USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SIDANG MEDIA KHAS KONVO: 6 GRADUAN CEMERLANG USM TERIMA PINGAT EMAS

WhatsApp Image 2025 11 24 at 13.23.42 1

USM, PULAU PINANG, 24 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) meraikan enam graduan cemerlang menerusi penganugerahan pelbagai pingat emas berprestij pada satu sidang media khas yang dipengerusikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di VIP Lounge hari ini.

Antara pengiktirafan yang disampaikan termasuklah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia, Pingat Emas Universiti Sains Malaysia, Pingat Emas Naib Canselor, serta Anugerah Tun Abdul Razak.

WhatsApp Image 2025 11 24 at 13.23.43

Senarai penerima terdiri daripada Jeremy Lau Wei Han (Pingat Emas Canselor), Aii’na Mardiah Din dan Alka Kaur Sandhu (Anugerah Pelajaran Diraja), Muhammad Nazmi Eirman (Pingat Emas Naib Canselor), Valli Ganesan (Pingat Emas USM), dan B. Geveanraj M. Batmanathan (Anugerah Tun Abdul Razak), yang masing-masing menyerlah dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum.

Menurut Aii’na Mardiah Din, penghargaan tersebut membawa makna yang amat mendalam kerana arwah ayahnya, yang menjadi tunjang kejayaan dirinya, tidak berkesempatan untuk menyaksikan detik bersejarah itu.

“Saya berasa lebih bersyukur daripada gembira kerana menerima salah satu pengiktirafan tertinggi universiti, namun dalam masa yang sama turut diliputi rasa sedih kerana ayah tidak dapat hadir menyaksikan pencapaian saya hari ini,” ujar Aii’na yang mengakui bahawa arwah ayahnya merupakan antara tulang belakang utama dalam perjalanan akademiknya.

Sementara itu, Jeremy Lau Wei Han menegaskan bahawa kepimpinan sebenar ialah membentuk pemimpin lain dalam sesebuah pasukan, justeru pengiktirafan ini amat mengujakan kerana ia merupakan anugerah tertinggi di USM.

WhatsApp Image 2025 11 24 at 13.23.44

“Saya berasa amat terharu dan kagum kerana anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi di USM” kata Jeremy.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen USM terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti dan SDG 10: Pengurangan Ketidaksamaan, apabila USM berjaya melahirkan graduan berprestasi tinggi daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar berkeperluan khas.

WhatsApp Image 2025 11 24 at 13.23.36

Pencapaian enam ikon graduan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan individu, malah mengangkat reputasi USM sebagai universiti yang terus melahirkan pemimpin masa hadapan.

WhatsApp Image 2025 11 25 at 1.22.20 PM

Teks: Farisha Norlia Akihito, pelajar Pusat Pengajian Komunikasi/Suntingan: Shafinaz Md Ismail

  • Created on .
  • Hits: 1176

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025