USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HEBAHAN JADUAL IMAM SOLAT TARAWIH 1447H/2026M - MASJID AL-MALIK KHALID, USM

IMG 20260227 WA0193

USM PULAU PINANG, 27 Februari 2026 – Sukacita dimaklumkan bahawa Jadual Imam Solat Tarawih bagi Ramadan 1447H/2026M di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) dikeluarkan untuk makluman seluruh warga kampus dan masyarakat setempat.

Sepanjang bulan Ramadan, solat Tarawih akan diimamkan oleh barisan imam yang terdiri daripada para asatizah dan huffaz berpengalaman, manakala bilal-bilal bertugas akan membantu melancarkan perjalanan ibadah setiap malam.

Jadual penuh boleh dirujuk melalui poster rasmi Pusat Islam USM serta platform media sosial rasmi.

Semoga Ramadan kali ini memberi peluang kepada kita semua untuk meningkatkan amal ibadah dan meraih keberkatan di Masjid Al-Malik Khalid USM.

Semua dijemput hadir dan mengimarahkan rumah Allah.

Foto: Pusat Islam, USM

  • Created on .
  • Hits: 58

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025