USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BENGKEL PEMANTAPAN TEORI & PRAKTIS KAUNSELING TINGKATKAN KOMPETENSI KAUNSELOR PELATIH

WhatsApp Image 2026 04 23 at 15.22.12

USM, PULAU PINANG, 23 April 2026 - Bengkel Pemantapan Teori & Praktis Kaunseling anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) disifatkan berupaya memperkukuh kompetensi kaunselor pelatih melalui penekanan terhadap penguasaan teori dan aplikasi praktikal dalam bidang kaunseling.

WhatsApp Image 2026 04 23 at 15.22.12 1

Program yang berlangsung di Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS) USM itu menghimpunkan seramai 33 kaunselor bersama lima pensyarah kaunseling daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP).

Dekan PPIP, Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman berkata, penguasaan teori yang kukuh perlu disokong dengan kemahiran praktikal bagi melahirkan kaunselor yang profesional, beretika dan sistematik.

WhatsApp Image 2026 04 23 at 15.22.12 2

Beliau turut menegaskan bahawa elemen empati yang tinggi serta keupayaan menghormati kepelbagaian klien merupakan aspek penting dalam memastikan keberkesanan intervensi kaunseling.

“Selaras dengan keperluan semasa, bengkel ini turut menekankan peranan kaunselor sebagai agen perubahan dalam memperkukuh kesejahteraan mental, emosi dan sosial masyarakat melalui penyampaian perkhidmatan sokongan psikososial yang inklusif dan berkesan.

WhatsApp Image 2026 04 23 at 15.22.12 3

“Pendekatan latihan berasaskan kemahiran praktikal dan refleksi kendiri yang diterapkan sepanjang bengkel mampu meningkatkan keupayaan peserta dalam membantu individu mengurus tekanan, konflik serta cabaran kehidupan secara lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, sepanjang program berlangsung, peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi memastikan proses pembelajaran yang lebih berfokus, sekali gus memberi ruang kepada interaksi lebih aktif serta bimbingan berterusan daripada pensyarah.

Pendekatan ini membolehkan peserta mendalami teori dan mengaplikasikan praktis kaunseling secara lebih terarah berbanding kaedah pengajaran konvensional di dalam kelas.

Secara keseluruhan, bengkel ini mencapai objektif yang ditetapkan serta menerima maklum balas positif daripada peserta, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memperkukuh kompetensi kaunselor pelatih ke arah melahirkan pengamal kaunseling yang berkualiti dan berdaya saing.

Teks & Foto: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM/ Suntingan: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 56

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025