USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKUKUH AGENDA KELESTARIAN MELALUI BULAN KELESTARIAN 2026, SUFIEX 4.0

IMG 20260610 WA0141

USM PULAU PINANG, 10 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh komitmennya terhadap agenda kelestarian menerusi pelancaran Bulan Kelestarian USM 2026 serta Sustainability Future Initiatives Exhibition (SUFIEX 4.0), yang memasuki edisi keempat penganjurannya.

Majlis pelancaran disempurnakan Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, sekali gus menandakan permulaan pelbagai program kelestarian yang akan berlangsung sepanjang Jun ini melibatkan warga kampus dan komuniti setempat.

IMG 20260610 WA0149

Menurut beliau, universiti berperanan sebagai pemangkin dalam membentuk budaya lestari yang mampu memberi impak kepada masyarakat dan alam sekitar.

IMG 20260610 WA0148

“Kelestarian bukan lagi satu pilihan, tetapi satu tanggungjawab bersama yang perlu diterjemahkan melalui tindakan dan amalan harian,” katanya.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Prof. Dr. Azlan Amran pula berkata, kejayaan agenda kelestarian bergantung kepada pembentukan budaya serta perubahan tingkah laku jangka panjang dalam kalangan warga universiti yang perlu diperkukuh secara berterusan.

IMG 20260610 WA0147

Beliau berkata, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat melalui Pejabat Kelestarian Universiti serta Sekretariat Kampus Sejahtera akan terus menyelaras pelbagai inisiatif kelestarian merentas kampus, termasuk program kesedaran dan penglibatan komuniti.

IMG 20260610 WA0143

Dalam pada itu, sepanjang Bulan Kelestarian USM 2026, lebih 60 program dirancang merangkumi aspek pendidikan, komuniti dan kelestarian alam sekitar.

Ia termasuk Sustainability Talk Series, Brisk Walk “Breath Clean, Walk Free”, Penang Trash Free Hill 2026, Kempen No Tobacco No Vape, Kempen Bring Your Own Bag, Sustainability Street: Speaker Corner, program pengurangan sisa dan kitar semula, pameran inovasi SUFIEX 4.0 serta pelbagai pertandingan.

SUFIEX 4.0 turut dilancarkan pada majlis sama dan ia menjadi platform khusus dalam menghimpunkan idea, inovasi dan projek kelestarian pelajar serta rakan kolaborasi, selain memperkukuh kerjasama bersama industri dan komuniti.

IMG 20260610 WA0144

Pengarah Projek SUFIEX 4.0, Janagahrasu Manivannan berkata, program itu bukan sekadar pameran, malah menjadi platform pemerkasaan idea dan tindakan kelestarian dalam kalangan pelajar serta komuniti universiti.

IMG 20260610 WA0153

Beliau berkata, SUFIEX yang diperkenalkan sejak 2023 terus berkembang sebagai platform yang lebih inklusif menerusi gabungan elemen inovasi, pendidikan dan penglibatan komuniti.

Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Kerja Bulan Kelestarian USM, Muhammad Kamarul Aiman Kamarul Azman pula berkata, penganjuran program berkenaan menjadi platform tahunan universiti untuk membudayakan amalan lestari serta memperkukuh penglibatan warga kampus dalam pelbagai inisiatif merentas disiplin.

IMG 20260610 WA0152

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Pejabat Kelestarian Universiti, Chm Dr. Normaliza Abdul Manaf, Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global, Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras Sekretariat Kampus Sejahtera, Ahmad Wafi Sahedan dan sebagainya.

 

Teks & Foto: Sekretariat Kampus Sejahtera USM

  • Created on .
  • Hits: 481

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025