USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM TERIMA PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS

FB IMG 1781280897973

USM PULAU PINANG, 12 Jun 2026 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Highest Ranked Scientist in the Field of Chemistry” dalam satu majlis yang berlangsung di The Bricks, USM hari ini.

FB IMG 1781282626839

Pengiktirafan itu disampaikan oleh Penasihat Malaysia Book of Records, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak, yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records, Christopher Wong.

FB IMG 1781281024079

Majlis berkenaan dianjurkan menerusi kerjasama antara Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM serta Malaysia Book of Records sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang Abdul Rahman dalam bidang penyelidikan dan akademik.

FB IMG 1781280950631

Abdul Rahman yang juga pensyarah dan penyelidik kimia USM diiktiraf sebagai saintis Malaysia nombor satu dalam bidang kimia berdasarkan penarafan terkini yang dikeluarkan oleh Research.com.

FB IMG 1781280909629

Pengiktirafan itu diberikan berasaskan pencapaian penyelidikan, impak sitasi, dan sumbangan akademik beliau yang cemerlang dalam bidang berkenaan.

FB IMG 1781281948726

FB IMG 1781280969365

Baru-baru ini, beliau turut menerima pengiktirafan Clarivate Highly Cited Researcher yang meletakkan beliau dalam kelompok satu peratus penyelidik paling berpengaruh di dunia berdasarkan impak dan sitasi penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Sepanjang kerjayanya, Abdul Rahman banyak menyumbang dalam bidang kejuruteraan kimia, katalisis, nanoteknologi, kawalan pencemaran udara, dan teknologi berkaitan.

FB IMG 1781280957555

Pengiktirafan MBOR itu dilihat sebagai bukti kecemerlangan dan sumbangan besar beliau dalam bidang akademik, penyelidikan, dan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kejayaan berkenaan turut mengukuhkan reputasi USM sebagai universiti penyelidikan terkemuka yang terus unggul di persada nasional dan global.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 373

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025