“Selamat Pagi USM” kembali menemui anda dengan rangkuman mingguan berita, sorotan aktiviti, liputan media dan perkembangan terkini USM.
Semoga perkongsian ini menjadi pembuka minggu yang lebih informatif serta terus menghubungkan warga Universiti dengan denyut nadi USM.
Selamat membaca.
1–7 Jun 2026
Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
USM Perkasa Kepimpinan dan Disiplin Mahasiswa Melalui Hari Perbarisan Badan Beruniform
USM PULAU PINANG, 6 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh agenda pembangunan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa menerusi penganjuran Program Hari Perbarisan Badan Beruniform Sidang Akademik 2025/2026 yang berlangsung di Padang Kawad, USM pagi ini.
Pelajar Seni Bina Dalaman USM Raih Pengalaman Antarabangsa di Taiwan
USM PULAU PINANG, 1 Jun 2026 – Lawatan akademik ke Taiwan baru-baru ini membuka peluang berharga kepada sekumpulan pelajar Seni Bina Dalaman Universiti Sains Malaysia (USM) untuk merasai sendiri keunikan seni bina dan budaya negara tersebut. Program Seni Bina Dalaman di bawah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP), USM telah menganjurkan lawatan tersebut melibatkan pelajar tahun ketiga Seni Bina Dalaman.
USM Perkasa Kesedaran Tindakan Iklim dan Karbon Biru Melalui Program Penanaman Bakau di Balik Pulau
USM PULAU PINANG, 1 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi membuktikan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan penglibatan komuniti melalui penyertaan aktif dalam ‘Trip 4 Trees Mangrove Planting Programme’ di Hutan Paya Laut (Petak Arboretum), Balik Pulau. Program pemuliharaan alam sekitar berskala besar itu berjaya menghimpunkan seramai 357 sukarelawan daripada USM, JKS Voltsvan, Penguin Solutions, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), serta komuniti setempat.
Malam Citra Bayu Ke-18 memeriahkan pentas USM dengan keindahan warisan seni tari Sabah melalui penyertaan lapan institusi pengajian tinggi.
Tahniah kepada UPM selaku Johan Keseluruhan, diikuti UMS sebagai Naib Johan dan USM di tempat ketiga.
Naib Canselor USM, Kolonel (Kehormat) Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menegaskan bahawa penglibatan dalam badan beruniform mampu membentuk mahasiswa yang berdisiplin, berdaya tahan dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi.
Beliau berkata demikian sempena Program Hari Perbarisan Badan Beruniform USM Sidang Akademik 2025/2026 di Padang Kawad, USM.
Semangat disiplin, kepimpinan dan kesukarelawanan mahasiswa terserlah menerusi Program Hari Perbarisan Badan Beruniform USM Sidang Akademik 2025/2026 yang berlangsung di Padang Kawad, USM.
Dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Kolonel (Kehormat) Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, program ini menghimpunkan 234 pegawai kadet daripada pelbagai pasukan badan beruniform universiti dalam memperkukuh pembentukan mahasiswa yang berdaya tahan, berintegriti dan berjiwa kepimpinan.
Dirgahayu Tuanku
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
pada
1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Sembah takzim daripada
Pengerusi dan Ahli Lembaga Gabenor Universiti serta Naib Canselor dan Seluruh Warga Universiti Sains Malaysia
📌 2 Jun 2026 | Kosmo | Berita Umum | Muka surat 28
📰 USM Santuni Murid Pendidikan Khas Melalui Fun Motor Skills Day 2026
📌 1 Jun 2026 | Berita Harian | Berita Umum | Muka surat 45
Pusat Media dan Perhubungan Awam Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | Web : www.usm.my