USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

444 GRADUAN PPSK ANGKAT MARTABAT ILMU SOSIAL DI SIDANG KEDUA BELAS KONVOKESYEN KE-63 USM

 

WhatsApp Image 2025 12 01 at 11.03.12USM, PULAU PINANG, 1 Disember 2025 – Seramai 444 graduan daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) diraikan pada Sidang Kedua Belas Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM), menandakan tamatnya perjalanan akademik yang merangkumi pembelajaran teori, projek penyelidikan dan latihan praktikal dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan pembangunan masyarakat.

Upacara penuh istiadat di Dewan Tuanku Syed Putra (dtsp) menyaksikan para graduan PPSK menerima ijazah Sarjana dan Sarjana Muda yang disempurnakan oleh Pro-Canselor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin selaku wakil rasmi penyampai anugerah akademik, dengan penekanan terhadap kemahiran praktikal, kepimpinan sosial dan kemampuan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Profesor Madya Dr. Mohamad Shaharudin Samsurijan memperkenalkan graduan penerima ijazah Sarjana dan Sarjana Muda daripada pelbagai bidang termasuk Kerja Sosial, Antropologi dan Sosiologi, Ekonomi, Sains Politik serta Perancangan dan Pengurusan Pembangunan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik mereka.

WhatsApp Image 2025 12 01 at 11.03.13

Beberapa graduan PPSK turut menerima pengiktirafan istimewa pada Sidang Kedua Belas Upacara Konvokesyen Ke-63 USM termasuk pingat emas dan Hadiah Buku USM sebagai menghargai kecemerlangan akademik serta penyertaan aktif dalam penyelidikan sosial dan program komuniti universiti, antaranya Anis Nabila Zakuan (Sarjana Kerja Sosial), Lee Zhi Wei (Sarjana Pengurusan Ekonomi), Tan Choon Sien dan Tan Wei Zhen (Sarjana Muda Ekonomi, Kepujian), Anny Lim En Ni (Sarjana Muda Kerja Sosial, Kepujian) serta Nur Allisya  Ahmad Azman, Nurul Saedah Abdul Hajis dan Nursyafiqah Alia Saifulanuar (Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Kepujian).

WhatsApp Image 2025 12 01 at 11.02.53

Sementara itu, Lau Jun En (Sarjana Muda Ekonomi, Kepujian), Muhammad Razlan Ramli (Sarjana Muda Kerja Sosial, Kepujian) dan Mashitoh Mohd Norizan (Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Kepujian) menerima Hadiah Buku USM, manakala Alka Kaur Sandhu (Sarjana Muda Ekonomi, Kepujian) dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja sebagai pengiktirafan tambahan terhadap pencapaian akademiknya.

Dengan berlangsungnya Sidang Kedua Belas ini, USM sekali lagi menegaskan komitmennya melahirkan graduan kompeten dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan pembangunan yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan masyarakat dan kesejahteraan negara.

Teks: Amna Nasuha Khoitibsharbini, pelajar Pusat Pengajian Komunikasi/Foto: Click Crew @ MPRC

  • Created on .
  • Hits: 153

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025