USM NEWS PORTAL 

Selamat Pagi USM 19–25 Januari 2026


Selamat Pagi USM!

19 – 25 Januari 2026

Mentransformasi Pendidikan Tinggi
untuk Kelestarian Hari Esok

Mari bersama-sama kita hayati Perutusan Naib Canselor 2026, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc.

26 Januari 2026   |   2.00 petang   |   Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM

8 Berita Utama Minggu Ini

Dua Institusi Utama USM Dimasyhurkan oleh Canselor: Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin dan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi

ARAU, PERLIS, 22 Januari 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah dengan pemasyhuran serentak dua institusi utama oleh Canselor, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, menandakan era baharu kecemerlangan pendidikan tinggi dan perkhidmatan kesihatan berteknologi tinggi di Malaysia.

Berita Penuh
Amanat Menteri Pendidikan Tinggi Kepada Seluruh Warga Universiti Malaysia: Akal Budi Nusa

20 Januari 2026 – Sukacita dimaklumkan bahawa Amanat Menteri Pendidikan Tinggi bertemakan “AKAL BUDI NUSA: Sintesis Ilmu dan Peradaban” telah disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, sebagai amanat rasmi kepada seluruh warga universiti dan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.


Amanat tersebut merumuskan pandangan jauh strategik (strategic foresight) Kementerian Pendidikan Tinggi dalam menghadapi perubahan zaman, serta menjadi hala tuju bersama yang perlu dikongsi, difahami dan dilaksanakan oleh seluruh warga universiti.

Berita Penuh
Memperluas Peluang Pendidikan Inklusif Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat – Credentia dan MCCBS

USM PULAU PINANG, 23 Januari  2026 - Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 meletakkan pembelajaran sepanjang hayat sebagai teras kepada sistem pendidikan tinggi yang inklusif, fleksibel, dan berorientasikan masa hadapan.

Berita Penuh
USM Komited Menerajui Pembelajaran Sepanjang Hayat yang Fleksibel

USM PULAU PINANG, 23 Januari 2026 - Peluang melanjutkan pengajian tinggi secara fleksibel kini terbuka luas apabila Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) mengumumkan pembukaan permohonan kemasukan ke Program Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) Fasa 1bermula 21 Januari hingga 10 April 2026, sekali gus memberi ruang kepada lebih ramai individu untuk merealisasikan impian akademik tanpa mengabaikan komitmen kerjaya dan keluarga.

Berita Penuh
Pelajar UTAS Dalami Kelestarian Penanaman Padi dan Keselamatan Makanan di MADA

PULAU PINANG, 19 Januari 2026 – Sekumpulan pelajar dari University of Tasmania (UTAS), Australia telah dibawa melawat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi mempelajari secara langsung amalan kelestarian dalam penanaman padi, penggunaan teknologi pertanian moden serta peranan sektor padi dalam memastikan keselamatan makanan (food security) negara melalui program UniGo 2026 yang dianjurkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM).

Berita Penuh
USM FC Buru Kejuaraan Liga Amatur, AZM Rovers FC Jadi Penghalang Terakhir

USM PULAU PINANG, 21 Januari 2026 – USM FC berada di ambang mencipta sejarah tersendiri apabila bakal berentap dengan AZM Rovers FC dalam Perlawanan Akhir Liga Amatur 2025/2026 yang dijadual berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada hari Sabtu ini, 24 Januari 2026, jam 8.45 malam.

Berita Penuh
600 Pokok Bakau Ditanam, Sokong Agenda SDG di Paya Bakau Merbok

PULAU PINANG, 12 Januari 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) memperkukuh agenda transformasi akademiknya apabila Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) meluluskan penubuhan Unit Pendidikan Fleksibel dan Pentauliahan (Flexible Education and Credentialing Unit – Credentia).

Berita Penuh
Membangunkan Pelajar STEM yang Resilien: Refleksi Lawatan Bersama Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang

17 Januari 2026 – Baru-baru ini, saya berpeluang melawat Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang di pejabat beliau. Pertemuan yang bersifat santai dan mesra sebagai tanda silaturahim, namun berkembang menjadi perbualan yang sangat bermakna.

Berita Penuh
Lihat semua berita

English News

Broadening Opportunities for Inclusive Education Through Lifelong Learning – Credentia and MCCBS

PENANG, 23 January  2026 – The Malaysian Higher Education Plan (RPTM) 2026–2035 has positioned lifelong learning as the core in a higher education system that is inclusive, flexible and future-oriented.

Read More
Insect Identification and Preservation Techniques Workshop 2026 Shares Valuable Entomology Knowledge

PENANG, 21 January 2026 – The 2026 Insect Identification and Preservation Techniques Workshop by the Entomology and Parasitology Program commences at the School of Biological Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM).

Read More
‘Cosmic Voyage’ Space Journey Exhibition Officially Opens at USM Tuanku Fauziah Museum and Gallery

PENANG, 20 January 2026 – The Kembara Angkasa – Cosmic Voyage exhibition was officially inaugurated at the Universiti Sains Malaysia (USM) Tuanku Fauziah Museum and Gallery (MGTF) by Penang State Mufti, Sahibus Samahah Associate Professor Dato' Dr. Mohd Sukki Othman.

Read More
USM Deputy Vice-Chancellor in Japan for GSLS, Presented a Talk on ‘AI in Education’

PENANG, 19 January 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) Deputy Vice-Chancellor for Student Development Affairs and Alumni (HEPA), Professor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya was recently in Japan to present a topic in a ‘Pocket Talk’ session entitled "The Challenge of AI in Education: How AI is Reshaping Gen Z Resilience."

Read More
Courtesy Visit by The High Commissioner of Pakistan to Malaysia Strengthens Academic and Research Collaboration

USM PENANG, 19 January 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) was honoured to welcome the High Commissioner of Pakistan to Malaysia, His Excellency Mr. Syed Ahsan Raza Shah, on a courtesy visit last Friday, underscoring the shared commitment to advancing academic and research collaboration.

Read More
USM Students Organise Multi-Agency Workshop on Crisis Management and Intervention

USM PENANG, 18 January 2026 – Students from the Master in Counselling programme at the School of Educational Studies (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM), successfully organised a programme titled “Looking into Crisis from Different Lenses: A Multi-Agency Sharing Session on Crisis Management and Intervention” on 10 January 2026 at the USM main campus.

Read More
ANOC 6.0: Adikarma Night of Culture Stuns with a Majestic Journey Through Time

USM PENANG, 17 January 2026 - Universiti Sains Malaysia’s nationally renowned cultural arts club, Adikarma, returns with its annual showcase, Adikarma Night of Culture (ANOC) 6.0.

Read More
Developing Resilient STEM Learners: Reflections from a Meeting with The Penang State Education Director

USM PENANG, 12 January 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) is advancing its academic transformation agenda with the approval by the University Management Committee (JKPU) to establish the Flexible Education and Credentialing Unit, also known as Credentia.

Read More
View all news

Rangkuman Berita

Fokus@USM: Minggu Ini

19–25 Januari 2026

Focus@USM: This Week

19–25 January 2026

WhatsApp Blast

Menelusuri Berita@USM2026

[Tepat | Telus | Terkini]

Dua Institusi Utama, Satu Detik Bersejarah


Universiti Sains Malaysia mencatat sejarah dengan pemasyhuran Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin dan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, menandakan era baharu kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan berimpak tinggi dan perkhidmatan kesihatan berteknologi maju.


Langkah ini memperkukuh peranan USM sebagai peneraju ilmu, inovasi dan pembangunan bakat negara — dari kejuruteraan masa depan hingga rawatan kanser bertaraf dunia.

Mengangkat Nama, Meneruskan Legasi: Pemasyhuran Kampus Dan Pusat Kecemerlangan USM


Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah baharu menerusi pemasyhuran Kampus Kejuruteraan USM sebagai Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, serta Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser (PPKPK) sebagai Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB).


Pemasyhuran ini bukan sekadar penjenamaan, tetapi simbol penghormatan terhadap legasi kepimpinan, ilmu dan khidmat kepada negara, sekali gus memperkukuh aspirasi USM sebagai peneraju kecemerlangan akademik dan penyelidikan bertaraf dunia.

JOM SINGGAH RERUAI PAMERAN!

Bersempena Majlis Perutusan Naib Canselor 2026, kami menjemput seluruh warga USM untuk memeriahkan reruai pameran:


📍 Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP)

📅 26 Januari 2026

⏰ 12.00 tengah hari – 5.00 petang


✨ Menampilkan:

  • Pusat Sejahtera

  • Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi

  • Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

  • Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

  • Majlis Perwakilan Pelajar


☕ Jamuan ringan disediakan

📄 Mata MyCPD & MyCSD akan diberikan


Singgah sekejap pun jadi — rugi kalau tak datang! 😉

Rancangan Pendidikan Negara: Anjakan Paradigma untuk PKU


Rancangan Pendidikan Negara (PRN) 2026–2035 membawa anjakan paradigma dalam memastikan ekosistem pendidikan negara lebih inklusif dan saksama melalui inisiatif pendidikan percuma kepada golongan OKU. Shahrul Izz Syahqeem Syahrul Nizam, pelajar OKU kategori fizikal dalam Sarjana Muda Pengurusan di USM, menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas inisiatif yang membuka akses pendidikan tanpa beban kewangan kepada pelajar OKU.

Pelajar kurang upaya menyambut baik pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 yang menekankan prinsip keterangkuman dan kesaksamaan. Mereka berharap dasar ini dapat memperkukuh akses kepada kemudahan mesra OKU, sokongan pembelajaran yang holistik serta peluang pendidikan yang adil agar tiada pelajar tercicir dalam arus pembangunan negara.

Hasrat Pelajar USM


Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035


RPTM 2026–2035 memperkukuh usaha USM menyediakan graduan untuk dunia kerja sebenar, selaras dengan keperluan pasaran semasa.


Penekanan terhadap pembangunan kemahiran, sikap profesional dan keupayaan menyesuaikan diri membantu graduan bukan sahaja memasuki pasaran kerja tetapi terus berkembang dalam persekitaran pekerjaan yang berubah.

Hasrat Pelajar USM


Rancangan Pendidikan Tinggi Negara 2026–2035


Usaha pendigitalan dalam RPTM 2026–2035 selari dengan hala tuju USM yang tidak melihat pembelajaran terhad kepada bilik kuliah semata-mata.


Melalui kurikulum dan platform digital, pelajar dibekalkan nilai tambah seperti pemikiran kritis dan literasi digital, sambil membuka ruang pembelajaran merentas usia.


Pendekatan ini mencerminkan peralihan ke arah universiti era ke-3, di mana pendidikan tinggi menjadi ruang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua lapisan masyarakat.

Hasrat Pelajar USM


Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035


Akses inklusiviti dalam RPTM 2026–2035 bermaksud meruntuhkan halangan yang selama ini mengehadkan potensi pelajar, khususnya daripada golongan B40 dan OKU.


Apabila pendidikan tinggi dirangka melalui laluan yang fleksibel dan saksama, kualiti hidup pelajar dapat ditingkatkan kerana pendidikan tidak lagi dilihat sebagai kemewahan, tetapi hak yang boleh dicapai.

​Hasrat Pelajar USM


Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035


Apabila pra-universiti diletakkan di bawah KPT, ia menjadi sebahagian daripada ekosistem pendidikan tinggi negara.


Penyusunan semula ini membolehkan kurikulum lebih tersusun, persediaan ke universiti lebih realistik, dan sokongan kepada pelajar lebih jelas serta adil.


Di sinilah pelajar membina asas pemikiran dan hala tuju sebelum memasuki alam universiti.

Hasrat Pelajar USM Menyahut Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035


Ke arah kampus inklusif yang memberi akses sama rata kepada semua mahasiswa.


USM mengambil langkah melalui penyediaan infrastruktur mesra OKU, sokongan kebajikan serta bantuan kewangan bagi memastikan mahasiswa OKU dapat belajar dalam persekitaran yang selamat dan menyokong.


Usaha ini selari dengan hala tuju RPTM 2026–2035 dan mencerminkan komitmen USM untuk memastikan tiada mahasiswa yang tertinggal dalam ekosistem pendidikan tinggi.

Hasrat Pelajar USM Menyahut Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035


AI bukan sekadar teknologi tetapi alat untuk memperkukuh nilai kemanusiaan, empati dan keseimbangan sosial. Pelajar USM membuktikan AI boleh mendekatkan manusia, bukan menggantikannya.

Hasrat Pelajar USM Menyahut Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035


AI bukan sekadar alat sokongan tetapi nadi pembelajaran masa kini. Pelajar perlu melangkah daripada pengguna kepada peneraju teknologi.

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035


USM menyokong penuh pelaksanaan RPTM 2026–2035 sebagai hala tuju strategik pendidikan tinggi negara yang komprehensif dan berpandangan global.


Selaras dengan visi dan lonjakan RPTM, USM komited memperkasa akses pendidikan inklusif, melahirkan bakat masa depan, serta memacu kecemerlangan akademik dan inovasi demi kelestarian hari esok.

Hanya satu perlawanan.

Hanya satu kejuaraan.


🔥 USM FC vs AZM Rovers FC 🔥


📍 Stadium MP Selayang

🗓 Sabtu, 24 Jan 2026 | ⏰ 8.45 mlm


Warga USM & Pulau Pinang, sokongan anda adalah kekuatan kami!


Bersama kita cipta sejarah!

Peluang Pendidikan Adil & Inklusif melalui Rancangan Pendidikan Negara


Rancangan Pendidikan Negara (PRN) 2026–2035 membuka peluang pendidikan yang lebih adil dan inklusif melalui inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar OKU. Muhammad Isma Ihtisyam Isharizat, pelajar OKU kategori penglihatan dalam bidang Sastera di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas keprihatinan memastikan golongan OKU tidak terpinggir daripada arus pendidikan tinggi.

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035: Sinar Harapan untuk PKU


Siti Nur Aishah Abdul Rani, pelajar bidang Sastera di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, berkongsi bagaimana inisiatif Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 memberi sinar harapan kepada komuniti OKU yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Sebagai pelajar kurang upaya (PKU) kategori penglihatan, beliau menyifatkan penawaran pendidikan percuma sebagai langkah yang meringankan beban kewangan keluarga serta menyuntik motivasi agar golongan OKU tidak berputus asa mengejar ilmu.


JOM BELAJAR SECARA DALAM TALIAN DI PPPJJ USM


📣 Permohonan Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) – Fasa 1 kini DIBUKA!

📆 21 Januari 2026 – 10 April 2026


✨ Belajar fleksibel

✨ Sesuai untuk individu bekerja & dewasa

✨ Pensyarah berpengalaman

✨ Kualiti Universiti Sains Malaysia (USM)


🎯 Program ditawarkan:

✔️ Sains

✔️ Pengurusan

✔️ Sains Kemasyarakatan

✔️ Sastera


📌 Tempoh minimum pengajian: 4 tahun

📌 Yuran mampu milik & berperingkat


🔗 Mohon sekarang:

🌐 https://pohon.usm.my


📩 Ada soalan? Kami sedia bantu!

📞 04-653 6197

📧 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

RPN 2026–2035: YDP MPP USM Seru Pendidikan Inklusif, Progresif dan Berpaksikan Mahasiswa


Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPP USM) menyambut baik pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai hala tuju strategik negara dalam memperkasa sistem pendidikan. MPP USM menegaskan komitmen mahasiswa untuk menjadi rakan strategik dalam menjayakan agenda pendidikan yang inklusif, berkualiti dan berdaya saing demi masa depan negara.

USM Reach

Inspirasi Media

USM Trending!

Laporan penuh

Nostalgia@USM

Beramai-ramai mundar mandir, 

Mencari ilmu tanpa rasa khuatir,

Di zaman itu yang penuh cabaran dan perlukan kesabaran,

Boleh kenalkah lokasi ini, wahai rakan-rakan?

IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI USM

@usmofficial1969

Hak Cipta Terpelihara. © Universiti Sains Malaysia 2025 


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025