Skip to main content

Selamat Pagi USM   |   17–23 Ogos 2026

Selamat Pagi–Good Morning_17–23 Ogos 2026

versi dalam talian

Salam Sejahtera Warga USM,

“Selamat Pagi USM” kembali menemui anda dengan rangkuman mingguan berita, sorotan aktiviti, liputan media dan perkembangan terkini USM.

Semoga perkongsian ini menjadi pembuka minggu yang lebih informatif serta terus menghubungkan warga Universiti dengan denyut nadi USM.

Selamat membaca.

17–23 Ogos 2026

Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok

YBM Menteri Pendidikan Tinggi Rasmikan Pusat Kanser 
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perkukuh Peranan Universiti dalam Menangani Cabaran Kanser Negara

BERTAM, PULAU PINANG, 22 Ogos 2026 – YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hari ini merasmikan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM), sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting negara dalam memperkukuh ekosistem rawatan, pendidikan dan penyelidikan kanser berteraskan teknologi serta inovasi.

▶️Berita penuh

USM Pacu Kerjasama Malaysia-Peru bagi Memperkukuh Pemerkasaan Wanita dalam STEM dan Ekonomi Digital APEC

Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh peranannya di peringkat serantau menerusi kerjasama Malaysia-Peru dalam memperkasa penyertaan wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta ekonomi digital melalui projek Women in STEM and Digital Economy Policy Study di bawah kerangka Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

▶️Berita penuh

‘Urban Oasis’ Cipta Impak Kelestarian: Pelajar HBP-USM 
Rangkul Dua Anugerah Kebangsaan

Kehebatan idea berteraskan kelestarian yang diketengahkan oleh sekumpulan pelajar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP), Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya memukau panel juri apabila mereka merangkul dua pengiktirafan berprestij, iaitu “Sustainability Award” serta Tempat Ketiga Keseluruhan dalam Vertical School Competition 2026 anjuran Malaysian Architecture Student Alliance (MASA) yang berlangsung di Sunway Square Mall, Sunway University.

▶️Berita penuh

USM #1 Universiti di Malaysia dalam ARWU 2026

Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai universiti nombor satu di Malaysia dalam Academic Ranking of World Universities (ARWU) 2026, sekali gus memperkukuh kedudukannya dalam kelompok universiti penyelidikan berdaya saing di peringkat dunia.

▶️Berita penuh

PPBLT USM–PDRM Jalin Kerjasama Strategik 

Terokai Inisiatif Masa Depan

Delegasi dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

▶️Berita penuh

HELWA Perkukuh Ukhuwah, Satukan AJK Baharu 

Pusat Islam USM

USM PULAU PINANG, 20 Ogos 2026 – Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HELWA) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi 2025/2027 diraikan menerusi program HELWA Bonding yang menjadi platform untuk mengukuhkan ukhuwah, membina keserasian dan memperkukuh kerjasama dalam kalangan barisan jawatankuasa baharu.

▶️Berita penuh

UMK Tinjau Amalan Terbaik ODL di USM

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meninjau amalan terbaik Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pelaksanaan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) serta jaminan kualiti akademik menerusi kunjungan delegasinya ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), di sini hari ini.

▶️Berita penuh

Persidangan MDBD 2026 Buka Ruang Baharu 

Kesan Penyakit Lebih Awal, Tepat

USM PULAU PINANG, 20 Ogos 2026 – Lebih 150 saintis, pengamal perubatan, penyelidik, penggubal dasar dan wakil industri dari Malaysia serta luar negara berkumpul di Pulau Pinang bagi meneroka pendekatan baharu dalam pengesanan penyakit lebih awal dan rawatan yang lebih tepat menerusi teknologi diagnostik molekul dan penemuan biomarker.

▶️Berita penuh

USM, ANGKASA Teroka Kerjasama Strategik Perluas Akses Pendidikan dan Bangunkan Modal Insan

USM PULAU PINANG, 19 Ogos 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan serta pengukuhan hubungan antara kedua-dua organisasi.

▶️Berita penuh

Pendedahan Kampus, Penerokaan Ilmu dan Santapan Diraja Menyemarakkan Cita-Cita Generasi Muda

Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSP) terus menabur bakti dalam membangunkan bakat muda negeri menerusi pengalaman pendidikan yang menggabungkan pembinaan jati diri, penerokaan ilmu dan aspirasi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Seramai 101 pelajar Tingkatan Empat terpilih, terdiri daripada pelajar cemerlang dan pengawas daripada 30 buah sekolah menengah di seluruh negeri Perlis, diraikan dalam lawatan khas ke Universiti Sains Malaysia (USM).

▶️Berita penuh

Legasi Disemai, Sinergi Dituai: Persatuan Alumni USM Perkukuh Jaringan

Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Alumni USM dalam satu pertemuan strategik yang menjadi platform memperkenalkan barisan kepimpinan baharu persatuan bagi sesi 2026 hingga 2028 di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara alumni, universiti, industri dan masyarakat.

▶️Berita penuh

KKTSS USM Terima Kunjungan Akademik 
Universitas Al-Azhar Indonesia

NIBONG TEBAL, 18 Ogos 2026 – Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) hari ini menerima kunjungan akademik daripada Universitas Al-Azhar, Indonesia. Kunjungan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi, di samping meneroka peluang kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

▶️Berita penuh

Libat Urus Pihak Berkepentingan Penting dalam Membentuk Hala Tuju Pelan Strategik CTEF 2027–2031

PULAU PINANG, 18 Ogos 2026 – Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) baru-baru ini telah menganjurkan sesi libat urus ‘CTEF Strategic Plan 2027–2031: Stakeholder Engagement Session’ yang menghimpunkan pemimpin pendidikan tinggi, wakil industri serta rakan strategik bagi menyumbang idea dan pandangan dalam membentuk hala tuju masa depan organisasi.

▶️Berita penuh

Dari USM ke Newcastle: Pelajar PhD Terpilih Menyertai ESHG Observership Programme 2026

Pelajar Doktor Falsafah (PhD) Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Amin Abdurrahman Abdul Rashid, terpilih menerima tajaan €2,000 daripada European Society of Human Genetics (ESHG) menerusi ESHG Observership for Young Geneticists Programme 2026. Beliau merupakan salah seorang daripada lima penyelidik muda atau pelajar pascasiswazah yang terpilih mengikuti program selama empat minggu itu, yang mendapat sokongan kewangan bagi menjalani sangkutan klinikal atau penyelidikan di institusi genetik manusia terkemuka di Eropah.  

▶️Berita penuh

USM Perkukuh Pembangunan Bakat Semikonduktor 
Menerusi Kerjasama Belanda-Asia Tenggara

Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi lokasi berlangsungnya Majlis Penutupan Netherlands–Southeast Asia Semiconductor Talent Programme 2026 yang menghimpunkan 60 pelajar berbakat dari seluruh Asia Tenggara dalam usaha memperkukuh pembangunan bakat dan kerjasama serantau dalam bidang semikonduktor. Program berkenaan memberi pendedahan kepada peserta dalam pelbagai bidang teknologi semikonduktor di samping membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pembinaan jaringan dan kerjasama antara peserta dari negara-negara Asia Tenggara dan Belanda.

▶️Berita penuh

Program Aspirasi Juara Perkukuh Hubungan USM-PTSS

Universiti Sains Malaysia (USM) memperkukuh hubungan dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menerusi penganjuran Program Aspirasi Juara: Eksplorasi Akademia dan Industri yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian serta hala tuju kerjaya. Program anjuran Kelab Setiausaha USM dengan kerjasama Jabatan Perdagangan PTSS itu melibatkan 29 pelajar cemerlang bersama enam pensyarah pengiring.

▶️Berita penuh

👉Lihat semua berita

Dalam menempuh perjalanan mencari ilmu,

Jalan lurus sebegini jadi pilihan capai halatuju;

Dilalui sama ada ditemani ataupun berseorangan,

Matlamat utama perlu dicapai tanpa keraguan.

Good morning, USM community,

Welcome to this week’s edition of Inside USM, bringing you the latest news, highlights, media coverage, achievements, and developments from 

Universiti Sains Malaysia.

We hope this edition keeps you informed, engaged, and connected with the stories, accomplishments, and initiatives that continue to shape and strengthen 
our University community.

17–23 August 2026

English News

‘Urban Oasis’ Creates a Sustainability Impact: HBP-USM Students Win Two National Awards

A sustainability-driven architectural concept developed by a team of students from the School of Housing, Building and Planning (HBP), Universiti Sains Malaysia (USM) has earned national recognition after securing two prestigious awards at the Vertical School Competition 2026, organised by the Malaysian Architecture Student Alliance (MASA) at Sunway Square Mall, Sunway University. The team was awarded the Sustainability Award and Second Runner-Up, taking home a total cash prize of RM2,200.

▶️Read more

English News

USM Ranks #1 in Malaysia in ARWU 2026

Universiti Sains Malaysia (USM) has recorded a significant achievement by emerging as the number one university in Malaysia in the Academic Ranking of World Universities (ARWU) 2026, further strengthening its position among globally competitive research universities. USM is now ranked #581 globally, rising 149 places from #730 in 2025. At the national level, USM has also advanced from #3 to #1 in Malaysia.

▶️Read more

English News

USM SoLLaT to Collaborate with PDRM on Future Initiatives

A delegation from the Universiti Sains Malaysia (USM) School of Languages, Literacies and Translation (SoLLaT), recently held a courtesy visit to the Royal Malaysia Police (PDRM) at its headquarters in Bukit Aman, Kuala Lumpur.

▶️Read more

English News

USM Receives Academic Visit from 

Universitas Al-Azhar Indonesia

NIBONG TEBAL, 18 August 2026 – The Engineering Campus of Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM), through the School of Electrical and Electronic Engineering (PPKEE), today received an academic visit from Universitas Al-Azhar, Indonesia. The visit was held to foster closer ties between the two institutions, while also exploring opportunities for academic and research collaboration.

▶️Read more

English News

Stakeholder Engagement Shapes CTEF’s 

Strategic Plan 2027–2031

PENANG, 18 August 2026 – The Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF), under Malaysia’s Ministry of Higher Education (MoHE), convened its CTEF Strategic Plan 2027–2031: Stakeholder Engagement Session, bringing together leading higher education figures, industry representatives, and strategic partners to share ideas and insights in shaping the organisation’s future direction.

▶️Read more

English News

Six GSB Students Put USM on the International Stage 

Through SBD 2026 Mobility

Six students from the Graduate School of Business (GSB), Universiti Sains Malaysia (USM), alongside academic Professor Dr. Salmi Mohd Isa, participated in the Sustainable Business Development (SBD) 2026 Summer Course at IPB University, Bogor, Indonesia, held from 9 to 16 August 2026.

▶️Read more

English News

USM, MyREKA Strengthen University-Industry Collaboration Through Collaborative Robot Donation

NIBONG TEBAL, 12 August 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM), through the School of Electrical and Electronic Engineering (PPKEE), today strengthened its strategic collaboration with MYREKA Technologies Sdn. Bhd. through the signing of a Memorandum of Understanding (MoU).

▶️Read more

👉See all news

IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI USM

@usmofficial1969

Hak Cipta Terpelihara. © Universiti Sains Malaysia 2026

MPRC

Dibawakan khas oleh

PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC)