USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DESASISWA TEKUN JULANG KEJUARAAN TOT KE-49 USM, STAF KESIHATAN UNGGULI PERSAINGAN KATEGORI STAF

FB IMG 1780852347971

USM PULAU PINANG, 7 Jun 2026 – Kontinjen Desasiswa Tekun muncul juara keseluruhan kategori pelajar pada Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia (USM) Kali Ke-49 selepas mengumpul 14 pingat emas, 10 perak, dan 8 gangsa, sekali gus menewaskan sembilan lagi kontinjen pelajar dalam temasya yang berlangsung meriah di Stadium Olahraga USM.

FB IMG 1780852238309

Bagi kategori staf pula, Kontinjen Staf Kampus Kesihatan dinobatkan sebagai johan keseluruhan selepas mempamerkan prestasi cemerlang dengan kutipan 8 pingat emas, 24 perak, dan 22 gangsa, sekali gus mengungguli persaingan melibatkan empat kontinjen staf dari kesemua kampus USM.

FB IMG 1780851827378

Kecemerlangan atlet turut diraikan menerusi pengiktirafan Atlet Terbaik.

Intan Fakhirah Mohd Roza dari Desasiswa Tekun dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Wanita Kategori Pelajar, manakala Varunesh Selvaraj dari Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan menerima anugerah Atlet Terbaik Lelaki Kategori Pelajar hasil persembahan cemerlang sepanjang temasya berlangsung.

Manakala Kategori Staf turut menyaksikan penguasaan atlet dari Kontinjen Kampus Kesihatan apabila Nurul Hazirah Mohd Azmi dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Wanita Kategori Staf, manakala Muhammad Asyraf Shamsuddin, juga daripada Kontinjen Staf Kesihatan, menerima pengiktirafan sebagai Atlet Terbaik Lelaki Kategori Staf.

FB IMG 1780851616404

Majlis Perasmian Penutupan TOT Ke-49 telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan temasya berkenaan serta memuji semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para atlet.

FB IMG 1780851893108

Beliau berkata, kejayaan temasya tersebut membuktikan komitmen warga universiti dalam memperkasakan budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti kampus.

FB IMG 1780851821844

“Syabas dan tahniah kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan disiplin yang cemerlang sepanjang temasya ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua bidang yang diceburi serta menjadikan TOT sebagai platform utama melahirkan warga USM yang berkemahiran, berketerampilan, dan mempunyai jati diri yang teguh,” katanya ketika merasmikan penutupan temasya berkenaan.

FB IMG 1780851876021

Menurut beliau, penganjuran TOT bukan sekadar medan pertandingan untuk merebut kemenangan, malah berfungsi sebagai platform membina perpaduan, semangat berpasukan, disiplin, dan kepimpinan dalam kalangan warga universiti.

FB IMG 1780851600878

FB IMG 1780851813531

Abdul Rahman turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa pengelola, sukarelawan, penaja, dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran temasya tersebut.

FB IMG 1780851786115

TOT Ke-49 menyaksikan penyertaan 10 kontinjen pelajar dan empat kontinjen staf dari Kampus Induk Pulau Pinang; Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Nibong Tebal; Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan; dan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bertam.

FB IMG 1780851633927

Pada tahun ini, Pusat Sukan dan Rekreasi USM turut memperkenalkan Sukan Para sebagai kategori baharu bagi membuka ruang penyertaan aktif, mencungkil bakat serta memperkasakan potensi sukan dalam kalangan pelajar kelainan upaya melalui penganjuran Sukan Para Universiti Sains Malaysia (SUKPA USM).

FB IMG 1780851696742

FB IMG 1780851555358

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim; Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, USM, Profesor Dr. Azizah Omar; Pengerusi Majlis Penggawa USM, Dr. Abdul Rais Abdul Latiff; dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-49 USM, Nur Anis Alimi.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 108

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025