USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

28 PELAJAR SERTAI KOHORT KEDUA PROGRAM T6 KAMPUS UA USM

a3ac0b3b 75fb 405d 81a9 0834ccb13f84

NIBONG TEBAL, 8 Jun 2026 – Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengalu-alukan kehadiran kohort kedua pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Awam (Program T6 Kampus UA).

Majlis ini menandakan kesinambungan inisiatif pendidikan strategik melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dan USM dalam memperkenalkan laluan baharu pendidikan prauniversiti berasaskan ekosistem universiti.

7e23167e 3e54 49ea 9040 bba4d5a96ba8

Program ini yang bermula dengan pengambilan kohort pertama pada 10 Jun 2025 kini memasuki fasa kedua dengan pendaftaran seramai 28 pelajar, merangkumi 16 pelajar aliran Sains dan 12 pelajar dalam bidang Sains Sosial.

f5d83f19 fb54 4513 83d1 7946b2b465f8

Dalam ucapannya, Pengarah Kampus KKTSS, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha menegaskan bahawa kehadiran pelajar pada hari ini amat dialu-alukan sebagai permulaan kepada pengalaman pembelajaran yang berbeza daripada sekolah harian.

Beliau menjelaskan bahawa pelajar yang menyertai program ini berpeluang menimba pengalaman secara langsung dalam persekitaran universiti, termasuk berinteraksi dengan mahasiswa serta mempelajari budaya pendidikan tinggi yang sebenar.

 a4fac345 13a4 428e b5a8 2269c6e4c7ec

720906006 1615020120628416 7054567552246553598 n

Menurut beliau, pendedahan awal ini memberi ruang kepada pelajar untuk memahami landskap universiti dengan lebih dekat, sekali gus membantu membina aspirasi untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa pada masa akan datang.

 c90cbab7 4a25 44ed 97ab 64515d2d11f0

Tambah beliau, pendekatan yang diterapkan melalui program ini bertujuan melahirkan satu bentuk “asimilasi intelek”, di mana pelajar Tingkatan Enam bukan sahaja mengikuti sukatan pelajaran STPM, tetapi turut dipersiapkan dengan kematangan sahsiah dan keupayaan berfikir secara kritis melalui pengalaman dalam ekosistem universiti.

 b2bad763 4fe3 4ab7 a471 d3d9f1b0d4b4

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan Program T6 Kampus UA merupakan satu langkah berani dalam mentransformasi landskap pendidikan negara.

 720090347 1615019083961853 3348144250379632410 n

“Inisiatif ini membawa pelajar keluar daripada persekitaran sekolah menengah konvensional dan menempatkan mereka secara langsung dalam suasana pembelajaran universiti yang lebih dinamik,” ujar beliau.

 

 719599851 1615019813961780 2239449955522811209 n

“Usaha ini bukan sekadar melibatkan perubahan lokasi pembelajaran, tetapi merupakan satu pendekatan baharu yang bertujuan merapatkan jurang antara alam persekolahan dan pengajian tinggi,” tambahnya.

 

 718611711 1615019277295167 7138493456314960904 n

Beliau turut menekankan bahawa pendekatan tersebut penting bagi memastikan pelajar lebih bersedia dan matang apabila melangkah ke peringkat pengajian tinggi kelak, seterusnya mencerminkan usaha kolektif antara KPM, KPT, dan universiti.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman, Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), USM

  • Created on .
  • Hits: 215

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025