USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MADRASAH RAMADAN INSTITUSI PENDIDIKAN TERBAIK

13607025 1108888252505540 2851048442401283907 n

USM, PULAU PINANG, 6 Julai 2016 - Teruskan amalan sepanjang Ramadan dalam kehidupan seharian dan menjadikannya sebagai proses pendidikan jiwa yang terbaik. 

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, Ramadan adalah seumpama sebuah madrasah, sebuah institusi pendidikan terbaik dari Allah SWT dan hari ini kita mendapat ijazahnya yang bergantung kepada bagaimana kita melaluinya.

"Ijazah kelas pertama tentunya dianugerahkan kepada mereka yang melaluinya dengan penuh tawadhuk dan mendapat keampunan Allah SWT. Yang terbaik tentunya yang berjaya menguasai ilmu dan disiplin diri yang hebat yang dapat diteruskan dalam 11 bulan yang akan datang.

"Yang terbaik juga adalah yang dapat menjadi suri teladan atau role model sebagai seorang insan yang bertaqwa yang menjaga adab dengan Tuhannya, adab dalam hubungan sesama manusia serta adab dalam hubungan dengan alam dan makhluk Allah lainnya," kata Omar ketika berucap di Masjid Al-Malik Khalid sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri hari ini.

13510929 1109046095823089 8136353319786040957 n

Katanya lagi, ijazah yang diterima dari proses tarbiyyah madrasah sebulan ini adalah untuk kelestarian dan kesejahteraan masa hadapan.

"Raikan ketibaan Syawal ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Segala sikap dan didikan yang dilalui itu akan bermakna jika kita terus mengamalkan ilmu dan tarbiyyah yang diterima dengan menjaganya  sebaik mungkin termasuk beradab ketika dalam perjalanan untuk merayakan kemenangan dan kejayaan ini," kata Omar.

Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua dan tahniah atas kecemerlangan melalui madrasah Ramadan dan menyeru agar meneruskan segala didikan ini untuk kegemilangan institusi, dunia dan akhirat serta Maaf Zahir Batin.

Teks penuh boleh dilayari di http://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/3926-madrasah-ramadan-institusi-pendidikan-terbaik

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 795

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024