BERITA DALAM TALIAN: USM UNIVERSITI PERTAMA DIBERIKAN AKSES DIGITAL EKSKLUSIF SURAT-SURAT FRANCIS LIGHT
AMANZ
USM Universiti Pertama Diberikan Akses Digital Eksklusif Surat-Surat Francis Light
Oleh Effi Saharudin | 28 Ogos 2024
Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Penyelidikan Dasar dan Perpustakaan Hamzah Sendut menjadi universiti pertama diberikan hak mengakses imej digital surat-surat Francis Light oleh School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.
The Light Letters (1768-1794) ialah himpunan manuskrip, terdiri daripada 1,200 surat dalam 11 jilid yang merangkumi surat menyurat, tulisan dan catatan yang melibatkan raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar dari seluruh Kepulauan Melayu, rakan perniagaan, isteri-isteri bangsawan Melayu, Francis. Light, dan beberapa pedagang Inggeris pada asalnya ditulis dalam tempoh 27 tahun antara 1768 hingga 1794.
[MS 826] Surat Bendahara dan Laksamana Kedah kepada Francs Light berkaitan pendudukan Pulau Pinang – The Light Letters, SOAS-University of London
USM menerima akses digital menerusi persetujuan itu dicapai menerusi memorandum perjanjian Loan of Light Letters yang ditandatangani pada September 2018. Kesemua imej digital The Light Letter kini boleh diakses percuma secara atas talian oleh penyelidik dan orang awam bermula hari ini.
Surat-surat berkenaan yang diletakkan di bawah Koleksi Warkah-Warkah Kepulauan Melayu 1768-1794 ialah koleksi manuskrip Melayu terbesar di dunia. Selain surat dokumen lain seperti bil, resit, petisyen dan kontrak turut disertakan sekali.
Menurut Naib Canselor USM Profesor Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata surat-surat Light amat berpotensi untuk dikaji dari pelbagai bidang dan membantu penyelidikan terutamanya dalam bidang sejarah nusantara dan akses ini memberikan banyak manfaat kepada dunia akademik khususnya dalam meningkatkan ketersediaan serta kualiti sumber sejarah untuk penyelidik dan sarjana selain menyokong usaha untuk memelihara dan memahami warisan sejarah yang berharga.
[MS 2296] Surat Sultan Mukarram Shah Membaiki Jam – The Light Letters, SOAS-University of London
Selama ini surat-surat ini hanya boleh diakses secara fizikal dengan pergi sendiri ke SOAS yang menyukarkan pengkaji tempatan kerana kos yang tinggi. Kesemua koleksi 11 jilid ini boleh diakses menerusi pautan di bawah.
Kami sempat mengakses beberapa dokumen yang dimuat naik dan agak menarik membaca surat permohonan membeli cermin mata, membaiki jam, menghantar orang pergi menunaikan haji, menetapkan harga candu dan isteri yang diceraikan merungut tidak dapat lagi melihat anak-anak. Setiap dokumen hadir dengan terjemahan ke rumi memudahkan kandungan dibaca berbanding teks asal dengan ejaan jawi lama.
Ia adalah pintu ke masa lampu nenek moyang kita lebih 250 tahun yang lalu. Selama ini kita hanya dapat membaca surat yang dihantar Napoleon, King Henry VIII dan Ratu Victoria. Kini kita dapat melihat sendiri cara persuratan Melayu kuno dalam bahasa jawi.
- Created on .
- Hits: 174