Kelapan Konvokesyen Ke-63 hari ini meraikan ratusan saintis muda yang berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang sains kajihayat. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG KELAPAN RAIKAN 416 GRADUAN PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI USM |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Ditubuhkan pada 1971 dan mula melahirkan graduan pada sesi 1984 hingga 1985, Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia terus memperkukuh peranannya sebagai perintis pendidikan komunikasi di Malaysia. |
Berita Penuh |
|
|
 |
MELANGKAUI SEMPADAN, MENGGAPAI IMPIAN DI USM |
USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 - Hari ini, Akiko Nagata bersedia bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM), dan perjalanannya menjadi inspirasi mengenai kepentingan pembelajaran sepanjang hayat serta profesionalisme dalam kerjaya. |
Berita Penuh |
|
|
 |
HAMPIR 30 TAHUN TINGGALKAN UNIVERSITI, DUA SAHABAT BAIK BERGRADUASI BERSAMA |
USM, PULAU PINANG, 28 November 2025 - Selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah pertama di sebuah universiti awam di Malaysia hampir 30 tahun lalu, dua sahabat karib, Aminudin Daud dan Ridzuan Mohd, yang persahabatannya kekal utuh sejak zaman mahasiswa, membuat keputusan bermakna untuk kembali ke dunia akademik dan melanjutkan pengajian Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu di USM@KL. |
Berita Penuh |
|
|
|
|
|
 |
28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT) |
|
|
|
 |
DITIPU RM3,000, NAMUN MANTAN YDP MPP TETAP TAMATKAN PENGAJIAN DI USM |
USM, PULAU PINANG, 28 November 2025 – Bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhammad Wafiq Mazlan, menamatkan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari tahun 2021 hingga 2024 kerana menurut beliau jurusan tersebut fleksibel serta mempunyai permintaan tinggi. |
Berita Penuh |
|
|
 |
USM LAHIRKAN MEJAR ATM BERIJAZAH KEJURUTERAAN, SERLAHKAN KEPIMPINAN DAN KEPAKARAN PERTAHANAN NEGARA |
USM, PULAU PINANG, 28 November 2025 – Seorang Pegawai Tentera Darat Malaysia berpangkat Mejar meraikan kecemerlangan pada Sidang Keenam Upacara Konvokesyen Ke-63 USM apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Pengurusan dengan Kepujian daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, sekali gus menyerlahkan peranan USM sebagai institusi berdaya saing dalam melahirkan graduan berjiwa kepimpinan selaras dengan motto ‘Kami Memimpin’. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG KETUJUH KONVOKESYEN KE-63 USM SERLAH KECEMERLANGAN GRADUAN KEJURUTERAAN, SENI DAN SAINS KIMIA |
USM, PULAU PINANG, 28 November 2025 – Sidang Ketujuh Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), melibatkan graduan dari bidang kejuruteraan serta pusat pengajian di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan USM. |
Berita Penuh |
|
|
 |
KEJAYAAN GRADUAN USM MERENTAS BIDANG SAINS, TEKNOLOGI, DAN SENI KE ARAH MEMBINA HARAPAN BANGSA |
USM PULAU PINANG, 28 November 2025 – Sidang Ketujuh, Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) diteruskan pada petang ini, dipengerusikan oleh Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali. |
Berita Penuh |
|
|
766 GRADUAN KEJURUTERAAN TERIMA IJAZAH PADA SIDANG KEENAM DAN KETUJUH KONVOKESYEN KE-63 USM |
USM PULAU PINANG, 28 November 2025 – Seramai 766 graduan Sarjana dan Sarjana Muda Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima ijazah masing-masing pada Sidang Keenam dan Sidang Ketujuh Upacara Konvokesyen ke-63 yang berlangsung di sini, hari ini. |
Berita Penuh |
|
|
 |
GRADUAN KEJURUTERAAN USM DIPERSIAPKAN UNTUK MEMACU TRANSFORMASI MAMPAN NEGARA |
USM PULAU PINANG, 28 November 2025 – Sidang Keenam, Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) diteruskan hari ini dengan penuh meriah, dipengerusikan oleh Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG KEENAM KONVOKESYEN KE-63 USM LAHIRKAN GRADUAN KEJURUTERAAN PELBAGAI BIDANG |
USM, PULAU PINANG, 28 November 2025 – Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, merasmikan pembukaan Sidang Keenam Upacara Konvokesyen Ke-63 pada jam 9.00 pagi, menandakan permulaan sesi yang seterusnya dalam rangkaian istiadat berprestij ini serta menghimpunkan para graduan sarjana dan sarjana muda yang memenuhi Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) bagi menerima pengiktirafan akademik masing-masing. |
Berita Penuh |
|
|
|
|
|
 |
27 NOVEMBER 2025 (KHAMIS) |
|
|
|
 |
DUA GENERASI, SATU PENTAS: AYAH & ANAK BERGRADUASI BERSAMA DI KONVOKESYEN KE-63 USM |
USM PULAU PINANG, 27 November 2025 – Detik penuh emosi dan kebanggaan terserlah apabila pasangan ayah dan anak, Dr. Rafizal Abd Rahim dan Nur Umaira Diba Rafizal, diraikan sebagai graduan pada Konvokesyen USM Ke-63, meskipun menerima ijazah pada sidang berbeza namun tetap berkongsi momen luar biasa dalam sejarah keluarga mereka. |
Berita Penuh |
|
|
 |
632 GRADUAN TERIMA SKROL IJAZAH DARI PRO-CANSELOR PADA SIDANG KELIMA UPACARA KONVOKESYEN KE-63 USM |
USM, PULAU PINANG, 27 November 2025 – Sidang Kelima Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) disambut dengan tepukan gemuruh apabila muncul graduan penerima pingat emas USM terbanyak setakat lima sidang yang berlangsung. |
Berita Penuh |
|
|
 |
PETIKAN UCAPAN PRO-CANSELOR, YBHG. TAN SRI DATUK DR. ZULKEFLI A. HASSAN PADA SIDANG KELIMA, KONVOKESYEN KE-63 USM |
USM PULAU PINANG, 27 November 2025 – Sidang Kelima, Upacara Konvokesyen Ke-63, Universiti Sains Malaysia (USM) dimulakan dengan Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan mengucapkan rasa syukur dan berbesar hati kerana dapat bersama-sama hadir di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) untuk menyampaikan ijazah kepada para graduan yang telah berusaha gigih sepanjang tempoh pengajian mereka. |
Berita Penuh |
|
|
 |
GRADUAN ISDEV TERAJU PEMBANGUNAN ISLAMIK DI USM |
USM, PULAU PINANG, 26 November 2025 – Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM melahirkan graduan berprestij dalam bidang pembangunan Islam termasuk sistem kewangan Islamik, apabila seramai 29 graduan menerima pengijazahan pada peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana pada Sidang Ketiga Upacara Konvokesyen Ke-63 USM. |
Berita Penuh |
|
|
 |
DARI SEL KE SIDANG KONVOKESYEN: USM REALISASIKAN IMPIAN KHAIRUL GENGGAM SARJANA |
USM, PULAU PINANG, 26 November 2025 – Anak sulung daripada tiga beradik, Mohd Khairul bin Ab Aziz, menerima Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan pada Sidang Ketiga Upacara Konvokesyen Ke-63 USM dengan kajian mengenai penerokaan penggunaan kokain di Malaysia, menjadikannya antara penyelidikan terawal seumpamanya di negara ini. |
Berita Penuh |
|
|
 |
UNCLE JET GRADUAN PERUBATAN TERTUA MALAYSIA, RAIH IJAZAH PADA USIA 57 TAHUN |
USM PULAU PINANG, 27 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah tersendiri apabila Dr. Ng Jet Kwan, atau lebih mesra disapa dengan panggilan "Uncle Jet," 57, menerima Ijazah Doktor Perubatan (MD) pada Sidang Keempat, Konvokesyen Ke-63 USM yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG KEEMPAT USM SERLAHKAN KECEMERLANGAN GRADUAN DALAM BIDANG SAINS PERUBATAN DAN SAINS FIZIK |
USM, PULAU PINANG, 27 November 2025 – Selepas Sidang Ketiga yang menghimpunkan tokoh penyelidikan dan penerima ijazah tinggi, Sidang Keempat Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan dewan bergema dengan sorakan bagi meraikan kumpulan penerima Sarjana terbesar setakat ini, yang melibatkan seramai 684 graduan daripada pelbagai bidang berkaitan kesihatan, sains gunaan dan penyelidikan teknologi. |
Berita Penuh |
|
|
GRADUAN USM ADALAH ASET PENTING NEGARA – TAN SRI ZULKEFLI |
USM PULAU PINANG, 27 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meraikan seramai 704 graduan dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Fizik pada Sidang Keempat, Upacara Konvokesyen Ke-63 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Kampus Induk. |
Berita Penuh |
|
|
|
|
|
 |
26 NOVEMBER 2025 (RABU) |
|
|
|
 |
KEJAYAAN 694 GRADUAN WARNAI SIDANG KETIGA KONVOKESYEN KE-63 USM |
USM, PULAU PINANG, 26 November 2025 – Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Ke-63 Sidang Ketiga diisytiharkan pembukaannya oleh Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, dan berlangsung dengan penuh meriah bagi meraikan graduan daripada pelbagai peringkat pengajian melibatkan penganugerahan Ijazah Tinggi dan Ijazah Sarjana Muda. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG KETIGA KONVOKESYEN: ANGKAT GRADUAN BARISAN HADAPAN DSTIN 2030 |
USM, PULAU PINANG, 26 November 2025 – Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, mengisytiharkan pembukaan Sidang Ketiga Upacara Konvokesyen Ke-63, menandakan kesinambungan majlis yang meraikan graduan sarjana dan sarjana muda di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP). |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG 2: 864 GRADUAN DOKTORAL DIRAIKAN, UNIVERSITI TERUS KUKUHKAN KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN |
USM, PULAU PINANG, 26 November 2025 – Sebanyak 864 graduan doktoral diraikan dalam Sidang 2 Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-63, yang membuka tirai hari kedua dengan penganugerahan tertinggi kepada penyelidik muda sebagai lambang kecemerlangan akademik universiti. |
Berita Penuh |
|
|
USM HASILKAN GRADUAN PERTAMA DI BALIK TIRAI BESI |
USM PULAU PINANG, 26 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) buat julung kalinya melahirkan graduan pertama peringkat ijazah sarjana yang menamatkan pengajian ketika sedang menjalani hukuman penjara. |
Berita Penuh |
|
|
KEUNGGULAN BAKAT DAN PENYELIDIKAN ONKOLOGI DI IPPT USM |
USM PULAU PINANG, 26 November 2025 – Hari ini, ketika Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) meraikan kejayaan para graduannya, kita juga menyaksikan satu pencapaian penting dalam landskap penyelidikan kesihatan negara. |
Berita Penuh |
|
|
IJAZAH TERAKHIR ARWAH: SUAMI HADIR PENUHI IMPIAN ISTERI TERCINTA |
USM PULAU PINANG, 26 November: Sidang Ketiga Upacara Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyaksikan momen penuh hiba apabila Abdul Aziz Muhamad, 40, menerima skrol Ijazah Anumerta bagi pihak isterinya, Allahyarham Nadia Annie Mohamed Ariffin yang menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan) dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ). |
Berita Penuh |
|
|
|
|
|
 |
25 NOVEMBER 2025 (SELASA) |
|
|
|
USM ANUGERAHKAN IJAZAH KEHORMAT KEPADA TOKOH BANDAR LESTARI DUNIA |
USM, PULAU PINANG, 25 November 2025 – Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-63 menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Perancangan Bandar dan Wilayah kepada Dato’ Seri Paduka TPr. Maimunah Mohd Sharif, tokoh tersohor pembangunan mampan di peringkat nasional dan antarabangsa. |
Berita Penuh |
|
|
DYMM TUANKU CANSELOR MENCEMAR DULI KE MAJLIS SANTAPAN TENGAH HARI USAI SIDANG PERTAMA KONVOKESYEN KE-63 |
PULAU PINANG, 25 November 2025 – DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkenan mencemar duli ke Iconic Marjorie Hotel, Pulau Pinang untuk menghadiri majlis santapan tengah hari sejurus selesai merasmikan Upacara Konvokesyen Ke-63 USM. |
Berita Penuh |
|
|
KEBERANGKATAN DYMM TUANKU CANSELOR SEMARAKKAN SIDANG PERTAMA KONVOKESYEN USM KE-63 |
USM, PULAU PINANG, 26 November 2025 – Sebanyak 864 graduan doktoral diraikan dalam Sidang 2 Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-63, yang membuka tirai hari kedua dengan penganugerahan tertinggi kepada penyelidik muda sebagai lambang kecemerlangan akademik universiti. |
Berita Penuh |
|
|
 |
SIDANG MEDIA KHAS KONVO: 6 GRADUAN CEMERLANG USM TERIMA PINGAT EMAS |
USM, PULAU PINANG, 24 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) meraikan enam graduan cemerlang menerusi penganugerahan pelbagai pingat emas berprestij pada satu sidang media khas yang dipengerusikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di VIP Lounge hari ini. |
Berita Penuh |
|
|
|
Agenda Minggu Ini |
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
Kenangan Tercipta |
|
 |
Uni Must-Have |
|
 |
Cemerlang & Gemilang |
|
|
 |
Convocation Fit Check |
|
 |
Pengumuman Sidang Kedua belas & Ketiga belas |
|
 |
Tidak Pernah Mengalah |
|
|
 |
Untuk Ayah & Ibu |
|
 |
From Seniors, With Love |
|
 |
Detik Bersejarah |
|
|
 |
Together, We Made it |
|
 |
Di Sebalik Perbarisan |
|
 |
Future in Motion |
|
|
 |
Pengumuman Sidang Kesepuluh & Kesebelas |
|
 |
Dari Lensa Sidang Kesembilan |
|
 |
Detik Bermakna Warnai Sidang 9 Konvokesyen USM |
|
|
 |
Global Talent Spotlight |
|
 |
Detik Gembira, Kenangan Abadi, Sidang Kelapan Terus Bersinar |
|
 |
Sidang Kelapan Raikan 416 Graduan Pusat Pengajian Komunikasi |
|
|
 |
Lensa Kasih |
|
 |
Dari Lensa Sidang Keenam |
|
 |
Langkah Baharu |
|
|
|
|
|
TAHUKAH ANDA? |
USM menduduki tempat pertama dunia dalam SDG1 daripada 1,267 universiti.
Kejayaan dipacu oleh kemasukan pelajar B40, program komuniti dan keselamatan makanan.
USM kekal #1 dunia bagi SDG16 selama 4 tahun berturut-turut.
Penyelidikan USM menjadi rujukan dalam dasar integriti dan keadilan sosial negara.
|
|
|
|
|