USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PTPM USM TERUSKAN INISIATIF PRIHATIN SEPANJANG RAMADAN

650117859 906465005341642 7677563771160766097 n

USM PULAU PINANG, 18 Mac 2026 – Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) terus menyemai bakti apabila meneruskan Program Bakul Ramadan bersempena bulan mulia tahun ini.

 

650346115 906465088674967 3877343864760123047 n

Program berkenaan disifatkan dapat memberi kelegaan buat 20 buah keluarga, termasuk 26 orang kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ara, di sini baru-baru ini.

650759393 906465365341606 4755675473647822806 n

Guru Besar SK Sungai Ara, Mohd Asri Abdul Hatam berkata, pihak sekolah amat berbesar hati atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan kepada keluarga yang memerlukan.

“Diharapkan sumbangan barangan asas seperti beras, minyak, gula dan beberapa barangan lain, termasuk duit raya, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

650657751 906465218674954 3664791934459452873 n

Sementara itu, Pengarah PTPM, Profesor Dr. Irfan Naufal Umar pula berharap agar anak-anak yang menerima sumbangan ini akan terus bersemangat dalam pelajaran.

“Jangan jadikan kekurangan yang ada kini sebagai penghalang untuk mencapai cita-cita dan memperoleh kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

651783781 906464772008332 3436573417334902492 n

650741481 906465002008309 2960687574613709734 n

Beliau turut berpesan bahawa hanya melalui pendidikan dan kesungguhan, seseorang mampu mengubah nasib diri serta keluarga menjadi lebih baik.

650758509 906464938674982 2425341548162498783 n

651791584 906464835341659 8834998476167039378 n

Penyelaras Program Bakul Ramadan, Ayda Fatahiyah Abd Malek dalam pada itu menyifatkan program seumpama ini dapat terus memupuk semangat keprihatinan, kebersamaan, dan budaya berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Teks & Foto: Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), USM

  • Created on .
  • Hits: 147

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025