USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RM2.7 JUTA SUMBANGAN ZAKAT WAKALAH DISALURKAN KEPADA ASNAF DAN PELAJAR B40 USM

FB IMG 1772185291685

USM PULAU PINANG, 27 Februari 2026 – Majlis Iftar Perdana TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YM Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Binti Raja Abdullah bersama Warga Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung baru-baru ini, telah diserikan dengan acara penyampaian sumbangan dan zakat wakalah daripada pelbagai agensi yang berjumlah RM2,699,785.18.

Hadir menerima cek cura daripada setiap wakil agensi bagi pihak USM ialah Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Penyampaian sumbangan ini turut disaksikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, yang Menjalankan Fungsi Pengerusi Lembaga Gabenor USM.

Agensi-agensi yang menyerahkan sumbangan adalah seperti berikut:

FB IMG 1772185503651

FB IMG 1772185244738

FB IMG 1772185248181

FB IMG 1772185250874

FB IMG 1772185256496 1

FB IMG 1772185259698

FB IMG 1772185261583

  1. Yayasan Amal TYT Pulau Pinang kepada Masjid Al-Malik Khalid, USM
  2. Telekom Malaysia Berhad – RM10,000.00
  3. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – RM50,000.00
  4. USAINS Holdings Sdn. Bhd. – RM70,000.00
  5. Lembaga Tabung Haji Negeri Pulau Pinang – RM450,000.00
  6. Maybank Islamic Berhad Wilayah Utara – RM456,206.13
  7. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) – RM1,663,579.05

Sumbangan zakat wakalah akan disalurkan untuk membantu golongan asnaf dan pelajar B40 USM, khususnya dalam bentuk bantuan kebajikan, pendidikan, dan sokongan kewangan.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen agensi-agensi terlibat dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat dan memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif.

Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluan Naib Canselor, Abdul Rahman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang demi kelangsungan pendidikan dan kebajikan pelajar serta masyarakat setempat.

“Sokongan ini menjadi pemangkin penting dalam memperkasa agenda pendidikan dan kebajikan pelajar, selaras dengan komitmen universiti untuk memastikan golongan pelajar asnaf dan B40 ini dapat meneruskan pembelajaran tanpa bimbang akan tercicir,” tambah beliau.

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md Isa & Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq

  • Created on .
  • Hits: 72

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025