|
|
Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok |
|
|
|
|
|
|
MPDT USM Perkasa Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Orang Asli Lata Kinjang |
LATA KINJANG, 22 Mei 2026 – Seramai 35 kanak-kanak masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lata Kinjang menyertai Program Cipta Karsa Siswa: 'Odyssey of Care' yang berlangsung selama tiga hari dua malam di sini, baru-baru ini. Program anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT), Universiti Sains Malaysia (USM) itu diadakan khusus bagi memperkasa modal insan melalui aktiviti pendidikan berteraskan STEM serta kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Ekspo Kerjaya Kejuruteraan 2026 USM Himpun Lebih 60 Syarikat Industri di Nibong Tebal |
NIBONG TEBAL, 20 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan menerusi penganjuran Ekspo Kerjaya Kejuruteraan 2026 yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, di sini hari ini. Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran yang mewakili Naib Canselor, dalam ucapannya menyatakan bahawa kehadiran lebih 60 syarikat dan organisasi industri dalam ekspo berkenaan mencerminkan keyakinan berterusan pihak industri terhadap kualiti dan kebolehpasaran graduan USM. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM ICE 2026 Dijangkakan Pacu Jaringan Kejuruteraan dan Penyelidikan Antarabangsa |
NIBONG TEBAL, 20 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS) bakal menganjurkan USM International Conference on Engineering 2026 (USM ICE 2026) pada 28 hingga 29 Oktober 2026 ini di SPICE Arena, Pulau Pinang. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Times Higher Education (THE) Ketengahkan USM di Education World Forum 2026 |
USM PULAU PINANG, 20 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan aspek kepimpinannya dalam bidang kelestarian global apabila kertas kajian kes SDG 16 yang dihasilkan telah diterbitkan sebagai kertas putih antarabangsa khas (special international whitepaper) oleh Times Higher Education (THE) yang dilancarkan sewaktu berlangsungnya ‘Education World Forum (EWF) 2026’ di London, United Kingdom. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Lawatan Budaya Malaysia–Thailand: GSB USM, Krirk University Perkukuh Kerjasama Akademik dan Hubungan Persahabatan |
USM PULAU PINANG, 19 Mei 2026 – Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB), Universiti Sains Malaysia (USM), telah menerima kunjungan delegasi dari Krirk University, Bangkok, Thailand sempena ‘Lawatan Budaya Malaysia–Thailand: Meneroka Kepimpinan Lestari dan Integriti Budaya,’ baru-baru ini. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM–HP Meterai Kerjasama Strategik, Pacu Bakat Teknologi dan Kejuruteraan Masa Depan Negara |
USM PULAU PINANG, 19 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengorak langkah ke hadapan memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi dan industri apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama HP Malaysia Manufacturing Sdn. Bhd. (HPMM) dalam satu kerjasama strategik yang dijangka membuka lembaran baharu pembangunan bakat teknologi dan kejuruteraan negara. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Pengetua Pulau Pinang Didedah Kepimpinan AI Melalui Seminar ProKAI di USM |
USM PULAU PINANG, 19 Mei 2026 – Seramai 81 pengetua sekolah dari seluruh Pulau Pinang menyertai Seminar Kepimpinan AI dalam Pendidikan (ProKAI) yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) di Auditorium Murad Mohd Noor, Sains@USM, di sini, baru-baru ini. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Kemasukan UEC dan Tahfiz ke Universiti Awam: Mengurus Kepelbagaian Laluan Pendidikan Secara Strategik |
USM PULAU PINANG, 18 Mei 2026 – Keputusan kerajaan untuk memperluaskan laluan kemasukan ke universiti awam bagi pelajar lepasan Unified Examination Certificate (UEC), institusi tahfiz, dan sekolah swasta kembali mencetuskan perbincangan awam. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|