USM NEWS PORTAL 

Selamat Pagi USM 23 Februari–1 Mac 2026


23 Februari – 1 Mac 2026

Mentransformasi Pendidikan Tinggi
untuk Kelestarian Hari Esok

TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Santuni Warga USM dalam Majlis Iftar Perdana

USM PULAU PINANG, 25 Februari 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meraikan penganjuran Majlis Iftar Perdana bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib dan isteri, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah, bertempat di Perkarangan Masjid Al-Malik Khalid, Pusat Islam USM.


Majlis yang bermula seawal jam 6.15 petang ini meraikan kepimpinan Universiti, warga kampus, mahasiswa, jemputan dalam kalangan jabatan kerajaan, industri serta komuniti setempat dalam suasana penuh baraqah dan keberkatan sempena bulan Ramadan al-Mubarak.

▶️Berita penuh

RM2.7 Juta Sumbangan Zakat Wakalah Disalurkan kepada Asnaf dan Pelajar B40 USM

USM PULAU PINANG, 27 Februari 2026 – Majlis Iftar Perdana TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Binti Raja Abdullah bersama Warga Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung baru-baru ini, telah diserikan dengan acara penyampaian sumbangan dan zakat wakalah daripada pelbagai agensi yang berjumlah RM2,699,785.18.

▶️Berita penuh

USM Sasar 1,500 Jemaah Iftar Sepanjang Ramadan, Orang Ramai Dipelawa Hulur Sumbangan

USM PULAU PINANG, 27 Februari 2026 – Ketika umat Islam berlumba-lumba merebut ganjaran Ramadan, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) tampil dengan inisiatif penuh makna menerusi Ramadan One Stop Centre, yang menyasarkan penyediaan juadah iftar kepada 1,500 jemaah setiap hari sepanjang bulan mulia ini.

▶️Berita penuh

Hebahan Jadual Imam Solat Tarawih 1447H/2026M – Masjid Al-Malik Khalid, USM

USM PULAU PINANG, 27 Februari 2026 – Sukacita dimaklumkan bahawa Jadual Imam Solat Tarawih bagi Ramadan 1447H/2026M di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) dikeluarkan untuk makluman seluruh warga kampus dan masyarakat setempat.

▶️Berita penuh

▶️Berita penuh

Masjid USM Bermandi Cahaya, Tarik Warga Kampus Imarahkan Ramadan

USM, PULAU PINANG, 27 Februari 2026 – Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) kini tampil memukau apabila persekitarannya bermandi cahaya sempena menyambut bulan Ramadan 1447H, sekali gus menyuntik suasana lebih ceria dan penuh makna buat warga kampus.

▶️Berita penuh

USM Terus Kekalkan Tradisi Rakaman Takbir Raya bersama Kepimpinan Tertinggi

USM PULAU PINANG, 25 Februari 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan tradisi tahunan dengan mengadakan sesi rakaman Takbir Raya bersama kepimpinan tertinggi universiti dan Pegawai Agama USM sempena bulan Ramadan.

▶️Berita penuh

Pakar Genetik USM Bawa Suara Literasi Genetik ke Pentas UNESCO, Perkasa Era Perubatan Jitu (Precision Medicine)

USM PULAU PINANG, 23 Februari 2026 – Kepakaran anak jati Malaysia, khususnya Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang genetik terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila cadangan pengintegrasian pendidikan genetik di peringkat sekolah rendah diketengahkan dalam forum global berprestij di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, baru-baru ini.

▶️Berita penuh

Pelajar Cemerlang RPJJ Diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan dan Sijil Kepujian

USM PULAU PINANG, 23 Februari 2026 - Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Majlis Anugerah Dekan dan Sijil Kepujian bagi meraikan para pelajar cemerlang Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ), di sini baru-baru ini.


▶️Berita penuh

Kaunter Zakat Fitrah 1447H/2026M Dibuka di Pusat Islam USM

USM PULAU PINANG, 1 Mac 2026 – Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Qaryah Masjid Al-Malik Khalid, USM akan membuka Kaunter Zakat Fitrah bagi tahun 1447H/2026M bermula 2 Mac sehingga 20 Mac 2026.


👉Lihat semua berita

Lensa Rakaman Takbir Raya Bersama Kepimpinan Tertinggi Universiti

TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang santuni warga USM dalam Majlis Iftar Perdana 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Malik Khalid, Pusat Islam USM.


Majlis penuh keberkatan ini memperkukuh hubungan strategik bersama Kerajaan Negeri serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus dan komuniti setempat sepanjang Ramadan al-Mubarak.

USM terus mengekalkan tradisi rakaman Takbir Raya bersama kepimpinan tertinggi universiti di Masjid Al-Malik Khalid. Inisiatif ini bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan semangat kebersamaan, kekeluargaan dan penghayatan nilai Ramadan dalam kalangan warga kampus. 🌙✨

Lensa Majlis Iftar Perdana Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah Bersama Warga USM

Majlis Perjumpaan Ketua Jabatan Universiti Sains Malaysia


Sekitar Majlis Perjumpaan Ketua Jabatan Universiti Sains Malaysia bersama Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, menjalankan Fungsi Pengerusi Lembaga Gabenor USM di Dewan Persidangan Universiti hari ini.

Lensa Majlis Perjumpaan Ketua Jabatan Universiti Sains Malaysia

Di sinilah alam dan ilmu berjalan seiring.


Universiti dalam taman, tempat impian berakar dan masa depan berbunga. 🌿

Aktiviti keraian di kampus yang amat dinanti,

Menyediakan juadah bagi jemaah seikhlas hati;

Sekiranya masih tersimpan dalam memori,

Di manakah agaknya terjadi kemeriahan sebegini?

📌 27 Februari 2026  |  Sinar Harian  |  Temu bual Pakar  |  Muka surat 4


📰 Risiko Malam Dua Kali Ganda


👤 Profesor Madya Dr. Mustafasanie M Yussof

      Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

▶️Selanjutnya

📌 27 Februari 2026  |  Utusan Malaysia  |  Kolumnis  |  Muka surat 25


📰 Ramadan Buka Pintu Perubahan


👤 Dr. Mohd Afifuddin Mohamad

      Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi

▶️Selanjutnya

👉Selanjutnya

Aktiviti keraian di kampus yang amat dinanti,

Menyediakan juadah bagi jemaah seikhlas hati;

Sekiranya masih tersimpan dalam memori,

Di manakah agaknya terjadi kemeriahan sebegini?

IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI USM

@usmofficial1969

Hak Cipta Terpelihara. © Universiti Sains Malaysia 2026


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025