FOKUS@USM merupakan inisiatif berterusan Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan rangkuman berita mingguan yang disusun secara strategik dan dipilih dengan teliti, menampilkan sorotan utama, pencapaian signifikan serta perkembangan semasa universiti dalam satu naratif yang berautoriti dan sahih.
Disiarkan melalui platform media sosial rasmi USM pada setiap Ahad, jam 8.00 malam, inisiatif ini berperanan sebagai medium komunikasi yang ringkas namun berimpak tinggi, membolehkan warga universiti serta pemegang taruh mengikuti perkembangan USM secara tersusun, jelas dan mudah diakses.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan perkongsian FOKUS@USM bersama rakan profesional, rakan industri dan jaringan strategik sebagai usaha memperluas jangkauan maklumat serta memperkukuh keterlihatan dan reputasi universiti. Semoga inisiatif ini terus menjadi rujukan yang bernilai dan platform yang menghubungkan USM dengan komuniti secara lebih bermakna.
Fokus@USM: Minggu Ini (Bahagian 1) || 20–26 April 2026 ||
1️⃣ USM Memperkukuh Komitmen terhadap Penceritaan Digital oleh Belia bagi Pemeliharaan Biodiversiti dan Warisan Semula Jadi
Pusat Media dan Perhubungan Awam Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | Web : www.usm.my