USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

693 GRADUAN BAHASA DAN SAINS KOMPUTER DOMINASI SIDANG 13 KONVOKESYEN KE-63 USM

WhatsApp Image 2025 12 01 at 15.55.29 1

USM PULAU PINANG, 1 Disember 2025 — Sidang Ketiga Belas Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) meraikan seramai 693 graduan daripada Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan serta Pusat Pengajian Sains Komputer, melibatkan gabungan program di peringkat Sarjana dan Sarjana Muda.

WhatsApp Image 2025 12 01 at 15.55.28 1

WhatsApp Image 2025 12 01 at 15.55.28 2

Pada sidang ini, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Profesor Dr. Hazri Jamil, memperkenalkan 249 graduan daripada program Sarjana Sastera (Terjemahan untuk Profesional), Sarjana Sastera Terjemahan untuk Profesional, dan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris untuk Profesional), sebagai mengiktiraf pencapaian mereka dalam bidang bahasa, terjemahan dan komunikasi profesional.

WhatsApp Image 2025 12 01 at 15.55.29

Seterusnya, Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Profesor Dr. Wan Mohd Nazmee Wan Zainon, memperkenalkan 444 graduan daripada program Sarjana Informatik, Sarjana Sains (Sains Data dan Analitik), Sarjana Sains (Sains Komputer), Sarjana Sains Komputer, dan Sarjana Sains dalam Transformasi Digital, manakala peringkat Sarjana Muda melibatkan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dan Sarjana Muda Sains Komputer.

Upacara berlangsung penuh istiadat dengan pengisytiharan pembukaan sidang oleh Pro-Canselor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, sebelum penyampaian ijazah dilakukan kepada para graduan daripada kedua-dua pusat pengajian tersebut.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Suntingan: Shafinaz Md Ismail/Foto: Airul Afzan Azlan, intern @ MPRC

  • Created on .
  • Hits: 208

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025