USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIKAN 280 SAINTIS MUDA DI SIDANG KELAPAN KONVOKESYEN KE-63

USM, PULAU PINANG, 29 November 2025 – Universiti Sains Malaysia terus mengukuhkan reputasinya sebagai institusi penyelidikan terkemuka apabila Sidang Kelapan Konvokesyen Ke-63 hari ini meraikan ratusan saintis muda yang berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang sains kajihayat.

WhatsApp Image 2025 11 29 at 10.58.38

Istiadat yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra menyaksikan seramai 280 graduan dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat menerima ijazah masing-masing, sekali gus menandakan tamatnya empat tahun pengajian yang dipenuhi tugasan makmal, penyelidikan lapangan dan projek akhir dalam bidang mikrobiologi, biodiversiti haiwan dan tumbuhan, agrobiologi, bioteknologi, entomologi serta biologi alam sekitar.

WhatsApp Image 2025 11 29 at 10.57.11 1

Sehingga hari ini, Pusat Pengajian Sains Kajihayat mempunyai lebih daripada 500 alumni yang terlatih dengan kepakaran merentasi pelbagai disiplin sains kajihayat.

Pusat Pengajian Sains Kajihayat menawarkan dua program Ijazah Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda Sains Kepujian dan Sarjana Muda Sains Gunaan Kepujian.

WhatsApp Image 2025 11 29 at 10.57.10

Sidang ini turut menampilkan beberapa graduan penerima pingat emas yang bukan sahaja mencapai keputusan akademik cemerlang tetapi juga aktif dalam penyelidikan, inovasi dan program komuniti universiti termasuk Muhammad Faris Aiman dari bidang Sains Mikrobiologi dan Lee Xiao Hui dari bidang Sains Gunaan.

Dengan berlangsungnya Sidang Kelapan ini, USM sekali lagi membuktikan keupayaannya melahirkan generasi penyelidik dan saintis baharu yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara serta kesejahteraan sejagat.

Teks: Nur Amirah Harun, pelajar Pusat Pengajian Komunikasi/Foto: Click Crew @ MPRC

  • Created on .
  • Hits: 293

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025