USM NEWS PORTAL 

Selamat Pagi USM 20–26 Oktober 2025


Selamat Pagi USM_21–26 Okt 2025
Kapsul Mingguan, Suntikan Inspirasi
AAN 2025

USM Rangkul Empat Anugerah Cemerlang AAN Ke-16

SUBANG JAYA, SELANGOR, 25 Oktober 2025 – Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-16 mengiktiraf keunggulan ilmuwan tempatan dalam memartabatkan dunia akademia.


Anugerah Akademik Negara yang diperkenalkan pada tahun 2006 merupakan anugerah tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menghargai ahli akademik cemerlang dalam pelbagai bidang.

iconBerita Penuh
FOI
FOI Pulau Pinang 2025 Perkukuh Wawasan Penang 2030 Ke Arah Negeri Pintar dan Hijau
GELUGOR, PULAU PINANG, 25 Oktober 2025 – Penganjuran Festival Idea (FOI) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 menjadi bukti kesungguhan kerajaan negeri memperkukuh agenda pendidikan, inovasi, dan digitalisasi selaras dengan aspirasi Wawasan Penang 2030 untuk melahirkan negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara.
iconBerita Penuh
FOI
FOI Pulau Pinang 2025: Pacu Pemikiran Inovatif Berteraskan Aspirasi Malaysia Madani
GELUGOR, PULAU PINANG, 24 Oktober 2025 – Festival Idea (FOI) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 24 hingga 25 Oktober di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) membuka tirainya dengan penuh semangat dan inspirasi, menghimpunkan pemikir, penggiat industri serta komuniti akademik dan pelajar bagi membincangkan cabaran dan peluang masa depan negara.
iconBerita Penuh
FOI
USM dilantik Sebagai Ketua Penyelaras Festival of Ideas (FOI) Peringkat Negeri Pulau Pinang; Sasar Penglibatan 20,000 Peserta
PULAU PINANG, 23 Oktober 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah diberi mandat sebagai Ketua Penyelaras Festival of Ideas (FOI) Peringkat Negeri Pulau Pinang, yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Oktober 2025 di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC).
iconBerita Penuh
Industri Sukan
USM diiktiraf Pusat Kecemerlangan Industri Sukan Negara: Teraju Agenda Pembangunan Mampan Sektor Sukan
PULAU PINANG, 22 Oktober 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta satu lagi pencapaian berprestij apabila diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai Pusat Kecemerlangan Industri Sukan Negara (PKISN) di bawah Pelan Industri Sukan Negara (PISN).
iconBerita Penuh
Pertandingan Debat Statistik 2025
USM Juara Pertandingan Debat Statistik 2025
PULAU PINANG, 18 Oktober 2025 – Nama Universiti Sains Malaysia (USM) terus harum apabila Kelab Debat dan Pengucapan Awam (KDPA), USM  muncul sebagai Juara dalam Pertandingan Debat Statistik 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).
iconBerita Penuh
Festival Tari Kebangsaan UKM 2025
Adikarma USM Ungguli Festival Tari Kebangsaan UKM 2025
PULAU PINANG, 19 Oktober 2025 – Kumpulan Kesenian Adikarma Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengharumkan nama Universiti apabila berjaya meraih Johan bagi kategori Institusi Pengajian Awam/Swasta IPTA/IPTS, Anugerah Koreografi Terbaik, dan Anugerah Busana Terbaik Emas dalam Festival Tari Kebangsaan UKM (FesTA25) yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
iconBerita Penuh
COMPASS 2025
COMMPASS 2025: Platform Strategik Perkukuh Pendidikan dan Hubungan Industri
PULAU PINANG, 18 Oktober 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Komunikasi terus memperkukuh peranan akademia-industri apabila menganjurkan karnival komunikasi bertemakan “COMMPASS 2025: Career and Industry Unplugged” yang berlangsung dari 6.30 pagi hingga 10.30 malam di Kampus Induk USM.
iconBerita Penuh
Profesor Emerita Datin Paduka
Dr. Siti Zuraina Abdul Majid
Tokoh Akademik Negara ke-16

Latar Belakang:

  • Saintis sulung dan tokoh akademik Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Bermula sebagai penyelidik sejak akhir 1970-an dalam bidang arkeologi dan prasejarah Malaysia

  • Mengasaskan Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (USM, 1999) yang kini menjadi pusat rujukan utama Asia Tenggara

  • Menubuhkan dan mengetuai Jabatan Warisan Negara (2006–2014)

  • Merangka Akta Warisan Kebangsaan 2005 serta memimpin pendaftaran lebih 449 warisan negara

  • Kini aktif sebagai pakar rujuk warisan dan akademik, meneruskan legasi kepimpinan global dalam bidang warisan dan arkeologi

Pencapaian:

  • Menemui teknologi alat batu Paleolitik tertua di Asia Tenggara dan membuktikan penyebaran budaya gangsa dari Thailand ke Malaysia

  • Menemui rangka Perak Man berusia 10,000 tahun dengan kecacatan genetik – penemuan penting dalam sains perubatan dan genetik

  • Menyumbang kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO (2012)

  • Mengesahkan peranan Lenggong sebagai laluan migrasi manusia dari Afrika ke Australia, memperkukuh teori sejarah manusia global

  • Menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa, antaranya Women at 50 Yale Award dan Anugerah Merdeka

  • Dianugerahkan Tokoh Akademik Negara (AAN) ke-16, menerima trofi, sijil dan wang tunai RM200,000 atas sumbangan besar terhadap inovasi, warisan dan akademia negara

Profesor Datin Dr. Norhayati Mohd Noor
Anugerah Penerbitan Buku

Latar Belakang:

  • Pensyarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Bidang kepakaran utama: Kesihatan keluarga, dengan penekanan terhadap kesihatan ibu dan anak

  • Terlibat dalam pengajaran biostatistik perubatan dan metodologi penyelidikan

  • Berpengalaman luas dalam penyelidikan kualitatif, kuantitatif serta kaedah campuran (mixed methods)

Pencapaian:

  • Tersenarai dalam Top 2% Scientists in the World oleh Universiti Stanford melalui Elsevier Data Repository selama empat tahun berturut-turut (2022–2025)

  • Penasihat bagi Inisiatif Pengukuran Morbiditi Ibu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Geneva, Switzerland.

  • Indeks-h Scopus: 25

  • Indeks-h Web of Science: 22

  • Buku Traumatic Childbirth: Near Miss and Morbidities memenangi Anugerah Buku Ilmiah Terbaik (2022) oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

  • Menyumbang satu bab mengenai saringan kanser kolorektal dalam Consensus Guide to Adult Health Screening for General Population Attending Primary Care Clinics (2015)

  • Menerima Anugerah Sanggar Sanjung USM selama enam tahun berturut-turut (2015–2022), melibatkan 15 penerbitan diiktiraf

Profesor Madya Dr. See Kok Fong
Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Bidang Sains Sosial dan Sastera

Latar Belakang:

  • Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti, Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Aktif di peringkat antarabangsa sebagai penyelidik, felo dan profesor pelawat

  • Mempunyai kepakaran dalam analisis kecekapan dan produktiviti

Profesor Madya Dr. Muhammad Firdaus Akbar Jalaludin Khan
Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk

Latar Belakang:

  • Pengasas Visionlytics Sdn. Bhd.

  • Seorang inovator akademik yang berjaya mengkomersialkan penyelidikan berimpak tinggi dalam teknologi AI industri

  • Menubuhkan syarikat spin-off USM – Visionlytics Sdn. Bhd. bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan universiti

Pencapaian:

  • Berjaya mengkomersialkan hasil penyelidikan universiti, membuktikan inovasi akademik mampu memberi impak kepada industri dan masyarakat

  • Menjana lebih RM4 juta pendapatan hasil pengkomersialan inovasi.

  • Membangunkan Digital Production Management System (VL DPM) – sistem pintar berasaskan IoT dan AI bagi mendigitalkan operasi kilang pembuatan.

  • VL DPM digunakan oleh lebih 15 syarikat pembuatan, termasuk industri plastik, kayu, logam dan farmaseutikal

  • Menerima maklum balas positif daripada industri atas nilai praktikal dan keberkesanan teknologi

  • Menyumbang kepada ekosistem inovasi USM melalui penjanaan pendapatan komersial, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi untuk graduan, dan peluang latihan industri kepada pelajar

  • Menjalin kerjasama strategik dengan SIRIM, MIMOS dan NCER bagi memperluas penggunaan inovasi di pasaran

USM Trending!

Laporan Penuh
FOI
Jom teruskan inspirasi di Festival Idea @ Pulau Pinang 2025!
AAN 2025
Anugerah Akademik Negara (AAN) mengiktiraf ilmuwan tanah air yang mengangkat martabat ilmu dan memperkasa pembangunan negara
AAN 2025
Anugerah Akademik Negara ke-16
Forum 1: From Idea to Impact: Accelerating Innovation Commercialization for Sustainable Growth
Forum 2: Chips for Change – Enabling Smart Societies Through Semiconductor Innovation
Forum 3: Smart Health for All – Driving SDG3 Through Inclusive Innovation
FOI
Forum 4: Turning Ideas to Impact – Industry Meets Academia
AAN 2025
Forum 5: Innovating Future Learning
PWCC
Suasana Persiapan Anugerah Akademik Negara
FOI
Suasana Persiapan Festival Idea Pulau Pinang 2025
FOI
Ada Apa Dekat Penang?
FOI
Rakaman Slot Khas Bersama Astro Awani Sempena FOI Putrajaya 2025
FOI
Jom ramai-ramai ke Festival of Ideas 2025 pada 24 dan 25 Oktober ini
FOI
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah A Wahab nak cerita banyak pasai Festival Idea Pulau Pinang 2025
Yang pernah ke sini pasti mengenali,
Adanya barisan bot dan terdirinya jeti;
Suasana tenang pastinya dapat ditemui,
Apabila berada di CEMACS, 
dalam Taman Negara terkecil negeri.

#USM #WeLead #Nostalgia


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025