USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAYSIA–REPUBLIC OF TÜRKIYE HIGHER EDUCATION FORUM 2026: MEMPERKUKUH PENDIDIKAN TINGGI GLOBAL KE ARAH TRANSFORMASI MASA HADAPAN

684287394 1497309489102462 3325670004113659951 n

USM PULAU PINANG, 30 April 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Malaysia–Republic of Türkiye Higher Education Forum 2026 pada 29 April 2026 sebagai platform strategik yang menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin akademik dan rakan global dalam memperkukuh kerjasama dua hala dalam pendidikan tinggi, inovasi serta pembangunan bakat masa hadapan.

683115971 1497309349102476 6363732107871316802 n

Forum ini distrukturkan melalui dua sesi utama yang saling melengkapi. Sesi pagi bertemakan “Charting the Future of Higher Education in the Era of Artificial Intelligence (AI)” memfokuskan kepada keperluan mentransformasi pendidikan tinggi agar lebih responsif terhadap perkembangan teknologi. Dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, sesi ini menampilkan tokoh terkemuka termasuk YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Prof. Ts. Dr. Mohd Naz’ri Mahrin, H.E. Necmeddin Bilal Erdoğan serta Prof. Dr. Ahmet Yozgatligil. Perbincangan menekankan pembangunan ekosistem akademik berasaskan AI, pengukuhan kerjasama institusi dan keperluan pendekatan pendidikan yang lebih tangkas serta berdaya tahan.

683626609 1497290865770991 2656299692462942894 n

Sesi petang pula mengangkat dimensi kemanusiaan melalui tema “Building an Empathetic World Through Education”. Menampilkan YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Profesor Dr. Erol Özvar sebagai panel utama serta syarahan umum oleh H.E. Necmeddin Bilal Erdoğa. Sesi ini menekankan peranan pendidikan dalam membentuk nilai bersama, memperkukuh kepimpinan beretika serta memperkasa pembinaan masyarakat global yang inklusif dan saling bekerjasama.

682120041 1497334209099990 6447851501361043459 n

Forum ini dianjurkan dengan sokongan rakan strategik nasional dan antarabangsa, ianya berperanan sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama berimpak tinggi, meneroka pendekatan pembiayaan yang mampan serta meningkatkan visibiliti global institusi yang terlibat. Secara keseluruhan, forum ini mengangkat peranan pendidikan tinggi sebagai pemacu transformasi dalam melahirkan graduan berdaya saing yang bersedia mendepani landskap global yang semakin kompleks dan dipacu teknologi.

Teks: Sr. Dr. Muneera Esa, Pejabat Antarabangsa, USM / Suntingan: Profesor Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail, Konsultan Editorial Kanan@MPRC, USM / Foto: Mohd Fairus Md Isa & Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq, Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC), USM

  • Created on .
  • Hits: 250

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025