|
|
Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok |
|
|
|
|
|
|
Malaysia–Republic of Türkiye Higher Education Forum 2026: Memperkukuh Pendidikan Tinggi Global ke Arah Transformasi Masa Hadapan |
USM PULAU PINANG, 30 April 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Malaysia–Republic of Türkiye Higher Education Forum 2026 pada 29 April 2026 sebagai platform strategik yang menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin akademik dan rakan global dalam memperkukuh kerjasama dua hala dalam pendidikan tinggi, inovasi serta pembangunan bakat masa hadapan. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Program ‘Meet and Greet’ dan Klinik Bola Sepak Bersama Mesut Özil Rancakkan Suasana Kampus USM |
USM PULAU PINANG, 29 April 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM), melalui Pusat Sukan dan Rekreasi, telah menganjurkan Program ‘Meet and Greet’ serta Klinik Bola Sepak bersama legenda bola sepak antarabangsa, Mesut Özil, dalam satu penganjuran yang berjaya menghimpunkan warga kampus dan komuniti setempat. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Malaysia–Republik Türkiye Memacu Agenda Pendidikan Tinggi melalui Platform Strategik Dua Hala Berimpak Tinggi |
USM PULAU PINANG, 29 April 2026 - Bersempena Malaysia-The Republic of Türkiye Joint Committee Meeting dalam bidang Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi bersama Council of Higher Education, Türkiye, dengan kerjasama Education Malaysia Global Services serta Universiti Sains Malaysia selaku universiti hos, telah menganjurkan rangkaian program berimpak tinggi yang disusun secara strategik pada 28 hingga 29 April 2026. Inisiatif ini dirangka dengan pendekatan yang terarah dan menyeluruh bagi memastikan setiap pengisian memberi nilai tambah yang jelas, memperkukuh hubungan dua hala, serta menyokong pencapaian agenda pendidikan tinggi yang lebih progresif dan berdaya saing. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Pemerkasaan Kerjasama Pendidikan Tinggi Malaysia–Türkiye Hasil Lawatan Industri Strategik ke Kolej ViTrox, Pulau Pinang |
PULAU PINANG, 29 April 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa bersama Kedua antara Malaysia dan Republik Türkiye dalam bidang Pendidikan Tinggi diperkukuhkan lagi melalui lawatan industri strategik ke Kolej ViTrox, Pulau Pinang pada 28 April 2026. Program ini menghimpunkan kira-kira 300 orang pelajar serta 50 orang delegasi melalui platform bermakna yang menghubungkan dunia akademik dan industri secara bersepadu, selaras dengan aspirasi bersama dalam memperkasa inovasi, pembangunan bakat dan kerjasama institusi antara kedua-dua negara. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM, AKEPT Himpun Pemimpin Malaysia–Türkiye dalam Pertukaran Kepimpinan Rentas Budaya |
USM PULAU PINANG, 27 April 2026 – ‘Malaysia–Türkiye Leadership Programme: Navigating Change – Leadership Exchange Across Cultures’ yang berlangsung dari 27 hingga 30 April 2026 di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM), telah berjaya menghimpunkan pemimpin kanan agensi kerajaan, ahli akademik dalam dan luar negara, serta delegasi dari Türkiye dan Malaysia. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM Lancar Makmal Bersepadu, Perkukuh Ekosistem Penyelidikan |
USM PULAU PINANG, 30 April 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengorak langkah dalam memperkukuh kedudukan sebagai universiti penyelidikan terkemuka apabila melancarkan Makmal Bersepadu (iLab), inisiatif strategik yang meningkatkan kecekapan dan kualiti penyelidikan di kampus induk USM. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
Lawatan Delegasi Jabatan Kecemasan HPUSM/PPSP ke Institut Sukan Negara Perkukuh Kerjasama Strategik |
KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Mei 2026 – Jabatan Kecemasan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM)/Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Sukan Negara (ISN) di Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan terhadap kerjasama yang terjalin, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|
USM Memperingati Hari Pekerja 2026 dengan Komitmen Baharu terhadap Martabat, Keterangkuman dan Kemajuan Bersama |
USM PULAU PINANG, 1 Mei 2026 — Sempena Hari Pekerja Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia menegaskan komitmennya dalam memartabatkan nilai kerja sebagai asas kepada pembangunan yang inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). |
▶️Berita penuh |
|
|
|
|