USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH IPPT USM TERIMA ANUGERAH L’ORÉAL-UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE 2025

Screenshot 2025 11 26 at 3.42.02 PM

PETALING JAYA, SELANGOR, 25 November 2025 – Pensyarah dan penyelidik Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Noorfatimah Yahaya, telah menerima Anugerah L’Oréal-UNESCO For Women in Science (FWIS) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam penyelidikan antibiotik, teknologi kimia analisis serta inovasi perubatan tepat untuk pesakit hospital, sekali gus mengangkat nama USM di peringkat nasional.

Dalam majlis yang berlangsung di Hotel Sheraton Petaling Jaya, Dr. Noorfatimah turut menerima plak kemenangan, sijil penghargaan dan geran penyelidikan bernilai RM30,000 yang disampaikan oleh Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia dan Singapura, Tomas Hruska.

Beliau merupakan salah seorang daripada tiga penerima FWIS 2025 di Malaysia, bersama Prof. Madya Dr. Nurnadiah Zamri dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Dr. Tan Lling-Lling dari Monash University Malaysia yang turut diraikan dalam majlis penganugerahan tersebut.

WhatsApp Image 2025 11 26 at 14.56.10

Beliau berkata bahawa penganugerahan ini bukan sahaja mengiktiraf perjalanan penyelidikannya, tetapi juga kejayaan bersama rakan penyelidik dan para pelajar yang telah berganding bahu membangunkan penyelesaian inovatif berkaitan dos antibiotik dan rintangan antimikrob.

“Saya amat bersyukur dengan anugerah yang diterima ini dan ia memberi inspirasi kepada kami untuk terus menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat dan masa depan kesihatan,” ujarnya.

WhatsApp Image 2025 11 26 at 14.56.11

Program FWIS merupakan salah satu anugerah tertinggi bagi saintis wanita dalam bidang STEM, sekali gus memperkukuh kedudukan USM sebagai peneraju penyelidikan dan inovasi negara.

Teks: Prof. Madya Dr. Noorfatimah Yahaya, Pensyarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)/Suntingan: Shafinaz Md Ismail/Foto: Prof. Madya Dr. Noorfatimah Yahaya/Sumber Foto: Utusan Malaysia

  • Created on .
  • Hits: 450

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025