|
|
Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok |
|
|
|
|
|
|
USM Naik ke Kedudukan 128 Dunia dalam QS World University Rankings 2027 |
USM PULAU PINANG, 18 Jun 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh kedudukannya di persada global apabila meningkat enam kedudukan ke tangga ke-128 dunia dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2027. Pencapaian ini turut meletakkan USM sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia serta mengukuhkan kedudukannya dalam kelompok 10 peratus universiti terbaik dunia. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
94 Warga PPIP Raih Pensijilan Gemini Certified Educator, Hasilkan 18 Inovasi AI Pendidikan |
USM PULAU PINANG, 18 Jun 2026 – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) melakar pencapaian membanggakan apabila seramai 94 warga pusat pengajian itu berjaya memperoleh pensijilan profesional ‘Gemini Certified Educator’ daripada Google for Education. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Naib Canselor USM Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Pulau Pinang 1448H/2026M |
BALIK PULAU, 17 Jun 2026 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, hari ini menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang 1448H/2026M sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan, inovasi, pembangunan bakat, dan kemajuan masyarakat. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM, PEMSEA, JPS dan LSANK Meterai Kerjasama Strategik Perkukuh Pengurusan Lembangan Sungai Kedah |
NIBONG TEBAL, 16 Jun 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) bersama PEMSEA Resource Facility (PRF), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) hari ini memeterai kerjasama strategik bagi pelaksanaan projek “Reducing Pollution and Preserving Environmental Flows in the East Asian Seas through the Implementation of Integrated River Basin Management (IRBM) in ASEAN Countries” (IRBM-R2PEF) di Lembangan Sungai Kedah. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM Perkukuh Hubungan dengan Eropah melalui Kunjungan Hormat Duta Besar Switzerland dan Jerman |
USM PULAU PINANG, 16 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Chantal Moser, Duta Besar Switzerland ke Malaysia; Tuan Yang Terutama Silke Riecken-Daerr, Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia; dan Dato’ Hans Brenner, Konsul Kehormat Republik Persekutuan Jerman di Pulau Pinang. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Majlis Anugerah Sukan USM Kali Ke-45 Rai Kecemerlangan Atlet, Perkasa Pembangunan Sukan Universiti |
GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 16 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh komitmennya dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi apabila meraikan kecemerlangan atlet, jurulatih, dan warga sukan menerusi Majlis Anugerah Sukan Universiti Sains Malaysia (USM) Kali Ke-45 yang berlangsung penuh gemilang di G Hotel, Pulau Pinang. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Pendidikan Asas Membina Masa Depan, Tingkatan Enam Terus Diperkasa |
NIBONG TEBAL, 15 Jun 2026 - Pendidikan merupakan asas utama dalam mengubah kehidupan serta membuka peluang yang lebih baik untuk masa depan, khususnya kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM Perkukuh Kerjasama Strategik Universiti–Industri Bersama Ghee Hiang Sempena Pengiktirafan MBOR |
PULAU PINANG, 13 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan industri apabila bersama-sama meraikan kejayaan jenama warisan ikonik Pulau Pinang, Ghee Hiang, yang secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai jenama biskut tradisional Cina tertua di negara ini sempena ulang tahun ke-170 syarikat tersebut. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
PRK USM Perkasa Pelaksanaan SULAM Melalui Lawatan Penanda Aras ke UPSI dan UTM |
USM PULAU PINANG, 12 Jun 2026 – Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK), Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh pelaksanaan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) menerusi siri lawatan penanda aras ke institusi pengajian tinggi yang berpengalaman dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan komuniti dan pengalaman. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM Perkukuh Kerjasama Industri, Sokong Amalan Pengkuarian Lestari FYS Marketing Sdn. Bhd. |
NIBONG TEBAL, 9 Jun 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral terus memperkukuh hubungan strategik bersama industri menerusi kerjasama berterusan dengan FYS Marketing Sdn. Bhd., yang kini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Green Quarry Edutourism pertama di Malaysia. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|