USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKENALKAN TENAGA PAKAR BAHARU DALAM BIOPERUBATAN, FORENSIK DAN KESIHATAN AWAM PADA SIDANG KEENAM

USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan reputasinya sebagai hab kecemerlangan akademik apabila Sidang Keenam Upacara Konvokesyen Ke-63 diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), sekali gus menampilkan barisan graduan dan penyelidik baharu dalam bidang bioperubatan, forensik dan kesihatan awam.

Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, menyempurnakan penganugerahan kepada para graduan, dengan peningkatan jumlah tenaga pakar dalam bidang kritikal tersebut membuktikan komitmen USM dalam melahirkan profesional yang mampu mendepani cabaran kesihatan semasa merangkumi penyakit berjangkit, keselamatan forensik dan isu kesihatan komuniti.

WhatsApp Image 2025 11 29 at 17.13.53 1

Seramai 322 graduan Pusat Pengajian Sains Kesihatan menerima penganugerahan akademik pada sidang ini, merangkumi Ijazah Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma Kejururawatan, selaras dengan visi pusat pengajian tersebut untuk terus menjadi pusat kecemerlangan sains kesihatan yang memacu kesejahteraan masyarakat melalui penyelidikan intelektual, kreativiti, inovasi dan penyebaran ilmu pengetahuan.”

Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak, memperkenalkan graduan daripada kesemua program akademik termasuk Sarjana Sains (Bioperubatan), Sarjana Sains Bioperubatan, Sarjana Sains (Sains Forensik), Sarjana Sains Forensik, Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian), Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian), Sarjana Muda Audiologi (Kepujian), Sarjana Muda Dietetik (Kepujian), Sarjana Muda Pemakanan (Kepujian), Sarjana Muda Sinaran Perubatan (Kepujian), Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (Kepujian), Sarjana Muda Sains Bioperubatan (Kepujian), Sarjana Muda Sains Dalam Sains Forensik serta Diploma Kejururawatan.

WhatsApp Image 2025 11 29 at 17.13.56 1

WhatsApp Image 2025 11 29 at 17.13.54

Pengiktirafan istimewa turut diberikan kepada graduan cemerlang Pusat Pengajian Sains Kesihatan, antaranya Angelyn Lee Chui Yee sebagai penerima Hadiah Buku USM, manakala penerima Pingat Emas USM pula ialah Nurul Alya Mazri (Sarjana Muda Sains Bioperubatan), Leia Susannah Hairunnizam dan Seow Zhi Lin (Sarjana Muda Sains Dalam Sains Forensik).

WhatsApp Image 2025 11 29 at 17.13.54 1

Dengan berlangsungnya Sidang Keenam ini, maka jelas bahawa USM terus menjadi penyumbang utama tenaga profesional dalam sektor kesihatan negara melalui penghasilan graduan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan berupaya menyumbang secara signifikan kepada pembangunan nasional.

Teks: Muhammad Abid Naqiuddin Mohd Zaki, pelajar Pusat Pengajian Komunikasi/Foto: Click Crew @ MPRC

  • Created on .
  • Hits: 183

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025