USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SIDANG KELAPAN RAIKAN 416 GRADUAN PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI USM

USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Ditubuhkan pada 1971 dan mula melahirkan graduan pada sesi 1984 hingga 1985, Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia terus memperkukuh peranannya sebagai perintis pendidikan komunikasi di Malaysia.

Dekan Pusat Pengajian Komunikasi, Profesor Madya Dr. Bahiyah Omar, hadir pada Sidang Kelapan untuk mengumumkan seramai 416 graduan Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda Pusat Pengajian Komunikasi termasuk penerima Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia yang ditaja oleh Institut Akhbar Malaysia iaitu Sumayya Fauzi dan Lim Huai Ai.

WhatsApp Image 2025 11 29 at 10.14.34 1

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Komunikasi, Dr. Nur Atikah A. Rahman, menyatakan rasa bangga melihat graduan Pusat Pengajian Komunikasi melintasi pentas menerima sijil masing-masing.

Beliau berkata bahawa kejayaan graduan mengatasi pelbagai cabaran sepanjang pengajian membuktikan mereka bersedia menghadapi industri dengan bimbingan serta ilmu yang diperoleh sekaligus menyumbang secara positif kepada masyarakat.

WhatsApp Image 2025 11 29 at 10.14.34

Sidang Kelapan Konvokesyen Ke-63 USM sekali lagi menyaksikan komitmen USM melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten tetapi turut bersedia memacu masa depan industri komunikasi negara, di samping mengekalkan legasi USM sebagai peneraju pendidikan komunikasi di Malaysia dan terus menghasilkan tenaga kerja yang relevan, berprinsip serta berdaya saing.

Teks: Sara Hannah Sahan Shah, pelajar Pusat Pengajian Komunikasi/Foto: Click Crew @ MPRC

  • Created on .
  • Hits: 122

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025