USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONVOKESYEN KE-63 USM: SIDANG KESEMBILAN SEMARAKKAN KEJAYAAN GRADUAN PELBAGAI BIDANG

USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Sidang Kesembilan Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan para graduan diraikan dalam suasana penuh istiadat di Dewan Tuanku Syed Putra pada jam tiga petang, dengan Pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, menyempurnakan penganugerahan ijazah Sarjana, Sarjana Muda serta Diploma Kejururawatan.

Sidang ini menghimpunkan seramai 702 graduan daripada Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan serta Pusat Pengajian Sains Kesihatan, sekali gus menjadikannya antara sidang yang memperlihatkan kepelbagaian disiplin akademik dalam konvokesyen tahun ini.

WhatsApp Image 2025 11 29 at 19.22.55

Upacara turut diserikan dengan penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah Buku USM sebagai pengiktirafan tertinggi kepada graduan yang mencapai kecemerlangan akademik dan menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang tempoh pengajian.

Antara penerima Pingat Emas USM ialah Gan Shing Yen (Sarjana Senibina), William Tang Jun Lung (Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Lai Chin Wei (Perancangan Bandar dan Wilayah), Chan Zi Ming (Sains Seni Bina), Teshmeen Kaur Mahinder Singh (Sains), Muhamad Fathi Mohd Zuber (Sains Kesihatan), Julaikha Jumain (Kejururawatan), Tee Li Wei (Sinaran Perubatan), Nurul Alya Mazri (Sains Bioperubatan), Leia Susannah Hairunnizam (Sains Forensik) dan Seow Zhi Lin (Sains Forensik).

Sementara itu, penerima Hadiah Buku USM terdiri daripada Mohd Hazimi Afif Fairus (Sarjana Senibina), Lau Tung Chi (Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Ng Yong Pei (Sains Seni Bina), Teh Looi Ying (Sains), Muhammad Syazwan Mohd Noor Azmi (Sains Kesihatan) dan Angelyn Lee Chui Yee (Sains Bioperubatan).

WhatsApp Image 2025 11 29 at 19.18.30 WhatsApp Image 2025 11 29 at 19.18.30 1

Menurut ucapan yang disampaikan oleh  Pro-Canselor, beliau berkata dua bidang ini walaupun berbeza disiplin tetapi berkongsi satu matlamat yang sama iaitu untuk membina kehidupan yang lebih baik kepada manusia dan masyarakat.

“Sidang ini memperlihatkan kesepaduan antara ilmu kesihatan dan perancangan pembangunan yang mengorientasi kesejahteraan rakyat, dan dalam konteks Rancangan Malaysia Ketiga Belas, peranan profesional dalam bidang kesihatan serta perancangan bandar amat penting bagi memastikan pembangunan negara seimbang antara keperluan fizikal, sosial dan kemanusiaan,” jelas beliau.

Penghormatan secara anumerta turut diberikan kepada Nur’Aesha Syahira Mohd Shahir, graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Bangunan dengan Kepujian yang telah kembali ke rahmatullah, dan bacaan al Fatihah dipimpin bersama seluruh dewan sebagai tanda ingatan terhadap beliau.

Dengan berakhirnya Sidang Kesembilan ini, Upacara Konvokesyen Ke-63 USM menutup tirainya dengan penuh kemeriahan, sekali gus memperkukuh reputasi universiti sebagai institusi terkemuka yang terus melahirkan graduan berkualiti untuk masyarakat dan negara.

Teks: Nurul Iffah Athirah Mohamad Aidil, pelajar Pusat Pengajian Komunikasi/Foto: Click Crew & MPRC

  • Created on .
  • Hits: 230

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025