DITIPU RM3,000, NAMUN MANTAN YDP MPP TETAP TAMATKAN PENGAJIAN DI USM

USM, PULAU PINANG, 28 November 2025 – Bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhammad Wafiq Mazlan, menamatkan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari tahun 2021 hingga 2024 kerana menurut beliau jurusan tersebut fleksibel serta mempunyai permintaan tinggi.
Wafiq, yang merupakan mantan YDP MPP bagi sesi 2024/2025, menjelaskan bahawa jawatan tersebut menjadi cabaran besar dalam pengajian kerana beliau perlu membahagikan masa antara akademik dan khidmat kepada pelajar serta universiti, namun beliau tetap berpegang bahawa tanggungjawab sebagai YDP MPP harus dipikul dengan integriti.
Selain memegang jawatan YDP, beliau turut berdepan cabaran akademik dalam jurusan yang menekankan projek-projek sukar berkaitan mereka bentuk serta aplikasi asas mekatronik, namun menurut Wafiq, kesukaran tersebut meningkatkan penguasaan ilmu yang kini dimanfaatkan dalam kerjayanya sebagai pereka mekanikal di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Beliau menjelaskan bahawa bagi mengimbangi akademik dan kokurikulum, setiap tugasan kuliah perlu disiapkan seawal mungkin agar beliau dapat melaksanakan tanggungjawab lain di luar bilik kuliah.
Selain menjadi YDP MPP, Wafiq menyertai persatuan mekanikal dan bekerja sebagai exco keusahawanan.
Malah, Wafiq juga merupakan bendahari dalam Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR), dam Exco Sukan Majlis Perwakilan Desasiwa Jaya Lembaran Utama.
Wafiq merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringakat Master selepas setahun bekerja dengan membuat kajian tentang produk syarikat.

“Saya berhasrat untuk melanjutkan pengajaran dengan bantuan kewangan daripada syarikat kerana saya akan membuat kajian tentang produk mereka bagi menambah baik hasil jualan”, kata Wafiq.
Tahun ketiga pengajian merupakan titik terendah bagi Wafiq kerana telah ditipu sebanyak RM3000. “Saya beranggapan bahawa duit tersebut diperlukan bagi persatuan-persatuan yang membantu pelajar” ujar Wafiq.
“Saya mahu berterima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi restu untuk saya melanjutkan pelajaran disini”, kata Wafiq. Namun dia tidak bergantung akan keluarga dan rakannya dalam segala aspek termasuklah akademik dan kokurikulum.
Menurut Wafiq, sekiranya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga peringkat universiti, jangan lepaskan peluang untuk menyertai persatuan dan program bagi mengasahkan kemahiran komunikasi yamg boleh membantu dalam meningkatkan keyakinan diri.
Teks: Farisha Norlia Akihito, pelajar pusat Pengajian Komunikasi/Foto: Click Crew @ MPRC
- Created on .
- Hits: 127