USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR UTAS DALAMI KELESTARIAN PENANAMAN PADI DAN KESELAMATAN MAKANAN DI MADA

PULAU PINANG, 19 Januari 2026 - Sekumpulan pelajar dari University of Tasmania (UTAS), Australia telah dibawa melawat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi mempelajari secara langsung amalan kelestarian dalam penanaman padi, penggunaan teknologi pertanian moden serta peranan sektor padi dalam memastikan keselamatan makanan (food security) negara melalui program UniGo 2026 yang dianjurkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM).

WhatsApp Image 2026 01 19 at 9.53.17 AM

Lawatan akademik dan pembelajaran melalui pengalaman ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar antarabangsa mengenai sistem pertanian tropika, khususnya pengurusan penanaman padi secara mampan yang dilaksanakan oleh MADA selaku agensi utama pembangunan pertanian di Kedah yang merupakan antara jelapang padi utama negara.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah mengikuti sesi taklimat berkaitan pengurusan pengairan bersepadu, amalan pertanian lestari dan cabaran sektor pertanian dalam mendepani perubahan iklim.

WhatsApp Image 2026 01 19 at 9.53.23 AM

Mereka turut menyaksikan demonstrasi penanaman padi dan penggunaan dron dalam pemantauan tanaman serta pengurusan ladang, selaras dengan pendekatan pertanian pintar (smart farming) yang sedang giat dilaksanakan oleh MADA.

Program tersebut turut dikaitkan dengan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal, SDG), khususnya SDG 2: Sifar Kelaparan; SDG 12: Pengeluaran dan Penggunaan Bertanggungjawab; SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim; dan SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat, melalui usaha memperkukuh keselamatan makanan dan kerjasama akademik antarabangsa.

WhatsApp Image 2026 01 19 at 9.53.26 AM

Pihak USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MADA, Sharifah Nur Alia Syed Mansor atas sambutan yang amat baik sepanjang lawatan tersebut.

WhatsApp Image 2026 01 19 at 9.53.21 AM

Penghargaan turut dizahirkan kepada semua pegawai MADA yang telah memberikan taklimat komprehensif serta mengendalikan demonstrasi penanaman padi.

WhatsApp Image 2026 01 19 at 9.53.16 AM

WhatsApp Image 2026 01 19 at 4.37.46 PM

Lawatan tersebut bukan sahaja memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar UTAS di luar bilik kuliah, malah memperkukuh hubungan kerjasama antarabangsa antara USM dan institusi luar negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan lestari.

Teks & Foto: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM  

  • Created on .
  • Hits: 176

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025