USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR SENI BINA DALAMAN USM RAIH PENGALAMAN ANTARABANGSA DI TAIWAN

20

USM PULAU PINANG, 1 Jun 2026 – Lawatan akademik ke Taiwan baru-baru ini membuka peluang berharga kepada sekumpulan pelajar Seni Bina Dalaman Universiti Sains Malaysia (USM) untuk merasai sendiri keunikan seni bina dan budaya negara tersebut.

Program Seni Bina Dalaman di bawah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP), USM telah menganjurkan lawatan tersebut melibatkan pelajar tahun ketiga Seni Bina Dalaman.

10

Lawatan yang diketuai oleh Dr. Mohd Jaki Mamat berlangsung dari 2 hingga 7 Mei 2026, dengan pengisian utama berupa sesi akademik bersama Jabatan Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman, National Yunlin University of Science and Technology (YUNTECH), Taiwan.

Tujuan program tersebut adalah untuk memberi pendedahan antarabangsa kepada pelajar melalui pertukaran akademik, apresiasi budaya, dan pemerhatian terhadap reka bentuk di Taiwan.

30

Semasa berada di YUNTECH, kedua-dua universiti telah mengadakan pameran digital yang memaparkan hasil kerja reka bentuk dalaman pelajar, di samping sesi perkongsian maklumat dan perbincangan mengenai potensi kerjasama masa hadapan.

Selain itu, pelajar turut berpeluang melawat pelbagai bangunan seni bina, tapak warisan, dan kawasan komersial di sekitar Taipei dan Taichung.

WhatsApp Image 2026 06 04 at 11.32.21

Jadual akademik memberi tumpuan kepada pendekatan reka bentuk dalaman, penggunaan bahan binaan, projek guna semula adaptif, dan apresiasi terhadap persekitaran warisan.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Taipei 101, Chiang Kai Shek Memorial, National Taiwan Museum and Fine Art, Miyahara Building serta beberapa kawasan komersial di sekitar Taipei dan Taichung.

Lawatan tersebut berjaya memberikan pengalaman pembelajaran antarabangsa yang bermakna kepada pelajar, di samping mengukuhkan jaringan akademik dan hubungan kerjasama antara USM dan YUNTECH.

Program tersebut juga meningkatkan kefahaman pelajar terhadap perspektif global dalam bidang seni bina dalaman dan amalan reka bentuk kontemporari.

Sumber Asal: Dr. Mohd Jaki Mamat, Program Senibina Dalaman, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP), USM/Terjemahan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 156

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025