USM NEWS PORTAL 

Selamat Pagi USM 8–14 Jun 2026


versi dalam talian

Salam Sejahtera Warga USM,

“Selamat Pagi USM” kembali menemui anda dengan rangkuman mingguan berita, sorotan aktiviti, liputan media dan perkembangan terkini USM.

Semoga perkongsian ini menjadi pembuka minggu yang lebih informatif serta terus menghubungkan warga Universiti dengan denyut nadi USM.

Selamat membaca.

8–14 Jun 2026

Mentransformasi Pendidikan Tinggi
untuk Kelestarian Hari Esok

USM FC Cipta Sejarah, Wakil Pulau Pinang Sah ke Final MAKSAK Kebangsaan 2026

KUALA TERENGGANU, 13 Jun 2026 – Skuad Bola Sepak MAKSAK Pulau Pinang yang diwakili pemain-pemain USM FC terus mencipta sensasi apabila berjaya menewaskan ATM 1-0 dalam aksi separuh akhir Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Malaysia 2026, sekali gus mengesahkan tempat ke pentas akhir yang penuh berprestij.

▶️Berita penuh

Naib Canselor USM Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

USM PULAU PINANG, 12 Jun 2026 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Highest Ranked Scientist in the Field of Chemistry” dalam satu majlis yang berlangsung di The Bricks, USM hari ini.

▶️Berita penuh

60 Syarikat Industri dan 62 Gerai Jualan Makanan Meriahkan 
3KPP26 USM

USM PULAU PINANG, 12 Jun 2026 – Sejumlah 60 syarikat industri terkemuka dan 62 gerai jualan makanan berkonsepkan 'grab-n-go' memeriahkan Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Pulau Pinang 2026 (3KPP26) – Koridor Niaga dan Ekspo Kerjaya & Pendidikan (EKSPEN) yang berlangsung di Dewan Utama pelajar (DUP) dan Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

▶️Berita penuh

Terselamat Bukan Pengakhiran: USM Ingatkan Risiko Pemakanan Semula yang Boleh Mengancam Nyawa

KOTA BHARU, 11 Jun 2026 – Penemuan seorang pendaki yang dilaporkan sesat selama 15 hari di dalam hutan baru-baru ini mengundang rasa syukur dalam kalangan masyarakat. Namun, di sebalik kegembiraan itu, pakar kesihatan mengingatkan bahawa proses pemulihan selepas diselamatkan memerlukan perhatian yang sama penting bagi mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

▶️Berita penuh

CEDEC USM Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JTM: Perkukuh Kerjasama Bidang Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) Digital dan Analog

USM PULAU PINANG, 11 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Datuk Rospiagos Taha bersama delegasi JTM dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC), USM.

▶️Berita penuh

USM Perkukuh Agenda Kelestarian Melalui Bulan Kelestarian 2026, SUFIEX 4.0

USM PULAU PINANG, 10 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh komitmennya terhadap agenda kelestarian menerusi pelancaran Bulan Kelestarian USM 2026 serta Sustainability Future Initiatives Exhibition (SUFIEX 4.0), yang memasuki edisi keempat penganjurannya. Majlis pelancaran disempurnakan Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, sekali gus menandakan permulaan pelbagai program kelestarian yang akan berlangsung sepanjang Jun ini melibatkan warga kampus dan komuniti setempat.

▶️Berita penuh

USM dan UiTM Meterai MoA, Kerjasama Perkasa Kemudahan Penginapan Pelajar

BERTAM, PULAU PINANG, 10 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam, memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi penyediaan kemudahan penginapan untuk pelajar program Doktor Perubatan USM di Kolej Kediaman Al-Zahrawi, UiTM Kampus Bertam.

▶️Berita penuh

PPPJJ USM Perkukuh Jaringan Global Melalui Program Mobiliti Pelajar ke Uzbekistan

USM PULAU PINANG, 10 Jun 2026 – Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM), mencatatkan satu pencapaian penting menerusi penganjuran program mobiliti pelajar antarabangsa pertamanya ke Fergana State University (FSU), Uzbekistan, baru-baru ini.

▶️Berita penuh

MPRC Perhebat Usaha Penyelarasan Identiti Visual Universiti

PULAU PINANG, 10 Jun 2026 – Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC), Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan komitmennya dalam memperkukuh keseragaman identiti visual universiti melalui penganjuran Siri Libat Urus Pengukuhan Identiti Visual dan Keterlihatan USM.  

▶️Berita penuh

USM FC Sedia Galas Cabaran Wakili Pulau Pinang di Pentas MAKSAK Kebangsaan

KUALA TERENGGANU, 9 Jun 2026 – Kepercayaan yang diberikan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang kepada Universiti Sains Malaysia (USM) melalui pasukan USM FC untuk membentuk dan mengurus pasukan bola sepak negeri ke Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Kebangsaan 2026 bukanlah satu amanah biasa.

▶️Berita penuh

28 Pelajar Sertai Kohort Kedua Program T6 Kampus UA USM

NIBONG TEBAL, 8 Jun 2026 – Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengalu-alukan kehadiran kohort kedua pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Awam (Program T6 Kampus UA).

▶️Berita penuh

Desasiswa Tekun Julang Kejuaraan TOT ke-49 USM, Staf Kesihatan Ungguli Persaingan Kategori Staf

USM PULAU PINANG, 7 Jun 2026 – Kontinjen Desasiswa Tekun muncul juara keseluruhan kategori pelajar pada Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia (USM) Kali Ke-49 selepas mengumpul 14 pingat emas, 10 perak, dan 8 gangsa, sekali gus menewaskan sembilan lagi kontinjen pelajar dalam temasya yang berlangsung meriah di Stadium Olahraga USM.

▶️Berita penuh

👉Lihat semua berita


Lensa Kunjungan Hormat H.E. Mr. Wanton Saragih Sid, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang ke Pejabat Naib Canselor USM

MPRC terus memperkukuh penyelarasan identiti visual USM melalui Siri Libat Urus Pengukuhan Identiti Visual dan Keterlihatan USM.


Bertemakan “Satu Identiti. Satu Suara. Satu USM.”, program ini menekankan penggunaan logo rasmi secara tepat, konsisten dan profesional bagi memperkukuh imej serta reputasi universiti.

Pelajar tahun akhir USM dijemput hadir ke Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs bagi mendapatkan pendedahan berkaitan peluang kerjaya, pendidikan dan persediaan memasuki alam pekerjaan.

Kualiti graduan dan kebolehpasaran kerjaya terus menjadi keutamaan dalam memastikan mahasiswa PPKEE USM bersedia menghadapi keperluan industri dan dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Temasya Olahraga Tahunan (TOT) 
Ke-49 USM bukan sekadar medan pertandingan, tetapi platform memperkukuh semangat kesukanan, disiplin, perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Universiti. 


Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menzahirkan penghargaan kepada semua atlet, kontinjen, jawatankuasa pengelola, sukarelawan dan pihak yang menjayakan temasya ini.

Lensa Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Pulau Pinang 2026 (3KPP26)

Melalui Jelajah Pemerkasaan Keterlihatan dan Identiti Visual USM 2026, warga universiti terus diperkasa dengan kefahaman berkaitan penggunaan logo rasmi, keseragaman visual dan amalan komunikasi yang lebih profesional.


Satu logo, satu identiti, satu USM.

Lensa Jelajah Pemerkasaan Keterlihatan Dan Identiti Visual USM

Program T6 Kampus UA di USM memberi peluang kepada pelajar Tingkatan Enam merasai pengalaman pembelajaran dalam ekosistem universiti.


Melalui inisiatif strategik KPM, KPT dan USM ini, pelajar didedahkan kepada budaya pendidikan tinggi, suasana pembelajaran yang lebih dinamik serta persediaan awal sebelum melangkah ke peringkat universiti.

Lensa Kunjungan Hormat Ketua Pengarah dan Delegasi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) ke Universiti Sains Malaysia (USM)

📌 13 Jun 2026 | Utusan Malaysia Online | Kolumnis


🌐 Bahasa Membentuk Persepsi


👤 Dr. Kumaran Rajandran

      Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

📌 13 Jun 2026 | Dewan Kosmik | Berita Umum


🌐 Bengkel Geran Yayasan PETRONAS Memperkukuh Penyelidikan 

      dan Inovasi di USM

📌 13 Jun 2026 | Berita Harian Online | Temu Bual Pakar


🌐 Pemulihan Jaslinda Perlu Perhatian Serius, Elak ‘Refeeding Syndrome’


👤 Puan Nur-Fazimah Sahran

      Pusat Pengajian Sains Kesihatan

📌 13 Jun 2026 | JendelaDBP | Berita Umum


🌐 PPPJJ USM Perkukuh Jaringan Global Melalui Program Mobiliti Pelajar 
      ke Uzbekistan

📌 13 Jun 2026 | myMetro On-line | Kolumnis 


🌐 Tidak Semua Virus Boleh Cetus Pandemik


👤 Dr. Muhammad Amir Yunus

      Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB)

📌 13 Jun 2026 | myMetro On-line | Kolumnis 


🌐 Tidak Semua Virus Boleh Cetus Pandemik


👤 Dr. Muhammad Amir Yunus

      Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB)

📌 12 Jun 2026 | Berita Harian Online | Berita Umum


📰 USM pertama di Malaysia terima akreditasi sebagai Pusat Kerjasama Afiliasi        
      Antarabangsa EASO bagi Pengurusan Obesiti

📌 12 Jun 2026 | Utusan Malaysia | Kolumnis | Muka surat 25


📰 Guna Istilah Betul Rujuk Tindakan Gajah


👤 Dr. Kumaran Rajandran

      Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

📌 12 Jun 2026 | www.majalahsains.com | Kolumnis


📰 Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu 
      Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia


👤 ChM Dr. Thiruventhan Karunakaran

      Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan (CDR)

📌 12 Jun 2026 | RTM1 | Temu Bual Pakar


📰 Lawatan Rasmi PM ke Jepun Perkukuh Pelaburan, Perdagangan Dua Hala


👤 Profesor Dato' Dr. Sivamurugan Pandian

      Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

📌 10 Jun 2026 | Sinar Varsity | Berita Umum


📰 PPPJJ USM Perkasa Kelestarian melalui Pendidikan, 

      Komuniti dan Mobiliti Antarabangsa

📌 10 Jun 2026 | Dewan Kosmik | Berita Umum


📰 PPPJJ USM Perkukuh Agenda Kelestarian, Raih Johan 

      Anugerah Pejabat Lestari 2025

📌 9 Jun 2026 | Berita Harian | Kolumnis | Muka surat 13


📰 PBAKL Satukan ‘Roh Ilmu’ Buku, Generasi Z serta Media Sosial


👤 Dr. Miharaini Md Ghani

      Pusat Pengajian Komunikasi

📌 8 Jun 2026 | Harian Metro | Kolumnis | Muka surat 14


📰 Dekat di Mata, Jauh di Hati


👤 Dr. Mohd Afifuddin Mohamad

      Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB)

📌 8 Jun 2026 | Harian Metro | Berita Umum | Muka surat 31


📰 EcoSoap Beri ‘Nyawa Kedua’ kepada Minyak Masak Terpakai

📌 8 Jun 2026 | Daily Express | Kolumnis | Muka surat 3


📰 Larangan Akses Media Sosial kepada Individu Bawah 16 Tahun Adalah Wajar


👤 Profesor Dr. Selvakumar Manickam

      Pusat Penyelidikan Keselamatan Siber

📌 8 Jun 2026 | Berita Harian | Berita Umum | Muka surat 20


📰 USM Anjur Program Kaligrafi Islam di Sekolah

👉Selanjutnya

Proses pembangunan tidak dapat diketepi,

demi kemajuan masyarakat, negara, dan ekonomi;

dari awal, kampus ini telah berkembang secara progresif,

cubalah kenalpasti, di bahagian manakah dahulunya pembinaan ini?

IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI USM

@usmofficial1969

Hak Cipta Terpelihara. © Universiti Sains Malaysia 2026

Dibawakan khas oleh

PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC)


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025