|
|
Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Wanita Antarabangsa 2026 di Penjara Pulau Pinang Perkukuh Pemulihan Berteraskan Kemahiran dan Rehabilitasi |
SEBERANG PERAI, 22 Mac 2026 – Pada 18 Mac 2026, Penjara Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang melibatkan 150 prospek wanita di Penjara Seberang Perai. Program tersebut merupakan manifestasi kepada peralihan paradigma institusi penjara, daripada model punitif (hukuman) kepada model pemulihan insan yang lebih holistik. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Program Tautan Kasih Ramadan di Wad Pediatrik: Model Keterlibatan Universiti dalam Memperkasa Nilai Kemanusiaan |
GEORGE TOWN, 20 Mac 2026 – Program Tautan Kasih Ramadan Bersama Kanak-Kanak di Wad Pediatrik, Hospital Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini sebagai kesinambungan kepada inisiatif keterlibatan komuniti yang diterajui oleh Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan (CDR), Universiti Sains Malaysia (USM). |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Dewan Budaya USM Perkukuh Jenama Seni Universiti Melalui Kolaborasi Industri dan Agenda Strategik Nasional |
USM PULAU PINANG, 19 Mac 2026 – Penglibatan aktif Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) dalam program luar seperti Gemersik Syawal memperlihatkan kedudukan institusi itu sebagai antara entiti universiti yang semakin diiktiraf dalam ekosistem seni dan budaya tanah air. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM Jayakan Penutup Program Tadarus Ramadan 1447H dengan Majlis Khatam Al-Quran |
USM PULAU PINANG, 17 Mac 2026 — Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Muzakarah, Pusat Islam berdekatan dengan perkarangan Masjid Al-Malik Khalid sebagai acara penutup rasmi kepada program Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadan 1447H/2026M, melibatkan penyertaan seramai 60 warga kampus. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
PTPM USM Teruskan Inisiatif Prihatin Sepanjang Ramadan |
USM PULAU PINANG, 18 Mac 2026 – Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) terus menyemai bakti apabila meneruskan Program Bakul Ramadan bersempena bulan mulia tahun ini. Program berkenaan disifatkan dapat memberi kelegaan buat 20 buah keluarga, termasuk 26 orang kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ara, di sini baru-baru ini. |
▶️Berita penuh |
|
|
Sudut Bacaan Penerbit USM di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Sokong Agenda MADANI |
PULAU PINANG, 17 Mac 2026 – Seperti mana hasrat kerajaan MADANI untuk meningkatkan budaya membaca di Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia (Penerbit USM) telah mengambil satu langkah inisiatif dengan memperkenalkan Sudut Bacaan Penerbit USM di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. |
|
|
|
Sedekah Ramadan: Penerbit USM Menyambung Pelita Ilmu Buat Komuniti Setempat |
PULAU PINANG, 17 Mac 2026 – Sebagai kesinambungan kepada inisiatif sedekah Ramadan yang dilaksanakan pada Ramadan tahun lalu, Penerbit USM melalui Bahagian Pemasaran dan Penjualan terus turut memperluas program sedekah Ramadan tahun ini dengan menyantuni beberapa institusi pendidikan dan kebajikan lain di sekitar Pulau Pinang. |
|
|
|
BIPs dan HPA Pacu Prestasi serta Kompetensi Warga USM |
USM PULAU PINANG, 16 Mac 2026 – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Taklimat Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA). |
|
|
|
|
|
PKTAAB Anjur Majlis Iftar Perdana, Perkukuh Jalinan USM Bersama Komuniti |
BERTAM, PULAU PINANG, 13 Mac 2026 – Dalam suasana penuh keberkatan pada 23 Ramadan, warga Universiti Sains Malaysia (USM), rakan strategik industri, dan komuniti setempat berhimpun dalam Majlis Iftar Perdana anjuran Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) yang berlangsung di Kapok Asmara Centre, Bertam. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari Raya Aidilfitri di USM diraikan bukan sahaja dengan kemeriahan, tetapi juga dengan kisah, pandangan dan pengalaman yang dikongsi oleh staf serta pelajar kampus. ✨🌙
Menerusi video ini, dengarkan suara warga USM tentang makna Aidilfitri, suasana sambutan di kampus dan semangat kebersamaan yang terus mengeratkan hubungan sesama kita. |
|
|
|
|
|
Suasana pagi Syawal di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia disambut dengan penuh syukur dan kebersamaan. ✨🌙
Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar ibadah tetapi juga medan menyatukan hati, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus.
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua. |
|
|
|
|
|
|
Syawal hadir membawa sinar kegembiraan, ruang kemaafan dan semangat kebersamaan yang terus menyatukan kita. ✨
Universiti Sains Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga universiti dan semua yang meraikannya.
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh keberkatan, keharmonian dan kebahagiaan bersama insan tersayang. |
|
|
|
|
|
Salam Aidilfitri daripada Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc. ✨
Ucapan ringkas sempena Syawal buat seluruh warga Universiti dan semua yang meraikannya. |
|
|
|
|
|
|
Alunan takbir bergema, menandakan berakhirnya Ramadan dan hadirnya Syawal yang dinanti. 🌙✨
Takbir Raya di USM bukan sekadar tradisi tetapi juga penghayatan terhadap makna kemenangan, kesyukuran dan kebersamaan dalam menyambut Aidilfitri. |
|
|
|
|
|
Salam Aidilfitri daripada Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc.
Semoga Syawal yang diraikan membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh warga universiti serta semua yang menyambutnya. ✨
Maaf Zahir dan Batin. |
|
|
|
|
|
|
Daripada kunjungan penuh kasih kepada harapan kerjasama yang lebih luas, Program Tautan Kasih Ramadan membuktikan bahawa keprihatinan mampu menyatukan institusi, komuniti dan kemanusiaan. 💙
Saksikan perkongsian mereka yang terlibat tentang makna program ini serta potensi jalinan kerjasama antara USM dan Hospital Pulau Pinang pada masa hadapan. |
|
|
|
|
|
Menyemai kasih, menyantuni hati. 💙✨
Program Tautan Kasih Ramadan bersama kanak-kanak di Wad Pediatrik, Hospital Pulau Pinang menjadi ruang penuh makna dalam berkongsi kegembiraan, sokongan dan keprihatinan sepanjang bulan yang mulia ini.
Semoga setiap kunjungan, sumbangan dan senyuman yang dibawa mampu menceriakan hari mereka serta mengeratkan nilai kemanusiaan dan kasih sayang dalam masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti
dan isteri YBhg. Datin Che Norhayati Salleh |
|
|
|
|
|
Dewan Budaya USM terus mengukuhkan peranannya sebagai pemangkin seni, bakat dan kolaborasi strategik universiti. ✨
Menerusi wawancara bersama Pengarah Dewan Budaya USM, Norhelmi Othaman, ikuti perkongsian tentang hala tuju, perancangan program utama serta komitmen Dewan Budaya dalam memperkasa ekosistem seni kampus dan menghubungkan USM dengan industri, komuniti serta agenda budaya nasional. |
|
|
|
|
|
|
Salam Aidilfitri 1 Syawal 1447H
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc. Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia |
|
|
|
|
|
Di sebalik kejayaan Program Tadarus Ramadan 1447H/2026M di USM, terserlah komitmen tinggi warga kampus dalam menghidupkan amalan membaca dan menghayati Al-Quran sepanjang bulan Ramadan. ✨
Melalui pendekatan hibrid yang menggabungkan sesi bersemuka dan dalam talian, para peserta berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 25 hari, hasil semangat berkumpulan, bimbingan berterusan dan kesungguhan untuk memperkukuh amalan rohani.
Tonton perkongsian daripada penganjur dan peserta mengenai pengalaman, cabaran serta keistimewaan program ini yang menyatukan warga universiti dalam suasana penuh penghayatan dan kebersamaan. |
|
|
|
|
|
|
USM menutup program Tadarus Ramadan 1447H/2026M dengan Majlis Khatam Al-Quran yang menghimpunkan 60 warga kampus dalam suasana penuh penghayatan dan kebersamaan. ✨
Dilaksanakan secara hibrid sepanjang Ramadan, program ini bukan sahaja berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran lebih awal daripada jangkaan, malah membuktikan komitmen tinggi peserta dalam memperkukuh amalan rohani walaupun berdepan kekangan masa dan jadual kerja.
Semoga semangat membaca, memahami dan menghayati Al-Quran yang dipupuk sepanjang bulan Ramadan ini terus mekar dalam kehidupan seharian warga Universiti. |
|
|
|
|
|
Lensa Program Tautan Kasih Ramadan Bersama Kanak-Kanak di Wad Pediatrik, Hospital Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
Lensa Kunjungan Hormat Ketua Polis Negeri Pulau Pinang ke Universiti Sains Malaysia (USM) |
|
|
|
|
|
USM terus komited menghargai kecemerlangan dan memperkasa kompetensi warganya menerusi pelaksanaan Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) serta Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA). ✨
Inisiatif di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini bukan sahaja mengiktiraf prestasi cemerlang, malah menggalakkan warga universiti untuk terus meningkatkan kelayakan akademik, kompetensi dan profesionalisme dalam perkhidmatan.
Taklimat yang diadakan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USM ini turut memberi penjelasan berkaitan syarat kelayakan, kaedah permohonan dan tatacara pelaksanaan kedua-dua inisiatif tersebut. |
|
|
|
|
|
|
Lensa Taklimat Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) |
|
|
|
|
|
Setinggi-tinggi Tahniah
YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said
Atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia
Berkuat kuasa 16 Mac 2026 hingga 15 Mac 2029
Ikhlas daripada Lembaga Gabenor Universiti serta Naib Canselor dan seluruh warga Universiti Sains Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
|
📌 20 Mac 2026 | Utusan Malaysia | Berita Umum | Muka surat 13
📰 Jururawat HPUSM Berbuka Puasa
🏥 Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI USM |
|
|
@usmofficial1969 |
|
|
Hak Cipta Terpelihara. © Universiti Sains Malaysia 2026 |
|
|
|
|