USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DUA GENERASI, SATU PENTAS: AYAH & ANAK BERGRADUASI BERSAMA DI KONVOKESYEN KE-63 USM

WhatsApp Image 2025 11 28 at 01.08.29

USM PULAU PINANG, 27 November 2025 – Detik penuh emosi dan kebanggaan terserlah apabila pasangan ayah dan anak, Dr. Rafizal Abd Rahim dan Nur Umaira Diba Rafizal, diraikan sebagai graduan pada Konvokesyen USM Ke-63, meskipun menerima ijazah pada sidang berbeza namun tetap berkongsi momen luar biasa dalam sejarah keluarga mereka.

Bendahari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Rafizal Abd Rahim, yang menerima Doktor Pentadbiran Perniagaan pada Sidang Kedua, berkata motivasi beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi lahir daripada kata-kata gurunya sewaktu zaman persekolahan yang pernah meragui keupayaannya untuk berjaya.

“Guru saya pernah kata beliau tidak percaya saya akan berjaya, dan kerana itu saya bertekad menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menyahut cabaran tersebut,” ujarnya.

WhatsApp Image 2025 11 27 at 22.51.01 2

Beliau turut menjelaskan bahawa USM memainkan peranan besar dalam melancarkan penyelidikan beliau dalam bidang Environmental, Social and Governance (ESG) melalui sokongan akademik, kepakaran penyeliaan dan ekosistem ilmu yang kondusif.

 WhatsApp Image 2025 11 27 at 22.50.58

Sementara itu, anaknya, Nur Umaira Diba, 24, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris daripada Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) pada Sidang Kelima, mengakui bahawa ayahnya menjadi sumber kekuatan utama sepanjang tempoh pengajian.

“Kalau ayah saya boleh buat PhD sambil bekerja, kenapa saya tak boleh tamatkan pengajian saya; tambahan pula ayah sentiasa menyokong saya dari segi emosi dan kewangan,” katanya.

WhatsApp Image 2025 11 28 at 01.22.57

Umaira berkata walaupun sedikit gementar kerana bergraduasi pada tahun yang sama dengan ayahnya, pengalaman tersebut menjadikan konvokesyen kali ini jauh lebih bermakna buat keluarganya.

Kisah dua generasi ini bukan sahaja menginspirasikan para graduan lain, malah membuktikan bahawa semangat menuntut ilmu tidak mengenal usia dan bahawa sokongan keluarga mampu mendorong kejayaan akademik secara bersama.

Teks: Nur Amirah Harun, pelajar Pusat Pengajian Komunikasi/Foto: MPRC

  • Created on .
  • Hits: 158

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025