Skip to main content
SUKAN

USM FC BURU MATA BERHARGA, TEGUHKAN SEMANGAT PERJUANGAN MENENTANG JDT II

LARKIN · 28 Ogos 2026

Perjuangan USM FC dalam saingan Liga AFL A1 Semi-Pro 2026/2027 diteruskan dengan satu lagi cabaran penting apabila bakal berdepan JDT II di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 28 Ogos 2026, jam 8.45 malam ini menjadi medan buat barisan pemain USM FC untuk terus memperlihatkan semangat juang, disiplin dan kesatuan pasukan dalam memburu mata berharga.

Dengan membawa aspirasi “Misi Memburu Mata”, setiap pemain pastinya bersedia memberikan aksi terbaik dari minit pertama sehingga wisel penamat. Cabaran di Larkin bukan sekadar mengenai keputusan perlawanan, tetapi juga peluang untuk membuktikan karakter dan kekuatan mental pasukan di pentas Liga A1.

One Team. One Dream. One USM. Tiga ungkapan yang menjadi pegangan USM FC — bersatu sebagai satu pasukan, berkongsi satu impian dan berjuang demi satu nama, USM.

Sokongan seluruh warga Universiti Sains Malaysia serta penyokong setia USM FC amat bermakna buat pasukan. Semangat dan doa daripada anda menjadi pembakar motivasi kepada pemain untuk terus berjuang memberikan yang terbaik.

Ayuh USM FC! Buru mata. Kekalkan fokus. Berjuang sehingga akhir. MISI MEMBURU MATA! DEMI USM • DEMI KEBANGGAAN • ONE TEAM • ONE DREAM • ONE USM. Siaran langsung perlawanan boleh disaksikan di saluran YouTube Astro Arena.

Teks: MEDIA USM FC
Foto: MEDIA USM FC