USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BIPs DAN HPA PACU PRESTASI SERTA KOMPETENSI WARGA USM

FB IMG 1773659857268

USM PULAU PINANG, 16 Mac 2026 – Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Taklimat Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA).

FB IMG 1773660365678

Kedua-dua insentif tersebut merupakan inisiatif di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan bagi menghargai kecemerlangan prestasi dan menggalakkan pembangunan kompetensi dalam kalangan penjawat awam.

FB IMG 1773660362312

BIPs merupakan satu bentuk galakan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan. Insentif ini bertujuan memberi penghargaan kepada pegawai yang mencapai tahap prestasi tinggi di samping menyumbang kepada peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awamFB IMG 1773656005386

Sementara itu, Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) adalah insentif kewangan yang diberikan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan kepada penjawat awam yang berjaya meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat lebih tinggi melalui pembiayaan sendiri semasa dalam perkhidmatan.

FB IMG 1773659872955

Inisiatif ini diperkenalkan bagi menggalakkan penjawat awam meningkatkan tahap kompetensi dan keupayaan profesional mereka selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Sesi taklimat tersebut diadakan bagi memberi penerangan berkaitan dasar pelaksanaan, syarat kelayakan, kaedah permohonan, dan tatacara pelaksanaan kedua-dua inisiatif berkenaan kepada warga USM.

FB IMG 1773657469060

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Norazreen Razak; dan Penolong Pendaftar Kanan BSM, Ahmad Faiz Badiozaman.

FB IMG 1773660178684

FB IMG 1773657465747

Turut hadir ke sesi tersebut, Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff, dan Yang Menjalankan Fungsi Ketua Bahagian Sumber Manusia, Sarina Razak.

Teks: Ahmad Faiz Badiozaman, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, USM)/Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq

  • Created on .
  • Hits: 101

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025