USM NEWS PORTAL 

Selamat Pagi USM 9–15 Mac 2026


versi dalam talian

9–15 Mac 2026

Mentransformasi Pendidikan Tinggi
untuk Kelestarian Hari Esok

Sesi Orientasi Pelajar Antarabangsa USM: Langkah Perdana di Bumi Ilmu

USM PULAU PINANG, 13 Mac 2026 – Jika kampus Universiti Sains Malaysia (USM) biasanya meriah dengan aktiviti pelajar tempatan, selama tiga hari pada minggu kedua Mac 2026, Dewan Utama Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) pula menjadi tempat pertemuan pelajar antarabangsa.

▶️Berita penuh

Ziarah Prihatin Alumni RPJJ Berikan Suntikan Semangat Terus Cekal

PULAU PINANG, 12 Mac 2026 – Pihak Pengurusan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diwakili oleh Timbalan Pendaftar, Mohd Rashid Abdul Rejab bersama Penolong Pendaftar Kanan (Pengurusan dan Alumni) yang juga Alumni Ambassador PPPJJ, Nor Rafizah Md Zain telah berkesempatan menziarahi salah seorang alumni RPJJ USM, Zunita Binti Sahat, 47 tahun, di sini hari ini, yang baru disahkan mengidap kanser Dinding Rahim (Endometrium).

▶️Berita penuh

Harmony Across Horizons: Raya Radiance” Memupuk Perpaduan Kepelbagaian Budaya di USM

USM PULAU PINANG, 12 Mac 2026 – Keindahan keharmonian budaya dan eratnya persahabatan antarabangsa telah mewarnai suasana di Dataran Merah, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.


Program “Harmony Across Horizons: Raya Radiance,” yang dianjurkan sempena Minggu Orientasi Pengajian Musim Bunga 2026, telah berjaya menghimpunkan pelajar dari serata dunia dalam satu majis yang penuh makna.

▶️Berita penuh

Malam Bintang USM 2026 Kembali, Satukan Seni dan Bakat 
Warga Kampus

USM PULAU PINANG, 12 Mac 2026 - Selepas hampir lapan tahun menyepi, pentas yang memberi peluang kepada warga kampus menyerlahkan bakat seni kini kembali!


Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Dewan Budaya kini menghidupkan semula program ikonik Malam Bintang USM 2026, satu pertandingan nyanyian berprestij yang menjadi platform menyatukan bakat, kreativiti dan semangat kesenian dalam kalangan pelajar serta staf universiti.

▶️Berita penuh

Ramadan di USM Jadi Medan Transformasi Rohani 
dan Pengukuhan Komuniti

USM PULAU PINANG, 11 Mac 2026 – Ketibaan bulan Ramadan sentiasa membawa dimensi yang tersendiri dalam kehidupan masyarakat Islam.


Di Universiti Sains Malaysia (USM), bulan yang mulia ini bukan sekadar menandakan kewajipan berpuasa, bahkan menjadi ruang penting bagi memperkukuh pembinaan rohani, memupuk semangat kebersamaan, dan memperluas jaringan kebajikan dalam kalangan warga universiti.

▶️Berita penuh

Membina Negara di Atas Tanggungjawab Bersama – USM Meraikan Sumbangan Kaum Hawa Sempena Hari Wanita Sedunia

USM PULAU PINANG, 8 Mac 2026 – Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini, Universiti Sains Malaysia (USM) menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada seluruh wanita yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sama ada dalam bidang profesional, akademik mahupun sektor pekerjaan fizikal.

▶️Berita penuh

👉Lihat semua berita

Jom jelajah kedai-kedai kecil di USM yang penuh dengan pelbagai kemudahan, makanan dan keperluan harian untuk warga kampus! ✨


Dari tempat singgah beli minuman hingga lokasi cari barang penting, kedai-kedai kecil ini memang jadi nadi kehidupan harian di kampus.


Tonton video ini dan kenali sudut-sudut menarik yang mungkin anda selalu lalu tapi belum benar-benar terokai!

Ramadan di USM bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi menjadi ruang membina rohani, menyemai kebersamaan dan memperkukuh budaya kebajikan dalam komuniti kampus.


Melalui pelbagai program di Masjid Al-Malik Khalid, termasuk penyediaan juadah berbuka puasa untuk kira-kira 1,500 orang setiap hari, Ramadan terus menghidupkan semangat kesyukuran, sukarelawan dan solidariti dalam kalangan warga Universiti.


Turut dirancang, inisiatif baharu Rakan Ramadan USM bagi membuka lebih banyak ruang kepada mahasiswa untuk mencetus dan melaksanakan program bermakna sepanjang bulan mulia ini.

Kerajaan MADANI mengambil langkah awal berhemah dengan membatalkan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran kementerian, agensi kerajaan dan GLC.


Langkah ini mencerminkan keutamaan kerajaan untuk berbelanja secara cermat, berfokus dan bertanggungjawab dalam mendepani cabaran semasa.

Lensa Program Pengauditan Dalaman MYRA USM 2026

Salam Takziah


Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya serta mengurniakan tempat yang terbaik di sisi-Nya.


Ikhlas daripada:

Ahli Lembaga Gabenor Universiti serta Naib Canselor dan seluruh warga Universiti Sains Malaysia

📌 11 Mac 2026  |  Utusan Malaysia  |  Berita Umum  |  Muka surat 5


📰 Selamat 14 Pesakit Jantung Kongenital


🏥 Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM)

📌 9 Mac 2026  |  Utusan Malaysia  |  Kolumnis  |  Muka surat 27


📰 Pendidikan Perlu Pendekatan Baharu


👤 Profesor Madya Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail

      Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

📌 9 Mac 2026  |  Berita Harian  |  Berita Umum  |  Muka surat 21


📰 Program CodeMasterMadani Dedah Murid Asas Pengekodan

📌 14 Mac 2026  |  Berita Harian  |  Kolumnis  |  Muka surat 27


📰 Kepentingan Pengimejan Menilai Sakit Kepala


👤 Dr. Nur Asma Sapiai

      Pusat Pengajian Sains Perubatan

👉Selanjutnya

Ada bangunan di antara bangunan,

Berhadapan laluan juga lerengan di kiri dan kanan;

Pastikan tahu ke mana hala tujuan,

Sekiranya diyakini di mana, bolehkah dikongsi, wahai teman?


IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI USM

@usmofficial1969

Hak Cipta Terpelihara. © Universiti Sains Malaysia 2025 


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025