USM NEWS PORTAL 

BERITA DALAM TALIAN: CUTI SEMESTA, PELAJAR USM BUKA BISNES SIAP BUAT R&D! SEKAMPUNG SERONOK DAPAT BELI AIR "ALA KAFE" PADA HARGA RAHMAH

MStar
Cuti semester, pelajar USM buka bisnes siap buat R&D! Sekampung seronok dapat beli air ‘ala kafe’ pada harga Rahmah
Oleh: SHUHANIZA SAID | 29 Ogos 2023

KETIKA ini kebanyakan golongan mahasiswa cenderung untuk terlibat dalam dunia perniagaan bukan sekadar untuk mencari pendapatan sampingan, tetapi juga pengalaman.

Tidak mengapa jika bisnes secara kecil-kecilan sekali pun, yang penting a member 1,001 pengalaman untuk menjadi pembakar semangat pada masa hadapan.

Begitu juga dengan seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ini yang gigih berniaga minuman sepanjang cuti semester (semester break).

Tidak pergi jauh, Mohamad Hasbi memilih untuk menjual minuman di kampungnya di Felda Rentam, Bera, Pahang memandangkan dia lebih gear menghabiskan masa bersama ibu dan bapanya.

"Saya sememangnya suka berniaga, suka berjumpa dengan orang. Sebelum tercetusnya project semester break ini pun, saya pernah berniaga untuk suka-suka cari duit poket dan pengalaman.

"Idea projek semester break ini bermula ketika saya mula bercuti di kampung semester lepas lagi.
Saya pula jenis tak duduk diam. Untuk cari kerja di bandar, a agak jauh dari rumah sebab kampung saya pedalaman sedikit.

"Jadi saya terfikir, mengapa tidak saya cuba jual air. Air balang orang dah buat, jadi saya mencari kelainan sedikit untuk perkenalkan minuman lain kepada orang di sini," ujar penuntut ljazah Sariana Muda Sastera Pendidikan ini.

Senang disapa sebagai Hasbi, pemuda ini berkata dia mula berniaga pada cuti semester lepas dan ini
merupakan projek cuti semester yang kedua.
"Kiranya ini adalah projek semester break 2.0. Pada awalnya, saya agak struggle kerana buat research
and development (R&D) sendiri untuk jual air minuman ni.

"'Saya hanya try and error... saya cuba beberapa brand susu segar sebelum akhirnya jumpa susu segar
yang sesuai untuk minuman yang saya jual ni" ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada 10
adik beradik.

Buat masa ini, Hasbi menjual dua jenis air minuman iaitu kopi latte dan green tea latte di mana kedua-
duanya dijual dengan harga RM5 satu plastik.

"Biarpun hanya gerai kampung, saya cuba suntik elemen estetik pada dekorasi supaya ia kelihatan kemas" - MOHAMAD HASBI

"Alhamdulillah, sambutan untuk projek 2.0 ini sangat menggalakkan bukan sahaja daripada orang kampung tapi ada anak-anak menantu mereka yang pulang bercuti ke kampung juga.

"Kiranya dekat kampung ni mereka boleh juga dapat air seperti di kafe dekat bandar-bandar.

Alhamdulillah, maklum balas yang say dapat cukup positif. Ada yang siap cakap, lamanya kalau nak tunggu setiap kali cuti semester.

"Ada juga yang beritahu, mereka tak suka minum green tea tapi air yang saya jual ni kena dengan tekak mereka. InsyaAllah saya bakal perkenalkan satu minuman baru iaitu latte coklat tidak lama lagi.
Selain itu, ramai juga vang infaq melalui projek ini.

"Selain ketengahkan minuman, saya juga menitikberatkan dekorasi. Biarpun hanya gerai kampung, saya cuba suntik elemen estetik pada dekorasi supaya a kelihatan kemas," ceritanya lagi.

Tidak menyangka video yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 945,000 jumlah tontonan, Hasbi meluahkan rasa terharu dengan komen-komen positif yang diterimanya.

"Untuk mereka yang juga penuntut seperti saya dan teringin berniaga, nasihat saya, but saja."Tapi perlu tengok situasi dan environment. Cari kelainan, itulah menjadikan kita extra. Nak jual apa-apa pun tak kisah, asalkmeran buat kelainan.

"Kalau ada orang sekeliling yang mungkin tak yakin, abaikan saja sebalikya kita kerja keras untuk buktikan hasilnya. Jangan ambil ia dari sudut negatif, tapi ambil ia sebagai pembakar semangat," akhirinya.


Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024