USM NEWS PORTAL 

Selamat Pagi USM 17–23 November 2025


Selamat Pagi USM_17–23 Nov 2025
Kapsul Mingguan, Suntikan Inspirasi
17–23 November 2025
DEBARAN MAJLIS SEBENAR: SIMULASI ISTIADAT KONVOKESYEN PERKEMAS PROTOKOL DAN PERSIAPAN AKHIR
USM PULAU PINANG, 23 November 2025 – Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) menjadi lokasi pelaksanaan simulasi penuh Istiadat Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, dengan tujuan memperkemas setiap protokol dan pergerakan agar majlis sebenar berlangsung lancar serta memberikan pengalaman terbaik kepada para graduan dan tetamu.
iconBerita Penuh
RAPTAI PERBARISAN PALAPES LENGKAPKAN SIMULASI PENUH KONVOKESYEN KE-63 USM
USM PULAU PINANG, 23 November 2025 – Simulasi penuh Majlis Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dengan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) USM melaksanakan raptai perbarisan penghormatan sebagai persediaan menerima ketibaan pembesar dan kenamaan pada 25 November 2025.
iconBerita Penuh
KAJIAN PERKUBURAN BERTINGKAT USM RAIH PERHATIAN DI PARLIMEN
USM PULAU PINANG, 20 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerima geran penyelidikan khusus daripada Jabatan Agama Islam Persekutuan bagi melaksanakan kajian pelaksanaan dan mekanisme pengkebumian jenazah di tanah perkuburan bertingkat di Wilayah Persekutuan, dengan tempoh kajian bermula pada Mac 2025 hingga 30 November 2025.
iconBerita Penuh
USM TERIMA SUMBANGAN RM30,000 E-BIKE UNTUK PELAJAR ASNAF OKU DARIPADA AFFIN ISLAMIC BANK
USM PULAU PINANG, 20 November 2025 — Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyerahkan 10 buah unit e-bike kepada 10 pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) hasil sumbangan bernilai RM30,000 daripada Affin Bank Islamic Berhad sebagai sokongan kepada kemudahan mobiliti pelajar asnaf OKU di kampus.
iconBerita Penuh
PPPJJ USM JALANKAN PROGRAM MOBILITI BERTERASKAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN KE RUTS SONGKHLA
SONGKHLA, THAILAND, 18 November 2025 – Seramai 10 pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyertai Program Mobiliti Berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan ke Rajamangala University of Technology Srivijaya (RUTS), Songkhla dan kesemua peserta terdiri daripada pelajar pelbagai bidang yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia.
iconBerita Penuh
USM LANCAR MAKMAL PENYELIDIKAN SEMIKONDUKTOR TERMAJU & METERAI MOU BERSAMA PURDUE UNIVERSITY
PULAU PINANG, 18 November 2025 – Majlis Peluncuran Advanced Semiconductor Research Laboratory (ASRL) serta pertukaran Memorandum Persefahaman antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Purdue University telah berlangsung di Sains@USM, disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, yang menandakan komitmen nasional dalam memperkukuh ekosistem semikonduktor negara.
iconBerita Penuh
USM TEGUHKAN PERANAN DALAM PENYELIDIKAN NUTRISI MINYAK SAWIT DI PIPOC 2025
KUALA LUMPUR, 17 November 2025 – Penyertaan Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB (PIPOC 2025) menyerlahkan peranan Universiti sebagai rakan strategik penting dalam memacu penyelidikan nutrisi minyak sawit ke peringkat global, selaras dengan agenda memperkukuh impak akademik dan industri negara.
iconBerita Penuh
Agenda Minggu Ini

USM Trending!

Laporan Penuh

Focus@USM

Simulasi Upacara Konvokesyen Ke-63 USM

Graduate Tracer Study (SKPG)

Kad tetamu, etika dalam dewan dan garis panduan pakaian

Congratulations to Professor Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Hwai

Convocation Robe Guide

Convo Photoshoot Spots — Part 1

Panduan lengkap pemakaian pakaian akademik

Oceans Without Borders: Safeguarding ASEAN’s Blue Future

Dos and Don’ts

Edaran Kad Jemputan Tetamu Graduan

Age isn’t a limit — it’s a storyline.

Menerajui masa depan teknologi!

Behind the Victory

Terlepas Kaunter Pendaftaran Persatuan Alumni USM?

Sedetik Bersama Graduan USM

Lokasi kenangan bagi yang pernah terlibat,
Laksanakan projek ke arah mencapai matlamat;
Amat bermakna bagi yang masih teringat,
Segala ilmu terhasil pastinya bermanfaat.

#USM #WeLead #Nostalgia

TAHUKAH ANDA?

  • USM menduduki tempat pertama dunia dalam SDG1 daripada 1,267 universiti.

  • Kejayaan dipacu oleh kemasukan pelajar B40, program komuniti dan keselamatan makanan.

  • USM kekal #1 dunia bagi SDG16 selama 4 tahun berturut-turut.

  • Penyelidikan USM menjadi rujukan dalam dasar integriti dan keadilan sosial negara.


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025