 |
Salam Sejahtera Warga USM,
“Selamat Pagi USM” kembali menemui anda dengan rangkuman mingguan berita, sorotan aktiviti, liputan media dan perkembangan terkini USM.
Semoga perkongsian ini menjadi pembuka minggu yang lebih informatif serta terus menghubungkan warga Universiti dengan denyut nadi USM.
Selamat membaca. |
|
|
|
|
Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok |
|
|
|
|
|
|
|
 |
“Abang Fokus Belajar, Jangan Fikir Pasal Kami” - Adik Adam Iskandar |
"Abang belajar elok-elok, jangan fikir pasal kami, kami dah besar dan boleh jaga diri sendiri,” demikian pesanan Nur Alisya Safiya kepada abangnya, Muhammad Adam Iskandar Azharunaim, 20, yang bakal memulakan kehidupan baharu sebagai mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM). |
>Berita Penuh |
|
|
|
|
 |
Dulu Tertarik Logo Ungu, Kini Bergelar Mahasiswa USM - Siti Maisarah |
Hasrat Siti Maisarah Yahya Lotfi, 20, untuk bergelar mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi kenyataan apabila pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 itu berjaya melanjutkan pengajian di universiti yang menjadi impiannya sejak kecil.
Siti Maisarah berkata, peluang melanjutkan pengajian di USM merupakan satu pencapaian yang amat bermakna buat dirinya, selain turut menzahirkan penghargaan kepada universiti kerana memberinya peluang menjadi sebahagian daripada warganya. |
>Berita Penuh |
|
|
|
|
 |
Dari Kampung ke Menara Ilmu: Pelajar Orang Asli Cemerlang Buktikan Kemampuan Bersaing Kejar Ilmu |
USM PULAU PINANG, 14 September 2026 – Lapan pelajar Orang Asli yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2026/2027 membuktikan latar belakang bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam pendidikan tinggi.
Lebih membanggakan, majoriti daripada mereka mencatat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0, sekali gus mencerminkan kesungguhan dan komitmen mereka dalam mengejar kecemerlangan akademik. |
>Berita Penuh |
|
|
|
|
 |
5,804 Pelajar Baharu Mulakan Langkah di USM, Pendidikan Inklusif Jadi Keutamaan |
USM PULAU PINANG, 14 September 2026 – Seramai 5,804 pelajar baharu daripada lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf memulakan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2026/2027, dengan universiti terus memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Daripada jumlah berkenaan, seramai 4,904 calon daripada 37,171 permohonan melalui sistem UPU (Saluran Perdana) berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti 79 program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) di USM. |
>Berita Penuh |
|
|
|
|
 |
USM Naib Johan Perbarisan Merdeka Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang |
Universiti Sains Malaysia (USM) meraih gelaran Naib Johan Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Perbarisan Merdeka Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang berlangsung penghujung Ogos lalu.
Keputusan pertandingan itu diumumkan sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, di sini semalam. |
>Berita Penuh |
|
|
|
|
|
|
|
 |
 |
Di salah satu laluan di kampus, semuanya rela menanti, Sabar untuk hadir ke sesi atau kelas selepas ini; Begitulah adat untuk mendapatkan ilmu, harus cekal mencari, Tabah dan yakin, moga usaha untuk berjaya terus diberkati. |
|
|
|
|
|
|
 |
Good morning, USM community,
Welcome to this week’s edition of Inside USM, bringing you the latest news, highlights, media coverage, achievements, and developments from Universiti Sains Malaysia.
We hope this edition keeps you informed, engaged, and connected with the stories, accomplishments, and initiatives that continue to shape and strengthen our University community. |
|
|
|
|
Transforming Higher Education for a sustainable Tomorrow |
|
|
|
|
|
|
|
 |
EPEHub@CGSS–Tzu Chi EPEC Partnership Inspires Global Youths Through Sustainability Education |
Promoting sustainable living through community engagement and experiential learning, the Tilting Futures International Apprenticeship Programme recently brought together international apprentices from around the world for an educational visit to the Tzu Chi Environment Protection Education Centre (EPEC) in Taman Sri Nibong, Penang. |
>Full news |
|
|
|
|
 |
USM–Infineon Coastal Cleanup Removes 313.5kg of Marine Debris from Pulau Gazumbo |
PENANG, 14 September 2026 – A joint coastal cleanup initiative by the Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM) and Infineon Technologies (Penang) Sdn. Bhd. successfully removed 313.5 kilogrammes of marine debris from Pulau Gazumbo, highlighting the growing threat of plastic pollution to coastal ecosystems. |
>Full news |
|
|
 |
APUCEN Joins Davao Roundtable on Community Engagement in Asia-Pacific |
The Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) recently participated in the DACUN/IRON XI Roundtable Discussion with APUCEN 2026. Hosted by San Pedro College, the discussion gathered together 24 representatives from 17 institutions and government agencies across the Davao Region to discuss regional collaboration in relation to university-community engagement. |
>Full news |
|
|
|
|