USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM BINTANG USM 2026 KEMBALI, SATUKAN SENI DAN BAKAT WARGA KAMPUS

77407383 7905 4ebb 8b9d b9f566aaef71

USM PULAU PINANG, 12 Mac 2026 - Selepas hampir lapan tahun menyepi, pentas yang memberi peluang kepada warga kampus menyerlahkan bakat seni kini kembali!

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Dewan Budaya kini menghidupkan semula program ikonik Malam Bintang USM 2026, satu pertandingan nyanyian berprestij yang menjadi platform menyatukan bakat, kreativiti dan semangat kesenian dalam kalangan pelajar serta staf universiti.

Program yang mula diperkenalkan pada tahun 2002 itu pernah melahirkan ramai vokalis berbakat dalam kalangan warga USM dan kini kembali dengan pendekatan lebih segar, sekali gus memperkukuh budaya seni serta memupuk perpaduan komuniti kampus melalui medium muzik.

Penganjuran Malam Bintang USM 2026 turut dijayakan dengan kerjasama strategik Majlis Penggawa USM, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Sekretariat Protege serta Pusat Pengajian Seni USM.

Kemuncak pertandingan dijadual berlangsung pada 18 April 2026 (Sabtu) di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), yang bakal menyaksikan persembahan akhir para finalis terbaik USM di hadapan ribuan warga kampus.

Menambah kemeriahan pentas akhir, penyanyi popular tanah air Hazama bakal tampil sebagai artis jemputan. Dikenali dengan vokal lantang dan persembahan penuh emosi, kehadiran Hazama yang juga pemenang Akademi Fantasia musim kesembilan dijangka menyuntik inspirasi kepada para peserta serta memeriahkan malam kemuncak yang dinanti-nantikan.

b0864dfc af5a 46f8 a9a5 8cb7fa125b77

Sebagai persediaan ke pentas akhir, para finalis turut akan mengikuti bengkel vokal eksklusif yang dikendalikan oleh Bob Yusof, seorang jurulatih vokal berpengalaman yang akan membimbing peserta dalam aspek teknik nyanyian, gaya persembahan, dan pembinaan keyakinan pentas.

Gabungan pengalaman industri daripada kedua-dua figura seni ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pertandingan, malah memperkukuh peranan Malam Bintang USM sebagai platform pembangunan bakat seni warga universiti.

8f297c53 eb8a 4633 9df8 18d244869d2a

Penganjuran semula program ini juga mencerminkan komitmen USM dalam memperkasa ekosistem seni kampus, sekali gus menjadikan muzik sebagai wahana menyatukan komuniti universiti, mencungkil bakat baharu serta memperkayakan kehidupan kampus yang lebih dinamik dan kreatif.

Untuk maklumat lanjut berkait program, sila hubungi Puan Andy Siti Nurhidayah Rahim melalui Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Telefon: 012-682 4449.

Teks & Foto: Dewan Budaya USM








  • Created on .
  • Hits: 176

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025