USM NEWS PORTAL 

Selamat Pagi USM 20–26 Januari 2026


versi dalam talian

20–26 April 2026

Mentransformasi Pendidikan Tinggi
untuk Kelestarian Hari Esok

USM Memperkukuh Komitmen terhadap Penceritaan Digital oleh Belia bagi Pemeliharaan Biodiversiti dan Warisan Semula Jadi

PULAU PINANG, 25 April 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperteguh iltizam institusi dalam memperkasa generasi muda sebagai wahana utama pembentukan kesedaran alam sekitar dan pemeliharaan warisan budaya menerusi penglibatannya dalam bengkel 'Capture the Future: Global Youth Storytelling Initiative for People and Culture' yang berlangsung pada 25 dan 26 April 2026 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

▶️Berita penuh

Pengarah Pusat Islam USM Terima Kurnia Pelantikan Ahli MAINPP 
oleh Yang di-Pertuan Agong

USM PULAU PINANG, 24 April 2026 – Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ustaz Zayd Zhari telah menerima perkenan dan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi pengurniaan surat cara pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.


KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 17 Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), dalam satu istiadat khas baru-baru ini.

▶️Berita penuh

Pakar Neuro USM dan Felo ASM Dilantik sebagai Pesuruhjaya dalam Inisiatif Global, Iktiraf Kepakaran Tempatan dalam Bidang Kesihatan Otak

PULAU PINANG, 24 April 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila seorang pakarnya dipilih sebagai Pesuruhjaya dalam inisiatif global berprestij, Nature Medicine Commission on Brain Health for Economic Resilience di bawah Brain Health Workgroup. 

▶️Berita penuh

Bengkel Pemantapan Teori & Praktis Kaunseling Tingkatkan Kompetensi Kaunselor Pelatih

USM, PULAU PINANG, 23 April 2026 – Bengkel Pemantapan Teori & Praktis Kaunseling anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) disifatkan berupaya memperkukuh kompetensi kaunselor pelatih melalui penekanan terhadap penguasaan teori dan aplikasi praktikal dalam bidang kaunseling.

▶️Berita penuh

Bengkel Strategi Penerbitan USM 2026 Perkukuh Kualiti dan Impak Penyelidikan Universiti

USM, PULAU PINANG, 23 April 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) memperkukuh kualiti dan impak penyelidikan menerusi penganjuran Bengkel Strategi Penerbitan USM 2026 yang dilaksanakan secara bersiri, dengan penekanan kepada pemilihan saluran penerbitan berimpak tinggi dan berintegriti.

▶️Berita penuh

USM, USU Perkukuh Kerjasama Serantau Teroka Model 
Sokongan OKU Melalui FGD

USM, PULAU PINANG, 24 April 2026 – Kerjasama strategik antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universitas Sumatera Utara (USU) terus diperkukuh apabila kedua-dua pihak meneroka model pemantapan sistem sokongan rakan sebaya serta pembangunan model perkhidmatan dan dasar yang lebih inklusif bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

▶️Berita penuh

Dialog Bajet Rakyat 2027

▶️Berita penuh

INFORMM Open Lab Day 2026 Perkukuh Peranan USM dalam Menterjemah Penyelidikan kepada Impak

▶️Berita penuh

Sinergi Baharu USM dan Kepimpinan Pelajar Perkasa Ekosistem Media Sosial Universiti

▶️Berita penuh

Sambutan Hari Setiausaha USM 2026 Perkukuh Profesionalisme dan Jaringan Kerja

▶️Berita penuh

👉Lihat semua berita

Buku membuka dunia, manakala hak cipta menjaga nilai di sebalik setiap karya.


Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, saksikan temu bual bersama Ketua Pustakawan Universiti Sains Malaysia yang menyentuh peranan perpustakaan dalam menyemai budaya membaca, menghargai hasil intelektual dan memastikan ilmu terus hidup dalam komuniti kampus.

Suara mahasiswa turut dibawa ke meja perancangan negeri.


Menerusi Dialog Bajet Rakyat 2027 anjuran MBPP, wakil pelajar USM mengemukakan cadangan berkaitan pembangunan belia, pengangkutan awam, fasiliti mesra belia dan isu parkir awam.

Sorakan, persembahan dan semangat pentas mewarnai Konsert Akhir Malam Bintang USM 2026 yang menghimpunkan bakat dalam kalangan pelajar dan staf USM dalam satu malam penuh warna dan hiburan.


Saksikan sorotan keseluruhan suasana, persembahan serta detik-detik menarik sepanjang program yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang.

Pejabat Zakat Waqaf dan Infaq (ZAWAIN), Universiti Sains Malaysia terus memperkukuh usaha dalam menyampaikan maklumat serta memperluas capaian berkaitan zakat, wakaf dan infaq kepada warga universiti dan masyarakat.


Seiring aspirasi USM sebagai Universiti APEX, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memastikan penyampaian maklumat dapat disampaikan secara lebih strategik, profesional dan berimpak tinggi.


Ikuti ZAWAIN USM untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan usaha memperkasa kesejahteraan komuniti.


Laman web: https://zawain.usm.my

Universiti Sains Malaysia terus mencatat peningkatan dalam Times Higher Education Asia University Rankings 2026 apabila naik ke tangga ke-100, berbanding tangga ke-103 pada tahun 2025.


Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan USM sebagai antara universiti berdaya saing di Asia, dipacu komitmen berterusan dalam kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak dan pendidikan tinggi lestari.

Universiti Sains Malaysia (USM) memperkukuh peranan dalam bidang keselamatan dan pertahanan apabila salah satu inovasi terpilih untuk dipamerkan di pavilion Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sempena Defence Services Asia (DSA) 2026 dan National Security (NATSEC) Asia 2026 yang berlangsung pada 20–23 April 2026 di Aras 3, Malaysia International Trade And Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.


Produk yang diketengahkan iaitu OwlSight: Security Operation Centre As A Service, diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Shankar Karuppayah, sebagai manifestasi keupayaan teknologi keselamatan siber tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kepimpinan pelajar bukan sekadar penyampai maklumat, tetapi sebahagian daripada suara dan identiti USM.


Menerusi sesi libat urus bersama pasukan media sosial rasmi universiti, USM terus menyusun kerjasama komunikasi kampus secara lebih terselaras, inklusif dan berimpak, dengan penglibatan pelbagai organisasi pelajar sebagai rakan strategik dalam membentuk naratif institusi.


Apabila komuniti kampus bergerak seiring, suara USM akan lebih jelas, lebih luas capaiannya dan lebih bermakna.

👉Selanjutnya

Sayup sekali mata memandang,

Suasana lapang di bawah terbentang;

Lokasi pilihan bagi ramai merasa tenang,

Sambil dibuai impian tinggi menjulang.

IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI USM

@usmofficial1969

Hak Cipta Terpelihara. © Universiti Sains Malaysia 2026

Dibawakan khas oleh

PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC)


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025