KAUNTER ZAKAT FITRAH 1447H/2026M DIBUKA DI PUSAT ISLAM USM

USM PULAU PINANG, 1 Mac 2026 – Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Qaryah Masjid Al-Malik Khalid, USM akan membuka Kaunter Zakat Fitrah bagi tahun 1447H/2026M bermula 2 Mac sehingga 20 Mac 2026.
Kaunter yang beroperasi setiap hari bekerja, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu dibuka di lokasi berhadapan Pejabat Am Pusat Islam USM bagi memudahkan warga kampus menunaikan kewajipan zakat fitrah sepanjang Ramadan.
Bagi tahun ini, kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM10, RM15, dan RM25 seorang, selaras dengan ketetapan yang telah diumumkan.
Seramai lapan orang amil telah dilantik bagi menguruskan kutipan zakat fitrah melibatkan Kampus Induk USM, Qaryah Masjid USM serta Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB). Orang ramai juga boleh menghubungi amil yang dilantik bagi sebarang pertanyaan atau urusan bayaran.
Pembukaan kaunter ini diharap dapat memudahkan urusan warga USM dan masyarakat setempat dalam menunaikan kewajipan zakat fitrah dengan lebih teratur dan sistematik.
Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Islam Kampus Induk di talian 04-653 3910 atau Unit Hal Ehwal Islam, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) di talian 013-649 9144.
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Pusat Islam, USM
- Created on .
- Hits: 45