USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAMBUTAN HARI SETIAUSAHA USM 2026 PERKUKUH PROFESIONALISME DAN JARINGAN KERJA

48f3ae53 cc54 4c88 93ca ed6c8a645377

USM, PULAU PINANG, 24 APRIL 2026 - Kelab Setiausaha Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan telah menganjurkan Sambutan Hari Setiausaha USM 2026 bertemakan “Bonding Beyond Desk” di Kampus Induk USM, hari ini.

Program yang menghimpunkan seramai 48 orang Setiausaha Pejabat daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) itu diadakan bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam memastikan kelancaran pentadbiran jabatan.

fccb421f 9a95 4e7a ba99 958b098f41f4

Pengerusi Kelab Setiausaha USM, Rodhiyah Ali dalam ucapannya berkata, program seumpama ini diharap dapat terus menyuntik semangat kepada para setiausaha untuk meningkatkan profesionalisme dan kecemerlangan diri.

“Setiausaha bukan sahaja memainkan peranan sokongan, malah merupakan tunjang penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan organisasi. Kecekapan, komitmen dan sikap proaktif mereka adalah antara faktor utama kejayaan sesebuah institusi,” katanya.

feb301ef 6a9d 4d01 a5d4 910ffeaae352

Beliau juga berkata, sambutan yang julung kali diadakan itu turut mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memperkasa modal insan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, profesional dan berimpak tinggi.

Dalam pada itu, penganjuran program berkenaan turut menjadi platform untuk para setiausaha berkongsi ilmu, bertukar pandangan dan berinteraksi dalam suasana santai, di samping menyuntik motivasi serta semangat kerja.

bd91c0b8 c8df 463b 892f 3e1a93b28a15

Ia juga berperanan dalam mengiktiraf kepentingan peranan setiausaha sebagai antara tunjang utama kejayaan organisasi, selain mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif dan harmoni.

Dalam masa yang sama, program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh jaringan kerjasama antara setiausaha, termasuk melalui pendekatan santai seperti konsep sumbangan makanan ‘potluck’ yang menyemai semangat kebersamaan.

Antara pengisian utama ialah sesi perkongsian bertajuk “Interaksi Santai Pentadbiran: Membina Hubungan, Memperkasa Perkhidmatan” yang disampaikan oleh Timbalan Pendaftar, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan merangkap Ketua Skim N (Pentadbiran), Habibah Mohamad.

Beliau dalam sesi perkongsiannya menekankan kepentingan komunikasi berkesan, pembinaan jaringan strategik serta keupayaan menyesuaikan diri dengan cabaran persekitaran kerja yang semakin dinamik.

Sesi tersebut turut membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung, berkongsi pengalaman dan memperkukuh pemahaman terhadap peranan strategik setiausaha dalam menyokong kecekapan organisasi.

Teks dan Foto: Fatin Farhana Hazenan (MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 241

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025