Skip to main content

Selamat Pagi USM   |   2–8 November 2026

Selamat Pagi USM 2–8 November 2026

versi dalam talian

Salam Sejahtera Warga USM,

“Selamat Pagi USM” kembali menemui anda dengan rangkuman mingguan berita, sorotan aktiviti, liputan media dan perkembangan terkini USM.

Semoga perkongsian ini menjadi pembuka minggu yang lebih informatif serta terus menghubungkan warga Universiti dengan denyut nadi USM.

Selamat membaca.

2–8 November 2026

Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok

Projek Kampung Angkat MADANI USM Raih Anugerah Poster Terbaik di InACE 2026

Inisiatif pemerkasaan komuniti Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025 meraih pengiktirafan apabila memenangi Best Poster Award bagi kategori Environment & Infrastructure Development pada International Conference on Academia-Community Engagement Impact (InACE 2026) yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur.

Pengiktirafan tersebut diraih menerusi poster penyelidikan bertajuk “Fostering Socio-Economic Resilience and Cohesion in Urban B40 Communities: Multi-Functional Space Optimisation via the COMPASSION Framework” yang mengetengahkan pendekatan inovatif dalam mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan ruang komuniti di Kampung Sungai Nibong Kechil dan Kampung Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.

>Berita Penuh

USM Raih Tiga Kemenangan dalam Innovation Showcase SULAM@UPSI 2026

Universiti Sains Malaysia (USM) meraih tiga kemenangan dalam Innovation Showcase SULAM@UPSI 2026 yang berlangsung bersempena Karnival SULAM@UPSI 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sekali gus mengiktiraf keberkesanan pelaksanaan pembelajaran berasaskan khidmat komuniti oleh warga universiti itu.

Kejayaan berkenaan membabitkan dua projek kategori pensyarah dan satu projek kategori pelajar yang dipertandingkan dalam acara berlangsung di Kompleks Akademik dan Dewan SITC, UPSI.

>Berita Penuh

USM, WOU Perkukuh Kerjasama Strategik dalam Pembangunan Stackable Degree, Jaringan Industri dan Pembangunan ODL

Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) memperkukuh kerjasama strategik dengan Wawasan Open University (WOU), khususnya dalam pembangunan program Stackable Degree, jaringan industri dan perkongsian kepakaran teknologi pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL).

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada usaha memperluas peluang kolaborasi akademik, meneroka pendekatan pembelajaran fleksibel serta memperkasa penyampaian pendidikan tinggi yang lebih responsif terhadap keperluan industri dan perkembangan teknologi semasa.

>Berita Penuh

Adiguru Che Mat Jusoh Dinobat Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup 2026

Dedikasi selama hampir 58 tahun dalam memelihara dan melestarikan seni persembahan tradisional Mak Yong dan Wayang Kulit Kelantan melayakkan Adiguru Seni Persembahan Tradisional Universiti Sains Malaysia (USM), Che Mat Jusoh, 72, menerima pengiktirafan Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) 2026.

Pengiktirafan tertinggi negara dalam bidang warisan itu dianugerahkan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam memastikan kelangsungan seni persembahan tradisional yang menjadi sebahagian daripada identiti dan khazanah budaya negara.

>Berita Penuh

Muzium Anatomi USM Terima Lawatan 72 Murid dan Pelajar dari Kelantan dan Terengganu

>Berita Penuh

YEEP Himpunkan 95 Pelajar Tiga Sekolah, Suntik Minat Terhadap Sains dan Kejuruteraan

>Berita Penuh

Daripada Data kepada Impak: Ketua Jabatan USM Perkasa Kepimpinan Strategik Melalui AI

>Berita Penuh

UK FIT 2.0 2026 Galak Gaya Hidup Sihat, Perkukuh Kesejahteraan Warga USM

>Berita Penuh

USM Naik Tujuh Anak Tangga ke Kedudukan Ke-27 QS Asia University Rankings 2027

>Berita Penuh

Merdeka Award Talk Series di USM Bincang tentang Kepentingan Penyelidikan, Tuntut Impak Jangka Panjang

>Berita Penuh

USM Perkukuh Kompetensi Pendidik Anatomi Menerusi Bengkel Pendidikan

>Berita Penuh

Bank Tisu USM: Perintis dalam Pembangunan Perbankan Tisu Manusia

>Berita Penuh

Hari Interaksi Titik Permulaan Latihan Mencabar Pelatih Kor SUKSIS USM, Kata Komandan

>Berita Penuh

Lawatan Korporat Delegasi MAKUM 1/2026 Perkukuh Jaringan Strategik Bersama DBP dan JKKN

>Berita Penuh

Menyejukkan mata dan menenangkan suasana,

Tenteram terasa apabila berada di sekitarnya;

Sumber alam yang seharusnya terus dijaga,

Untuk dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua.

Good morning, USM community,

Welcome to this week’s edition of Inside USM, bringing you the latest news, highlights, media coverage, achievements, and developments from 
Universiti Sains Malaysia.

We hope this edition keeps you informed, engaged, and connected with the stories, accomplishments, and initiatives that continue to shape and strengthen our University community.

2–8 November 2026

Transforming Higher Education for a sustainable Tomorrow

YEEP Brings Together 95 Students from Three Schools, Sparks Interest in Science and Engineering

A total of 95 Form Three students from three schools in Penang and Perak participated in the Young Engineers Explorers Programme (YEEP), organised by the Industry and Community Network Division (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM).

The programme, implemented under a mandate from the Department of Higher Education (JPT) to USM, involved students from Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, SMK Seri Perak, and Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian.

>Full news

USM Rises Seven Places to 27th in QS Asia University Rankings 2027

Universiti Sains Malaysia (USM) has strengthened its position among Asia’s leading universities, rising seven places to 27th in the QS Asia University Rankings 2027, placing it among the top 2% of 1,725 universities evaluated across Asia.

The latest achievement reflects USM’s continued progress in internationalisation, academic excellence, research collaboration and learning experience, further reinforcing its position as one of Malaysia’s leading universities in the region.

>Full news

CEMACS USM Advances Marine Innovation as Host of Ocean Hackathon® Kuala Lumpur 2026

Universiti Sains Malaysia (USM), through its Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS), successfully hosted the local edition of the international Ocean Hackathon® Kuala Lumpur 2026 from 16 to 18 October 2026, reaffirming its leadership in marine science, innovation, and international collaboration.

Organised in partnership with the Embassy of France in Malaysia and in collaboration with Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), the 48-hour innovation challenge brought together 37 students, researchers, and technology enthusiasts to develop data-driven solutions for pressing marine and coastal issues.

>Full news

USM Researchers Inspire Polytechnic Students to Design Smart and Sustainable Campuses

A total of 80 students from Politeknik Balik Pulau gained hands-on exposure to the principles of smart mobility and sustainable energy solutions through the Smart Transportation & Smart Energy Workshop, organised under the Smart, Optimised, High-quality, and On-demand Tourism – Innovative Education for Sustainable and Green Development (SOHO) Project 2023–2026.

The workshop, themed “Driving Sustainable Cities through Smart Mobility and Smart Energy Solutions,” was held on 8 October and led by researchers from the Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM) as part of efforts to promote sustainability education and empower young people.

>Full news

Arkib e-Newsletter