USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGARAH PUSAT ISLAM USM TERIMA KURNIA PELANTIKAN AHLI MAINPP OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG

3d5e1011 e3ed 4d3c 885a e8ae90380a64

USM PULAU PINANG, 24 April 2026 - Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ustaz Zayd Zhari telah menerima perkenan dan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi pengurniaan surat cara pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 17 Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), dalam satu istiadat khas baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, Guru Besar KAFA Darul Quran Pusat Islam USM, Ustaz Fadzlee Daei juga antara yang menerima watikah tersebut.

18581c59 22c2 41e1 aedd b44f41431599

Pelantikan selama tiga tahun itu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran serta sumbangan kedua-dua tokoh dalam memperkasa pembangunan dan pengurusan hal ehwal Islam, khususnya di Pulau Pinang.

Majlis yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua MAINPP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd Aziz Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zulkifli Long dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Wan Nor Sakina Saad.

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada dua kakitangan USM sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: FB rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

  • Created on .
  • Hits: 50

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025