BERITA DALAM TALIAN: USM DIIKTIRAF PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BRACHYADEMY
Berita RTM
USM diiktiraf Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachycAdemy
Nasional | 02 Julai 2024
Foto RTM
KEPALA BATAS, 2 Julai-Universiti Sains Malaysia (USM) kini menjadi perhatian dunia selepas diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachycAdemy atau pusat rawatan kanser dunia.
Pusat Perubatan USM Bertam kini menjadi perintis teknik rawatan HyBirt yang telah menyembuhkan 50 pesakit kanser lidah tanpa pemotongan lidah.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy meletakkan Malaysia di peringkat dunia yang boleh dijadikan sebagai pusat rujukan.
"Berpengkalan di Belanda telah dengan rasminya mengisytiharkan IPPT sebagai Pusat Kecemerlangan Brachyacademy kerana pusat ini merupakan satu-satunya pusat Brakiterapi merawat kanser lidah dalam jumlah yang tinggi menggunakan teknik HyBirt dan ia menjadi perintis kepada teknik ini di seluruh dunia", katanya demikian selepa hadir Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy di Pusat Perubatan USM Bertam di sini.
Tambah Zambry, pusat perubatan yang ditubuhkan sejak 2002 kini telah berkembang kepada sebuah pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan onkologi, radioterapi dan brakiterapi untuk merawat kanser terutamanya untuk kanser kepala dan leher, hati, esofagus dan sarcoma.
Hadir sama, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed.
- Created on .
- Hits: 113