USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LAWATAN DELEGASI JABATAN KECEMASAN HPUSM/PPSP KE INSTITUT SUKAN NEGARA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

bb0c8ede 8b57 4bfa 803d 2b24303a8b76

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Mei 2026 – Jabatan Kecemasan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM)/Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Sukan Negara (ISN) di Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan terhadap kerjasama yang terjalin, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Lawatan yang diadakan pada 28 April itu merupakan kunjungan timbal balas selepas pihak ISN sebelum itu hadir ke Jabatan Kecemasan HPUSM/PPSP bagi penganjuran kursus ‘Sports Medical Coverage.’

af0da8a3 4bc4 4707 b946 a54b277cf766

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam mempertingkatkan perkongsian ilmu dan kepakaran, khususnya dalam bidang perubatan kecemasan serta sokongan kesihatan sukan berprestasi tinggi.

Sepanjang lawatan, delegasi HPUSM/PPSP dibawa meninjau pelbagai fasiliti kesihatan sukan berteknologi tinggi yang disediakan oleh ISN.

d7f85936 49d8 4788 b237 3cf5db5e7797

Fasiliti tersebut memainkan peranan penting dalam pembangunan atlet negara, khususnya dari aspek rawatan, pemulihan, dan pemantauan kesihatan secara menyeluruh.

Delegasi turut berpeluang melihat secara dekat penggunaan teknologi terkini dalam menyokong prestasi atlet di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

7fc6538a b951 463f aab2 266b966436e3

Selain sesi lawatan ke fasiliti kesihatan ISN, satu sesi perbincangan turut diadakan yang memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi kepakaran serta membincangkan potensi kerjasama pada masa hadapan.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pengukuhan peranan perubatan kecemasan dalam ekosistem sukan serta peluang kolaborasi dalam perkhidmatan, pendidikan, latihan, dan penyelidikan.

b745437c 40d0 469d a452 7e3250731cde

Pihak ISN turut menyatakan minat untuk mempelajari dengan lebih mendalam kaedah penggunaan serta penyelidikan Perubatan Hiperbarik bagi kes-kes rawatan berkaitan atlet negara.

Dalam masa yang sama, Jabatan Kecemasan HPUSM/PPSP memaklumkan perancangan untuk menambah penganjuran kursus berkaitan perubatan sukan pada masa akan datang berikutan sambutan menggalakkan yang diterima pada tahun lalu.

Usaha ini diyakini mampu memperkasa keupayaan petugas kesihatan dalam mengendalikan kecemasan di lapangan sukan secara lebih cekap dan profesional.

Delegasi HPUSM/PPSP diketuai oleh Ketua Jabatan Kecemasan HPUSM/PPSP, Profesor Madya Dr. Mohd Hashairi Hj. Fauzi; Ketua Unit Perubatan Hiperbarik dan Pakar Perunding Kanan Perubatan Kecemasan & Perubatan Hiperbarik HPUSM/PPSP, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; serta beberapa pakar klinikal Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan, dan Penolong Pegawai Perubatan.

Delegasi menyatakan rasa besar hati atas layanan mesra serta keterbukaan pihak ISN dalam berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Kedua-dua pihak turut menyuarakan hasrat untuk memperluaskan lagi kerjasama secara rasmi dalam masa terdekat.

Diharapkan hubungan yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, khususnya dalam menyokong pembangunan sukan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Institut Sukan Negara (ISN) adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan, dan teknologi sukan negara. 

Teks & Foto: Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, Hospital Pakar USM (HPUSM)/Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan USM/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 198

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025