USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MPDT USM PERKASA PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI ORANG ASLI LATA KINJANG

MPDT USM PERKASA PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI ORANG ASLI LATA KINJANG 1

LATA KINJANG, 22 Mei 2026 – Seramai 35 kanak-kanak masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Lata Kinjang menyertai Program Cipta Karsa Siswa: 'Odyssey of Care' yang berlangsung selama tiga hari dua malam di sini, baru-baru ini.

IMG 1598 1

Program anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT), Universiti Sains Malaysia itu diadakan khusus bagi memperkasa modal insan melalui aktiviti pendidikan berteraskan STEM serta kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

c5c4082f 8cfb 4858 ab1b 5d1edb2db6ee

Selain mendekati komuniti Orang Asli, program berkenaan turut dilaksanakan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), melibatkan SDG 3 iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 4 berkaitan Pendidikan Berkualiti.

DSC 1090 1

Pengarah Projek, Azad Muzaffar berkata, fokus utama program itu adalah untuk menyuntik motivasi kepada kanak-kanak Orang Asli agar terus mengejar impian melanjutkan pengajian ke menara gading.

DSC 1115 1

Beliau berkata, pendedahan awal mengenai peluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) amat penting, khususnya dengan adanya kemudahan kuota khas yang disediakan kerajaan untuk masyarakat Orang Asli.

DSC 1172 1

“Selain pengisian berbentuk akademik dan kesihatan, hubungan silaturahim antara mahasiswa dan penduduk kampung turut diperkukuh menerusi aktiviti gotong-royong, merewang dan malam kebudayaan.

DSC 1198 1

“Aktiviti integrasi sosial itu dilihat mampu merapatkan jurang antara warga universiti dengan komuniti luar bandar melalui perkongsian nilai serta budaya,” katanya.

IMG 6025 1

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya.

DSC07478 1

Kehadiran pengurusan tertinggi universiti itu mencerminkan komitmen berterusan USM dalam menyokong agenda pemerkasaan komuniti serta memastikan mahasiswa terus relevan sebagai agen perubahan dalam masyarakat.

IMG 1966 1

Program berkenaan melibatkan 30 sekretariat MPDT dengan kerjasama strategik daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batang Padang dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Batang Padang.

Kerjasama itu memberi manfaat kepada penduduk setempat menerusi pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan pergigian, demonstrasi penjagaan kebersihan mulut serta pameran kesihatan.

Teks & Foto: Azad Muzaffar, Pengarah Projek Cipta Karsa Siswa: Odyssey of Care

  • Created on .
  • Hits: 152

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025